Pengertian Tamadun


DEFINISI TAMADUN
Dr. Muhammad Baki berpendapat : Tamadun ialah segala usaha dan daya cipta yang membayangkan secara khusus daripada manusia dengan menggunakan akal, perasaan dan tingkah laku.

DEFINISI TAMADUN
Syed Muhammad Naqiub al-Attas mengatakan : Tamadun ialah keadaan kehidupan insan yang bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi masyarakatnya.

DEFINISI TAMADUN
Abu Bakar Hamzah berpendapat bahawa : Tamadun ialah sesuatu yang lahir dan kembang bersama-sama dengan kehidupan manusia dan perkembangan- perkembangan yang lahir daripadanya, sama ada sesuatu yang berupa niskala (abstrak) mahupun yang berupa sekala (material).

KONSEP TAMADUN ISLAM
Tamadun Islam itu merupakan suatu tamadun yang telah diadun dalam bentuk antara bangsa.
Sifatnya terbukti di dalam berbagai-bagai bidang kemajuan, terutama sekali dalam bidang kesenian, dan ini termasuk juga senibina.

Berbagai-bagai bentuk hasil kesenian dan senibina adalah lahir daripada Tamadun Islam.
Adunan ini berpandukan kitab perundangan Islam, iaitu al-Quran dan al-Hadis

Ia adalah tamadun yang baru, melambangkan keperibadian Islam yang terus berkembang untuk memberi sumbangan terhadap kehidupan manusia keseluruhannya.

DEFINISI TAMADUN
Dr. Muhammad Baki berpendapat : Tamadun ialah segala usaha dan daya cipta yang membayangkan secara khusus daripada manusia dengan menggunakan akal, perasaan dan tingkah laku. 

DEFINISI TAMADUN
Syed Muhammad Naqiub al-Attas mengatakan : Tamadun ialah keadaan kehidupan insan yang bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi masyarakatnya. 

DEFINISI TAMADUN
Abu Bakar Hamzah berpendapat bahawa : Tamadun ialah sesuatu yang lahir dan kembang bersama-sama dengan kehidupan manusia dan perkembangan- perkembangan yang lahir daripadanya, sama ada sesuatu yang berupa niskala (abstrak) mahupun yang berupa sekala (material) . 

KONSEP TAMADUN ISLAM
Tamadun Islam itu merupakan suatu tamadun yang telah diadun dalam bentuk antara bangsa. 
Sifatnya terbukti di dalam berbagai-bagai bidang kemajuan, terutama sekali dalam bidang kesenian, dan ini termasuk juga senibina. 

Berbagai-bagai bentuk hasil kesenian dan senibina adalah lahir daripada Tamadun Islam. 
Adunan ini berpandukan kitab perundangan Islam, iaitu al-Quran dan al-Hadis

Ia adalah tamadun yang baru, melambangkan keperibadian Islam yang terus berkembang untuk memberi sumbangan terhadap kehidupan manusia keseluruhannya. 

************************
Abd Aziz bin Harjin

Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701

Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my

URL: abdazizharjin.blogspot.com