Faktor Teknologi

1. Faktor Kemajuan Teknologi. Manusia mula mencipta pelbagai peralatan yang membawa kemajuan teknologi. Hal ini terbukti dengan penggunaan logam seperti tembaga, gangsa dan besi. Penggunaan bajak menyebabkan manusia mula menggunakan tenaga haiwan bagi membantu meringankan pekerjaan mereka. Haiwan seperti kuda dan kerbau dilatih untuk mengangkut barang atau membajak sawah. Selain daripada itu, manusia juga telah berjaya mencipta pelbagai peralatan daripada tembikar.
2. Penciptaan Roda. Penciptaan roda telah mengubah corak pengangkutan dan mempercepatkan perkembangan industri terutamanya industri kerja tangan untuk memenuhi keperluan agama dan sosial. Roda telah meningkatkan daya produktiviti manusia. Penggunaan roda sebagai alat industri menyebabkan barang yang dikeluarkan mempunyai bentuk yang seragam dan dapat dijadikan barang-barang eksport. Roda dapat menggalakkan pertumbuhan perdagangan dengan tamadun-tamadun lain seperti perdagangan antara Mesir dan Mesopotamia dan juga antara Mesopotamia dengan Mohenjo-Daro.

************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com