TAMADUN ISLAM DI INDIA


BAHAGIAN PERTAMA
SEJARAH RINGKAS KELAHIRAN TAMADUN INDIA

Kandungan
1.0 Hasil Pembelajaran
2.0 Pendahuluan
3.0 Kedudukan Geografi
4.0 Sejarah Ringkas Tamadun India
5.0 Faktor Kelahiran Tamadun India
 5.1 Zaman Awal
 5.2 Zaman Proto Sejarah
5.2.1 Tamadun Lembah Indus
                5.2.2 Ciri-ciri Peradaban Lembah Indus
                5.2.3 Faktor Keruntuhan Tamadun Lembah Indus
 5.3 Zaman Sejarah Awal
                5.3.1 Zaman Vedik (1500 S.M-500 S.M)
                5.3.2 Zaman Vedik Kedua/Terkemudian (600 S.M-320 S.M)
                5.3.3 Empayar Maurya (321 S.M- 185 S.M)
                5.3.4 Kemerosotan Empayar / Zaman Serangan Luar (200 S.M-300 M)
                5.3.5 Empayar Gupta (300 M-600 M)
                5.3.6 Zaman Sangam
                5.3.7 Zaman Pallava (600 M-900 M)
                5.3.8 Zaman Chola (850 M-1200 M)
 5.4 Zaman Muslim
 5.5 Zaman Moden
6.0 Kesimpulan

1.0 Hasil Pembelajaran

Setelah mempelajari tajuk ini pelajar akan dapat mengetahui mengenai peradaban Lembah Indus yang merupakan sejarah awal kelahiran tamadun India, zaman pertengahan (zaman Muslim) dan zaman moden (zaman penjajahan Barat).

2.0 Pendahuluan

Tamadun India adalah merupakan salah sebuah tamadun besar dunia yang telah banyak memberi pengaruh kepada peradaban tamadun selepasnya. Peradaban Lembah Indus merupakan permulaan kepada perkembangan tamadun India iaitu bermula daripada zaman prasejarah seterusnya sehinggalah kepada perkembangan Islam di India dan akhirnya berlaku penjajahan Barat ke atas India.

Fokus utama perbincangan tajuk ini adalah ditumpukan kepada peradaban lembah Indus iaitu Harappa dan Mohenjodaro
               
INDIA

3.0 Kedudukan Geografi
India boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu India Utara dan India Selatan. Sementara Pergunungan Vindhya mmenjadi sempadan yang memisahkan India Utara dan India Selatan. Keluasan India Utara hingga ke kawasan Himalaya di utara. India Selatan meluas dari Sungai Tapti di Pergunungan Vindhya hingga ke Cape Comorin.

Faktor bentuk muka bumi (geografi) di India telah menyebabkan perkembangan dua kebudayaan yang agak berbeza antara penduduk India Utara dan India Selatan. Ia berbeza dari rupa bentuk fizikal, bahasa, budaya serta amalan keagamaan. Masyarakat di India Utara secara keseluruhan dikenali sebagai Indo-Aryan. Masyarakat India Selatan pula dikenali sebagai Dravida.

Dari sudut bahasa, bahasa Sanskrit menjadi bahasa dasar bagi Indo-Aryan. Bahasa Tamil pula menjadi bahasa bagi Dravida. Terdapat golongan masyarakat asli yang tinggal di kawasan hutan dan pergunugan. Bahasa dan budaya mereka berbeza jika dibandingkan dengan yang lain. Mereka termasuklah kaum Mundas, Bhil dan Khol.

Selain dari itu terdapat golongan masyarakat yang memiliki ciri-ciri fizikal orang Mongolia yenetap di kawasan kaki gunung Himalaya dan pergunungan Assam. Kaum Gurka, Bhutiya dan Khasi adalah termasuk dalam golongan ini.

4.0 SEJARAH RINGKAS DALAM TAMADUN INDIA

Terdapat sekurang-kurangnya tiga zaman iaitu zaman awal, zaman pertengahan dan zaman moden.

ZAMAN SEJARAH AWAL (1500 SM)

1) Zaman Vedik (1500 SM - 500 SM)
2) Zaman Vedik Kedua/Terkemudian (600 SM - 320 SM)
3) Empayar Maurya (321 SM - 185 SM)
4) Kemerosotan Empayar / Zaman Serangan Luar (200 SM - 300 M)
5) Empayar Gupta (300 M - 600 M)
6) Zaman Sangam
7) Zaman Pallava (600 M - 900 M)
8) Zaman Chola (850 M - 1200 M)

ZAMAN PERTENGAHAN / ZAMAN MUSLIM (1000 M - 1756 M)

Kerajaan-kerajaan Islam yang dibangunkan di India:
1) Dinasti Hamba (Kesultanan Delhi) (1206 M - 1290M)
2) Dinasti Khilji (1290 M - 1320 M)
3) Dinasti Tughluq (1320 M - 1412 M)
4) Dinasti Sayyid (1412 M - 1450 M)
5) Dinasti Lodi (1451 M - 1526 M)
6) Dinasti Babur / Mughal (1526 M-1707 M)

ZAMAN MODEN / ZAMAN PENJAJAHAN BARAT (1750 M-1947 M)

Era Penjajahan Inggeris
Sistem Pemerintahan
Sistem Pendidikan
Sistem Perundangan

 5.0 FAKTOR KELAHIRAN TAMADUN INDIA

-          FAKTOR SEJARAH
-          FAKTOR PANDANGAN SEMESTA
-          FAKTOR NILAI DAN BUDAYA

FAKTOR SEJARAH
Tamadun awal India adalah sukar untuk dikenal pasti kerana kurang bukti mengenai bahan-bahan arkeologi / kaji purba mengenainya.

Hanya terdapat beberapa jenis batu kuarzit ditemui di beberapa kawasan di India seperti di daerah Chingleput (Madras), daerah Banda (Agra)

5.1 ZAMAN AWAL
                 
Zaman Awal mempunyai beberapa kompenan kecil yang saling berkaitan antara satu sama lain.
Zaman Prasejarah (100,000 SM – 10,00 SM)

1) Zaman Batu Awal (Paleolitik) wujud 400,000 SM
Kegiatan ekonomi mereka adalah pemburuan dan mengumpul bahan makanan di tepi sungai dan berpindah randah (primitif). Pada zaman ini, golongan ini dikenali sebagai Negrito.

2) Zaman Mesolitik iaitu Zaman Batu Pertengahan (100,000 SM – 10,000 SM)
Kegiatan ekonomi mereka adalah pertanian dan penternakan. Dari sudut kepercayaan sudah wujud konsep kepercayaan tentang kehidupan selepas kematian dan keinginan untuk berhias diri.

3) Zaman Neolitik
 Zaman Batu Baru (10,000 SM - 6000 SM)
Zaman ini sudah berlaku perkembangan tamadun dalam sektor ekonomi, pembinaan dan budaya. Sektor pertanian seperti menanam jagung dan buah-buahan. Sektor perternakan seperti menternak kambing dan lembu.

Peralatan pertanian seperti kapak, parang dan alat untuk bercucuk tanam yang dibuat daripada batu dan kayu. Mereka juga diajar tentang pembuatan besi. Seterusnya gangsa digunakan sebagai sesuatu peralatan oleh masyarakat pada ketika itu.

5.2 Zaman Proto Sejarah (3000 – 1500 SM)
- Tamadun Lembah Indus
- Tamadun Harappa
- Tamadun Mohenjodaro

Harappa (di daerah Montgomery, Punjab) terletak di tebing sungai Ravi dan Punjab, keluasannya 20 ribu batu persegi, meliputi 950 batu dan 35 tapak penempatan.

5.2.1 TAMADUN LEMBAH INDUS
Penemuan-penemuan tinggalan arkeologi di kawasan Harappa yang bermula pada tahun 1872 dan di Mohenjodaro (di daerah Larkana, Sind, Pakistan) pada tahun 1921 menunjukkan masyarakat Lembah Indus telah mencapai satu tahap tamadun yang tinggi termasuk dalam bidang pertanian, pertukangan dan organisasi.

Di Mesopotamia, dijumpai barang-barang buatan Harappa (2400SM-2300SM) dan ini membuktikan terdapat perdagangan antarabangsa berlaku antara dua kawasan peradaban tersebut.
Export bijiran dan kapas ke Mesopotamia (Sumeria). Barangan lain : emas, perak, barangan perhiasan

Masyarakat Lembah Indus menjadikan aktiviti pertanian dan penternakan sebagai aktiviti utama. Sungai Indus sebagai sumber dan nadi kerana hasil pertaniannya. Pertanian : kapas, gandum, barli, kacang dan bijan. Pengairan : teknologi bawah tanah tanah, kincir angin dan terusan dibina untuk tujuan pertanian. Penternakan : kambing, biri-biri dan seladang - sumber makanan, dan lain-lain . Pembuatan pinggan mangkuk dan barangan perhiasan.

5.2.2 CIRI-CIRI PERADABAN LEMBAH INDUS
Penemuan arkelogi di Mohenjodaro menunjukkan ia juga adalah kawasan petempatan penduduk kota yang tersusun dan sistematik. Bukti kemajuan penduduk di kawasan ini : Terdapat kawasan permandian yang luas, bangunan-bangunan yang seragam dan tersusun, gudang-gudang yang besar bagi menyimpan bijirin, sistem perparitan yang tertutup di sepanjang jalan dan lain-lain lagi.

Bangunan-bangunan serta dinding kota sama ada di Harappa ataupun Mohenjodaro serta tempat-tempat lain yang dibina dengan batu-bata yang sama saiz dan berat. Sistem perancangan, sistem pengaliran dan pembinaan longkang juga menandakan pencapaian yang baik Longkang-longkang dibina selari dengan jalan raya.

Ini merupakan longkang-longkang tertutup di tengah-tengah jalan raya utama merupakan suatu kecekapan perancangan yang maju.

Air buangan dari rumah dialirkan ke longkang besar menerusi longkang kecil yang juga tertutup dengan tutupan-tutupan yang diperbuat daripada sejenis tanah.
Sistem longkang yang tertutup juga menjamin kesihatan kerana air kotor dialirkan keluar tanpa terdedah kepada penduduk. Setiap rumah, terdapat perigi bagi tujuan mendapatkan air. Ini menunjukkan bahawa penduduk di Lembah Indus mementingkan kebersihan.


http://landmarkhs.org/news/archives/socialstudies/rivervalleys/indus_map.gif

Mengenai perancangan bandar, kota-kota ini mempunyai jalan yang lebar dan lurus digunakan untuk trafik beroda dan pejalan kaki. Jalan-jalan ini pula mengandungi lorong yang penuh sesak dengan rumah
Jalan-jalan utama di bandar Mohenjo-Daro berukuran 10 meter lebar. Ia dihubungi oleh lorong-lorong yang berukuran 2.1 meter lebar. Setiap bahagian kawasan perumahan boleh dihubungi melalui jalan-jalan kecil yang berukuran 1.5 - 3 meter lebar.

Antara struktur binaan yang unik ialah binaaan kolam permandian The Great Bath yang berukuran : 11.9 meter panjang, 7 meter lebar, 2.4 meter dalam.   Di kedua-dua belah kolam permandian ini, terdapat tangga yang berukuran 2.4 meter lebar. Juga terdapat serambi disekelilingnya. Bahagian dasar kolam dibina daripada batu dan disadur dengan bitumen bagi menahan air. Air kolam ini boleh dikosongkan dan diisi semula. Ini menunjukkan satu kemajuan dalam pembinaan sudah dicapai lebih kurang 5000 tahun dahulu lagi. Benteng-benteng pengawal banjir yang tingginya 13.1 meter.

http://www.indiana.edu
Kemajuan dalam bidang kegiatan ekonomi yang bercorak pertanian juga dapat dikesan dengan penemuan sebuah gudang menyimpan bijirin yang besar. Ini menandakan penduduknya menjalankan aktiviti pertanian secara meluas sehinggakan mereka memerlukan gudang yang besar untuk menyimpan bijirin.

Aspek kepercayaan politheistik: Menyembah Dewa Shiva dan Dewi Ibu. Bukti arkeologi tentang kepercayaan tersebut ialah Patung proto Siva dan dancing girl. Patung tiga tanduk = tiga tuhan – aliran Saivisme. Patung The Mothers Goddess ialah Patung Dewi Ibu sebagai lambang bahawa lelaki dan wanita sama taraf pada zaman tamadun Indus.

5.3.3 Faktor Keruntuhan Tamadun Lembah Indus

Petempatan di Mohenjodaro dan Harappa ini dikatakan hanya bertahan selama 1000 tahun. Tamadun Lembah Indus dikatakan musnah sekitar tahun 1700 SM. Para pengkaji sejarah tidak dapat memberikan gambaran yang tepat mengenai faktor kejatuhan tamadun tersebut.

Perpindahan penduduk ke kawasan lain akibat bencana banjir yang kerap berlaku. Penghijrahan penduduk berlaku kerana sungai Sarasvati yang merupakan nadi kemajuan lembah ini telah kering. Kedatangan orang-orang Arya iaitu orang luar ke kawasan tersebut dan menguasainya pada 1500 SM. Budaya Indus mula merosot dengan itu muncul peradaban baru (Aryan) di barat laut India.

Walau bagaimanapun sebahagian sejarawan menolak dakwaan kedatangan orang Arya sebagai penyebab kejatuhan tamadun Lembah Indus.

5.3 ZAMAN SEJARAH AWAL

5.3.1 ZAMAN VEDIK (1500 SM - 500 SM)

Penghijrahan masuk mereka yang digelar sebagai bangsa Aryan iaitu bangsa yang berbeza dengan pembina Tamadun Indus (bangsa Dravidia). Kehadiran mereka menyebabkan tamadun Indus menemui kehancuran.

Asal-usul orang Aryan dapat dikesan di kawasan-kawasan antara Poland dan Asia Tengah. Kekurangan kawasan rumput bagi ternakan mereka mendorong bangsa ini untuk bermigrasi ke utara, barat dan selatan. Sebahagian dari kumpulan yang datang ke kawasan Iran dan Iraq meneruskan migrasi sampai ke benua kecil India.

Kedatangan mereka tidak berlaku serentak tetapi berselang-seli dan dalam masa inilah berlaku pertembungan budaya dengan penduduk tempatan yang melahirkan satu budaya baru iaitu budaya Indo-Aryan.

Asas politik orang Arya antaranya ialah keluarga diketuai oleh grihaspati (ketua keluarga). Kampung diketuai oleh gramania (ketua kampung). Bahagian diketuai oleh Vishapati (ketua bahagian). Beberapa bahagian diketuai oleh raja. Kuasa raja dikawal oleh Sabha dan Samriti.

Kesan dari penghijrahan ini menyebabkan masyarakat nomadik mula menjalankan kehidupan secara menetap dan yang lebih penting lagi mereka telah mula membentuk kehidupan yang tidak berasaskan kepada peperangan.

Orang-orang Aryan telah mencipta teks-teks agama atau Veda-veda dan kitab yang terawal ialah Rig Veda. Rig Veda terkenal di dalamnya mengandungi penceritaan mengenai politik, sosial, ekonomi dan agama

Walaupun terdapat interaksi dengan penduduk tempatan namun kesepaduan antara kedua kelompok ini tidak pernah wujud, sebaliknya mereka memisah-misahkan kelompok mereka berdasarkan perbezaan warna kulit dan ciri fizikal yang lain.

Peradaban Indo-Aryan banyak menyumbangkan elemen-elemen spiritual terutamanya dalam konteks kepercayaan dan amalan keagamaan.

5.3.3 EMPAYAR MAURYA (321 SM - 185 SM)

Pengasasnya ialah Chandragupta Maurya yang berasal dari puak Moriya. Kemunculan Dinasti Maurya telah mambawa satu perkembangan baru dalam sejarah Tamadun India di mana ia telah memulakan sistem pemerintahan bercorak empayar.
http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/4/40/Chandragupta_mauryan_empire.GIF

Dinasti ini mencapai kegemilangan dalam banyak bidang termasuklah keagamaan apabila agama Buddha dan Jainism menjadi anutan utama termasuk oleh golongan pemerintah serta penguasaan wilayah yang dilakukan pemerintahnya seperti Chandragupta dan Asoka dan pengembangan agama Buddha ke luar rantau seperti China dan Asia Tenggara.

Penaklukan Kalinga penting dalam sejarah Maurya kerana kemusnahan yang berlaku di dalam peperangan ini menimbulkan kesedihan kepada Asoka Piyadassi sehingga baginda memeluk agama Buddha yang menekankan ahimsa (tidak melakukan kekejaman). Asoka mengadakan hubungan yang luas dengan dunia luar seperti Syria, Mesir dan Eropah Timur.

Di zaman ini juga muncul kitab Arthasastra iaitu teks tentang kerajaan dan ekonomi yang disusun oleh Kautalya (penasihat Chandragupta). Kitab ini kemudiannya menjadi karya klasik yang amat dihormati.

5.3.4 ZAMAN SERANGAN LUAR
Empayar Maurya diganti oleh Dinasti Shunga (keluarga Brahmin) yang diketuai oleh Pushyamitra pada tahun 180 SM.

Dalam period ini, agama Buddha yang telah mencapai kecemerlangan semasa Zaman Maurya mula menghadapi pemecahan dan terbahagi kepada dua iaitu agama Buddha Mahayana dan Buddha Hinayana.


5.3.5 EMPAYAR GUPTA

Dikenali sebagai Zaman Klasik atau Zaman Keemasan kerana kebudayaan Hindu semakin kukuh di kawasan utara India. Berlaku perkembangan dalam kesusasteraan Hindu dan dalam bidang seni bina kuil juga aspek kesenian dan sains. Beberapa karya yang sangat terkenal dicipta iaitu Shankuntala dan Kama Sutra.
Ancaman dari China dan Greek kemudiannya telah berjaya melemahkan dan seterusnya menjatuhkan kerajaan Gupta.

5.3.6 ZAMAN SANGAM

Zaman ini dianggap sebagai zaman terakhir kuasa Hindu di India Selatan. Wujud kerajaan-kerajaan Chera, Chola dan Pandhya yang sering berperang antara satu sama lain. Masyarakat India Selatan mengadakan hubungan perdagangan antarabangsa (Afghanistan, China, dan lain-lain . – bahan arkeologi ; duit syiling emas, perak dan tembaga) dengan Asia Tenggara serta negara-negara barat seperti Romawi dan Greek yang dibuktikan dengan kewujudan pelabuhan atau pengkalan kapal, dermaga (730 kaki x 120 kaki di Lothal dekat Teluk Combay), menara api, pejabat kastam dan bangunan.



5.3.7 ZAMAN PALLAVA

Selepas Zaman Sangam, sejarah India Selatan amat kabur sehingga dirujuk sebagai zaman gelap. Terdapat satu golongan yang dikenali sebagai Kalabhra telah menguasai India Selatan dan memperkenalkan Buddhisme sebagai agama rasmi serta mementingkan bahasa Sanskrit.

Pemulihan agama Hindu telah dilakukan oleh pergerakan bhakti iatu mazhab Saivisme dan Vaisnavisme diberikan keutamaan sehingga dapat menggantikan Buddhisme dan Jainisme sebagai agama rasmi.

Terdapat raja-raja Pallava yang telah memeluk agama ini, memberikan keutamaan kepada bahasa Tamil dan terlibat dalam pembinaan kuil-kuil Hindu.

5.3.8 ZAMAN CHOLA (850 M-1200 M)

Kerajaan Chola telah muncul sebagai kuasa utama di India Selatan selama 350 tahun. Semasa pemerintahan Chola mereka mendirikan kuil-kuil Hindu, membangunkan industri pertanian dan perairan serta pembangunan infrastruktur. Kerajaan Chola mengadakan hubungan perdagangan dengan Kepulauan Melayu dan rantau Asia Tenggara.

Terdapat kesan-kesan hubungan India-Alam Melayu-Asia Tenggara melalui kajian arkeologi seperti yang ditemui di Kuala Selingsing , Perak, Takuapa di Thai Selatan dan Labu Tuwa di Sumatera. Kesan-kesan itu meliputi aspek agama, ketatanegaraan, bahasa, sastera dan kesenian.


5.4 ZAMAN PERTENGAHAN / ZAMAN MUSLIM (1000M-1756M)

Islam telah berjaya meletakkan batu asasnya yang pertama pada abad ke 8 melalui Muhammad Al-Qasim yang telah berjaya menguasai wilayah Sind pada 706 Masihi/ 87 Hijrah. Kedatangan Islam di peringkat awal adalah dalam bentuk hubungan perdagangan yang turut membabitkan penyebaran Islam secara tidak langsung. Sebahagian penduduk persisiran pantai India Selatan telah mula dipengaruhi oleh kedatangan pedagang-pedagang Islam.

Pada peringkat kedua, kedatangan Islam adalah dalam bentuk penaklukan yang dilakukan oleh orang-orang Islam yang berbangsa Turki, Afghan dan Mongol.

Kerajaan Sabaktakin atau Sabaktigin merupakan kerajaan Islam yang pertama terbentuk di wilayah India. Dalam perkembangannya, ia telah mencapai tahap yang sangat gemilang pada masa pemerintahan Sultan Mahmud Al-Ghaznawi yang juga merupakan pemerintah yang paling terkenal dalam kerajaan ini.

Selepas penaklukan mula berlaku, kumpulan-kumpulan Muslim berketurunan Turki Afghan dan Mongol menguasai kawasan-kawasan di India dan menubuhkan kesultanan –kesultanan mereka. Ia bermula dengan serangan-serangan Mahmud Ghaznih yang menyebabkan beberapa bandar berkuil seperti Thanesar, Kanauj dan Mathura dimusnahkan.

Kemudian Muhammad Ghuri pada tahun 1191 dan pembukaan petempatan-petempatan di utara. Pada tahun 1206, Ghuri telah dibunuh oleh Qutbuddin Aibak, seorang pengikut (hamba) Ghuri yang kemudiannya membentuk Kesultanan Delhi.

Pemerintah-pemerintah Dinasti Hamba (1206-1290) digantikan oleh :
-   Dinasti Khilji (1290 - 1320)
-   Dinasti Tughluq (1320 - 1412)
-   Dinasti Sayyid (1412 - 1450)
-   Dinasti Lodi (1451 - 1526).

Pemerintah Ibrahim Lodi diserang oleh Babur, dari keturunan Mongol Genghis Khan pada tahun 1526 yang mengasaskan kerajaan dan dinasti baru iaitu Dinasti Mughal. Kerajaan Mughal menjadi masyhur di bawah pemerintahan Akbar. Akbar telah menjalinkan hubungan baik dengan penganut Hindu melalui cara perkahwinan.

Untuk mengelakkan tentangan rakyat keturunan Afghan, Turki, Uzbek, Iran, Turani, Kasyastha, Rajput dan Brahmin dilantik memegang jawatan dalam pentadbiran.

Dasar toleransi tidak lagi diutamakan oleh pemerintah pemerintah selepas Akbar : Jahangir (1605-1627) yang menunjukkan penentangan terhadap agama Jain dan membunuh ketua Sikh, Guru Arjun. Shah Jahan (1628-1658) yang tidak membenarkan pembinaan kuil Hindu. Aurangzeb (1658-1707) yang memperkenalkan semula jizyah, memusnahkan kuil Hindu dan menggantikan pegawai Hindu dengan pegawai Muslim

Tentangan dan pemberontakan Hindu-Sikh ke atas kerajaan Mughal dan serangan Inggeris telah menyaksikan kejatuhan kerajaan Islam terakhir India zaman pertengahan. Dengan itu babak baru dalam lembaran sejarah India ialah zaman moden dengan kedatangan kuasa-kuasa Eropah khususnya Inggeris.

Kedatangan Islam ke India telah menyebabkan munculnya satu budaya komposit natijah interaksi antara tamadun yang mencampuradukkan budaya Islam dan Hindu dalam sosio budaya masyarakat India terutama dalam bidang bahasa, sastera, perubatan, astronomi, seni halus, muzik, tarian, seni bina dan lukisan.

Sumbangan terbesar Islam kepada India ialah dalam bidang ilmu pengetahuan, lebih-lebih lagi dengan kemunculan tokoh ulama’ seperti Syah Waliyullah Al-Dahlawi, Sayyid Ahmad Syahid dan lain-lain lagi.

5.5 Zaman Moden 1750 – 1947 (Zaman Penjajahan)

Penaklukan kuasa Barat ke atas India :
-   Portugis ke atas Goa (1510)
-   Belanda (1602)
-   Perancis (1664)
-   British pada (1612 – 1947)

6.0 Kesimpulan
Tamadun Lembah Indus telah dibuktikan telah mencapai satu tahap tamadun yang tinggi dalam bidang pertanian, penternakan, pertukangan, pembinaan dan organisasi yang tersusun dan sistematik. Ini dapat dibuktikan dengan penemuan-penemuan arkeologi yang telah dijalankan mulai tahun 1920an hingga kini. Pengkajian tentang peradaban India adalah penting kepada tamadun dunia terutamanya semasa pemerintahan Islam di India.

BAHAGIAN DUA
MASYARAKAT DAN BUDAYA DALAM TAMADUN INDIA

Sejarah Tamadun India bermula dengan Tamadun Lembah Indus (3000SM). Kedatangan orang Aryan dan memperkenalkan cara hidup mereka seperti pangarauh dalam susun lapis masyarakat, budaya, sistem politik,        ekonomi dan sebagainya maka lahirlah peradaban Indo-Aryan

Masyarakat dan Budaya India

2.1 Kehidupan berkasta:
-   Brahmin : golongan intelek, ahli agama = mengendali kuil
-   Kshatriya : pemerintah, pentadbir, tentera = pertahan negara
-   Vaisya : Pedagang, peniaga = menjana kekayaan
-   Sudra : buruh, petani

Tiga kasta teratas adalah masyarakat Aryan. Sudra, masyarakat tempatan. Antara sekatan kepada mereka iaitu kasta sudra dilarang belajar Veda, tidak boleh tukar kasta, tidak digalakkan kahwin campur. Falsafah mereka ialah menjana kebahagiaan masyarakat, setiap golongan masyarakat mainkan peranan masing-masing. Kegagalan mana-mana golongan akan membawa kelemahan kepada masyarakat dan negara.

2.2 Ashrama dharma (Empat Peringkat Kehidupan) iaitu Brahmacarya : Mempelajari ilmu pengetahuan. Grhastha : Berumah tangga dan bekerja. Vanaprastha : Bertapa dan bebaskan diri dari duniawi dan Sanyasa : Sebar ilmu kepada masyarakat        
               
2.3 Purusharta (Empat Objektif Kehidupan) ialah Dharma/Aram : Kepatuhan kepada moral dan kerohanian. Hindu = Kebahagiaan, kekuatan spritual. Porul/Artha: Bekerja untuk Kekayaan (berasaskan dharma) = biayai golongan memerlukan seperti sanyasa dan sebagainya. Inbam/Kama iaitu cinta-kasih sayang (kama sutra) dan kepuasan nikmati harta benda. Gunakan kpd kebaikan. Vidu/Mokhsa ialah Kesempurnaan rohani hasil bebas diri dari duniawi.

2.4. Kedudukan Wanita.
Zaman awal : kedudukan mulia (jadi rishi, baca Veda). Buktinya ialah lambang Mother Goddess, dewi Hindu seperti Lakshmi, Saraswati. Zaman Veda kemudian : Hanya untuk urusan rumah tangga sahaja.

2.5. Pemerintahan dan Pentadbiran
Adanya sistem beraja. Terdapat lambang kekuatan raja, cokmar, payung, gendang. Hubungan raja – Barhmin amat erat untuk legitimasi. Raja dibantu oleh majlis penasihat (mantri prasad). Bagi licinkan pemerintahan empayar/negara dibahagi mengikut wilayah

2.6 Ekonomi
Sistem cukai: iaitu cukai asas : cukai tanah, cukai rumah, air dan sebagainya. Cukai perniagaan.

2.7 Kesusasteraan
Kesusasteraan Vedik : Berdasarkan shruti dan smriti. Kesusasteraan Dravidia : Bertemakan Aham (cinta), Puram (pendidikan, pemerintahan, peperangan dan sebagainya)

KESIMPULAN
Kedatangan orang Aryan memperkaya mematang tamadun India. Lahir pelbagai variasi tradisi masyarakat, budaya, falsafah dan sebagainya.

BAHAGIAN TIGA
KEPERCAYAAN, PANDANGAN SEMESTA DAN NILAI-NILAI MURNI DALAM TAMADUN INDIA

AGAMA BUDDHA
Pengasas doktrin ini ialah Siddhartha Gautama Buddha.(632SM-543SM) Buddha bermaksud kesedaran kerohanian yang sempurna. Kemunculan agama ini berasas dari penentangan kaum Ksytria terhadap dominasi golongan Brahmana serta pegangan sistem kasta yang rigid. Kitab-kitab suci agama ini ialah Tripitaka yang bermaksud Tiga Himpunan Hikmat yang mengandungi 3 Pitaka iaitu Sutta Pitaka, Vinaya Pitaka dan Abidhamma Pitaka.

Buddha tidak mengajar mengenai hal-hal ketuhanan, metafizika atau sesuatu falsafah kerana beliau sendiri tidak menggalakkan falsafah. Ajaran Buddha merupakan ajaran-ajaran psikologi dan etika yang berhubung kait dengan kehidupan. Ajaran-ajaran metafizika dalam Buddhisme adalah tambahan kemudian (Abhidhamma) kepada ajaran asal Buddha (Dhamma).

Intipati ajaran ini ialah mencari Kebenaran Sejati dan berdasarkan kepada tiga prinsip; Sila (disiplin diri), Samadhi (tafakkur) dan Pannna (bijaksana).

AGAMA JAINA
Agama ini diasaskan oleh Nataputta Vardhamana (gelarannya Mahavira yang bermaksud pahlawan besar) pada abad ke 6 SM. Ia mementingkan undang-undang sebab dan akibat yang dipercayai menentukan kelahiran semula roh-roh individu. Konsep yang terdapat dalam ajaran Hindu seperti karma dan samsara turut diterima pakai dalam ajaran ini.

AGAMA SIKH
Agama ini muncul di sekitar abad ke 15. Ia bersifat sinkronisasi antara agama Hindu dan Islam iaitu ia menekankan monotheism, penghapusan kasta dan penyembahan tuhan. Tuhan dalam kepercayaan ini dipanggil dengan pelbagai nama antaranya Rama dan Hari

Antara elemen Islam dalam ajaran ini ialah penggunaan patung-patung diharamkan manakala elemen Hindu ialah idea kelahiran semula.

Kitab suci Sikh ialah Granth Saheb atau Kitab Tuhan dan terdapat dua himpunan iaitu Adi Granth dan Dasam Granth.

Guru adalah penting dalam perkembangan agama Sikh seperti Guru Nanak, dan lain-lain . ,

AGAMA ISLAM
Agama Islam mula bertapak setelah mula Muhammad al-Qasim telah membuka wilayah Sind pada abad ke 8M. Kedatangan Islam dianggap sebagi hadiah kepada tamadun India kerana telah membuka lambaran baru kepada bumi tersebut. Islam telah mempersembahkan ajarannya dengan konsep yang lengkap yang melibatkan hubungan dengan pencipta Yang Maha Esa, manusia sesama manusia dan manusia dengan alam sehingga memberi perubahan kepada masyarakat India seperti dalam aspek harga diri dan perikemanusiaan, hak asasi kepada wanita, erti kebersihan, kemajuan fikiran dan kemahiran hidup, kemajuan ilmu pengetahuan dan kebendaan

BAHAGIAN EMPAT
TAMADUN INDIA: PENCAPAIAN DALAM PELBAGAI BIDANG

PENDAHULUAN
Kecemerlangan dalam ilmu pengetahuan antara elemen penting dalam setiap tamadun. Tamadun India adalah antara tamadun yang banyak memberi sumbangan kepada perkembangan ilmu pengetahuan dunia seperti perubatan, fizik, kimia, astronomi, matematik, senibina, bahasa dan sebagainya. Tidak dinafikan penerokaan yang dibuat oleh sarjana India telah memberi inspirasi kepada sarjana dunia yang lain untuk memperkembangkannya menjadi ilmu yang lebih mantap. Perkembangan ilmu pengetahuan dalam tamadun India berlaku seawal zaman pra sejarahnya iaitu Lembah Indus, kemudian berkembang ke zaman Vedik, zaman Islam dan era penjajahan Inggeris. Faktor sejarah diakui oleh para sarjana sebagai elemen penting kepada perkembangan ilmu pengetahuan dan pendidikan dalam tamadun ini Selain itu, elemen agama juga merupakan unsur penting dalam setiap perkembangan ilmunya

TAHAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DAN ILMU PENGETAHUAN
Tamadun Lembah Indus- tidak begitu ketara namun terdapat penemuan dan elemen pendidikan seperti
 perbandaran, hubungan dengan masyarakat luar dan lain-lain. Zaman Vedik- Kecemerlangan empayar-empayar awal seperti Maurya, Gupta, Sangam, Pallava dan Chola. Kemasukan orang-orang Aryan yang telah memiliki teknologi besi kemudiannya memperkukuhkan lagi perkembangan ilmu seiring dengan perkembangan ajaran Hindu

Zaman Islam telah mempengaruhi perkembangan senibina, bahasa/sastera, astronomi, matematik, perubatan dan lain-lain. Manakala Zaman penjajah (Portugis, Belanda, Peranchis dan Inggeris) telah mempengaruhi dari sudut bahasa, sains dan teknologi moden.

SUMBER ILMU PENGETAHUAN INDIA
-   Kitab-kitab Veda
-   Tamadun Mesopotamia
-   Tamadun Islam
-   Tamadun China
-   Tamadun Barat

Pencapaian
-   Bidang Pendidikan
-   Bidang sains
-   Matematik
-   Astronomi dan kalendar
-   Fizik dan kimia
-   Logam
-   perubatan

-   Bidang kesenian
-   Muzik
-   Tarian
-   Drama
-   Lukisan
-   Bidang bahasa dan kesusasteraan
-   Bidang seni bina

-   Bidang Pendidikan
-   Dikuasai oleh kasta Brahmin- kitab2 Veda
-   Penubuhan universiti
-   Zaman Islam; berkembang pesat – semua golongan. Bertambah pusat pendidikan.
-   Zaman Inggeris: pendidikan Inggeris berkembang

MATEMATIK

Sistem Angka
Sistem angka sifar(dikenali juga sebagai sunya). Mempelopori penggunaan sistem nombor 0 hingga 9. Konsep sifar ini menjadi asas kpd angka kosong dalam sistem matematik hari ini. Pesat di zaman yang dikenali sebagai sulvasutra (aturan tali). Aktiviti matematiknya berdasarkan aturan kiraan tali. Matematik berkembang pada waktu ini kerana keperluan agama (pemujaan dan pengorbananan). Diperkenalkan pada zaman Gupta. Sebelum adanya konsep sifar hanya nombor positif sahaja yang diketahui. Setelah nombor sifar ditemui wujudlah nombor negatif yang kita kenali sekarang ini. Sifar atau kosong ini diwakili oleh titik yang dikenali sebagai Pujyam. Konsep kosong juga dikenali sebagai Shukla dan Shubra. Orang Arab kemudiannya memanggilnya Siphra atau sifr.

Geometri
Mencapai tahap cemerlang apabila ia menjadi asas penting dalam senibina. Digunakan secara meluas terutama dalam merangka mandala. Bentuk-bentuk geometri juga telah digabungkan dengan bentuk tumbuhan dan menjadi hiasan kuil-kuil di seluruh India. Aryabhata telah menulis dalam Aryabhaliyam tentang teori-teori geometri. Aryabhata turut berjaya mengira dengan tepat jumlah hari dalam setahun iaitu 365 hari. Beliau juga membuktikan bumi berputar di atas paksinya dan gerhana pula disebabkan bayang bumi.

Algebra
Berkembang sejak abad ke 5 Masihi dan dikenali sebagai Ganitam (dari perkataanBijaganitam). Orang Arab selepas kurun ke-13 telah mengkaji tentang matematik India apabila mereka mula memasuki India. Mereka telah memperkembangkan lagi ilmu matematik yang diperoleh dari sini yang kemudiannya diberi nama Al-Jabar. ‘Al’ bermaksud satu, ‘Jabr’ pula bermaksud penggabungan. Pada zaman pertembungan antara tamadun Islam dengan barat, kaedah algebra ini telah disebarkan ke barat. Algebra yang dikenali pada masa ini adalah dari ‘al-Jabr’ yang dibangunkan orang Arab dari Bijaganitam yang berasal dari India.

Sistem perpuluhan
Ada sarjana yang mengatakan ia adalah ciptaan orang Arab tetapi dakwaan ini disangkal kerana orang Arab menamakannya sebagai Hindisat (seni India). Jadi kemungkinan melalui hubungan dagangan yang kukuh antara India dan Timur Tengah telah memungkinkan orang Arab mempelajari seni matematik dari orang India.

Trigonometri
trigonometri (sinus, kosinus dan kotangen) yang dibangunkan pada kurun ke 15 dianggap contoh pertama bagi siri kuasa (selain siri geometri). Trigonometri dimajukan apabila kiraan satu-satu sudut menggunakan kaedah separuh dan ia kekal hingga hari ini. Kaedah ini dikembnagkan dalam kitab Aryabhatiya yang ditulis oleh Aryabhata dan kitab Pancasiddahta karya Varamahira.

LOGAM
Terbukti dengan pembinaan Iron Pillar of Delhi atau Menara Besi (tiang Besi) di Delhi (berdekatan Qutb Minar yang dibuat pada 5M. Ia merupakan sebatang besi 7 meter tinggi dan begitu tulen sehingga tidak berkarat. Berat menara ini dianggarkan 6 tan dan sehingga sekarang tidak terjejas. Keupayaan melebur logam ini juga menjadikan perkembangan pesat dalam pembuatan duit-duit syiling yang telah digunakan sekurang-kurangnya sejak abad ke 8 SM.

IRON PILLAR OF DELHI


FIZIK DAN KIMIA
Ia ada kaitan dengan teologi dan agama. Alam semesta dipercayai mengandungi lima elemen iaitu tanah, angin, api, air dan angkasa. Hampir semua aliran agama di India percaya unsur-unsur alam kecuali angkasa adalah bercirikan atom.

Dunia mempunyai 5 elemen asas: Bumi, Api , Udara, air dan gelombang. Lima (5) elemen tersebut mempunyai kaitan dengan kehidupan manusia contohnya, bumi dikaitkan dengan bau, udara dengan perasaan, api dengan pandangan, air dengan rasa dan gelombang dengan bunyi/pendengaran.
Mengikut falsafah Vaisheshika, atom yang wujud dalam kehidupan boleh dipisah-pisahkan. Sesuatu objek akan mempunyai kadar berat yang lebih besar apabila ia berada dalam air berbanding di udara kerana densiti atom dalam air lebih tinggi dari di udara.

Kimia: Kajian tertumpu pada peleburan logam, pembuatan wangian dan pewarna. Juga pembuatan ubat. Pengetahuan kimia tidak digunakan untuk mengubah dan menjadikan logam besi kepada emas seperti yang dilakukan di Eropah. Orang India buat ubat untuk hidup lama, racun dan antidotnya. Melalui kimia perubatan juga beberapa bahan alkali utama, asid dan garam logam dicipta dengan proses yang mudah seperti pembakaran dan penyulingan. Mereka juga dipercayai mencipta ubat bedil.

ASTRONOMI DAN KALENDAR
Brahmagupta telah memperkenalkan hukum graviti dan berjaya menghitung dengan tepat ukur lilit bumi. Varahamitra pula menulis buku Panchasiddhantika atau lima aliran astronomi yang menjadi bahan rujukan di sekolah-sekolah. Jyotisa atau ilmu kaji bintang adalah salah satu bahagian utama Rig Veda. Ia merupakan perkiraan astronomi yang digunakan pada zaman awal menentukan tarikh dan masa bagi upacara pengorbanan. Berdasarkan perkiraan astronomi muncul kalendar matahari. Orang India berjaya menemui 7 planet tanpa bantuan teknologi peralatan. Planet-planet tersebut ialah Matahari, Bulan, Marikh, Utarid, Musytari, Zuhrah, Zuhal dan dan kemudian 2 lagi iaitu Rahu dan Kethu (pusat tenaga) yang berada pada arah bertentangan 180 darjah. 27 bintang (nakshatra) ditemui dan mempercayai bintang dan planet ini mempengaruhi kehidupan manusia. Kepercayaan inilah yang menjadi asas bagi kemunculan astrologi.

Astronomi India sudah pun mengetahui yang bintang adalah sama seperti matahari yang merupakan pusat kepada sistem solar. Pada abad ke-7 M, Brahmagupta telah berjaya menganggarkan jarak di antara bumi dan matahari iaitu sejauh 5000 Yojanas. Satu Yojanas bersamaan dengan 7.2 km. Anggaran yang dibuat beliau ini hampir menyamai jarak sebenar iaitu kurang 36000 km. Pada zaman Gupta lagi mereka telah menyedari tentang adanya medan graviti dan mengetahui bahawa dunia ini adalah berbentuk sfera.

Brahmagupta pada kurun ke-7 M menyatakan yang semua jasad akan jatuh ke arah bumi kerana secara semulajadinya bumi akan menarik apa sahaja jasad. Teori ini kemudiannya dikembangkan oleh Barat dengan kemunculan ahli sains barat seperti Sir Isaac Newton yang mengenengahkan teori gravitinya Aryabhatta telah memperkenalkan teori Heliocentric yang kemudiannya dikembangkan oleh Copernicus lebih seribu tahun kemudian.

Barat tidak begitu tertarik dengan idea Aryabhatta tentang matahari sebagai sumber kepada cahaya bulan sehinggalah dibuktikan oleh Copernicus dan Galileo. Bukti ketinggian ilmu matematik dan astronomi India terpapar dengan terbinanya Universiti Nalanda yang merupakan antara universiti yang terawal di dunia yang menarik ramai sarjana dari seluruh dunia seperti dari Greek, Parsi dan China.
PERUBATAN
Ilmu perubatan India bermula pada zaman Vedik sebagai seni ilmu sihir. Unsur-unsur perubatan seperti fisiologi, pembedahan, pernafasan melalui amalan yoga, reproduksi manusia, farmakologi dan perubatan binatang , telah wujud sebelum tahun Masihi. Teks-teks perubatan India seperti Caraka (kurun pertama hingga ke-2 ) dan Susruta (kurun ke 4) dianggap setaraf dengan Hippocrates dan Galen

BIDANG KESENIAN
Muzik: Terdapat empat kategori dalam alat muzik iaitu tata (tali), avanaddha (dram), ghana (solid/ideophone) dan susira (angin). Berbeza India Utara dan India Selatan. India Utara: sitar, sahnai dan tabla. India Selatan: Karnataka

Tarian: Tarian yang tulen adalah mempunyai pergerakan gaya tangan, kaki, tangan muka, perasaan.

Drama: Antara yang terkenal drama Sakuntala

Lukisan: Dinding istana, ruang dalaman rumah golongan kaya, kuil. Pengaruh dari epik klasik Ramayana dan Mahabrata

BIDANG SENI BINA
Merangkupi binaan, ukiran gua, kuil, duit syiling. Zaman Maurya, seni bina dan seni ukir berkembang maju. Tiang Asoka adalah antara kemegahan senibina/ukir India. Zaman Gupta: seni bina lebih cemerlang. Zaman Islam: gabungan unsur Parsi dan Hindu berkembang

BAHASA DAN KESUSASTERAAN
Dari sudut pencapaian bahasa terdapat lebih 325 bahasa dan 750 loghat tapi 14 sahaja jadi bahasa utama dan diperakui oleh perlembagaan. Antaranya, Hindi, Tamil, Punjabi, Malayalam dan lain-lain. Bahasa Indo-Arya: Sanskrit spt Hindi, Kashmiri dan lain-lain. Bahasa Dravida: Telegu, Tamil, Malayalam dan lain-lain. Terdapat juga bahasa Urdu, bahasa Inggeris.

KESUSASTERAAN
Terdapat kesusasteraan Indo-Arya, kesusasteraan Vedik, kesusasteraan Epik dan lain-lain

KESIMPULAN
Kemajuan dalam tamadun India tidak dinafikan mempengaruhi perkembangan dan kemajuan sains dan teknologi moden Perkembangan dan kemajuannya juga hasil pengaruh dari Tamadun Islam, China dan Yunani Kemajuan dalam sains kini memperlihatkan India juga adalah antara negara penting dunia yang memajukan sains angkasa, nuklear, persenjataan teknologi maklumat dan sebagainya.

BAHAGIAN LIMA
TAMADUN ISLAM DI INDIA

1.0 PENDAHULUAN

Sejarah Kedatangan Islam
-   Hubungan Islam – India
-   Hubungan perdagangan – penyebaran berlaku secara tidak langsung
-   Penyebaran Islam oleh pedagang Arab
-   Hubungan secara terus iaitu penaklukan Sind oleh Muhammad al Qasim(713M)
-   Melalui penaklukan – Orang Islam berbangsa Turki, Afghan dan Monggol
-   Mahmud al Ghaznawi serta angkatan tentera menyerang antara 1008-1026M
-   Berjaya menguasai Bandar Thanesar, Kanauj dan Mathura di utara India
-   Muhamad al-Ghuri menakluk India tahun 1191M

2.0 KERAJAAN ISLAM DI INDIA
-   Dinasti Subaktigin (1004 - 1186M)
-   Dinasti Hamba (Kesultanan Delhi) 1175 - 1290M
-   Dinasti Khilji (1290M - 1320M)
-   Dinasti Tughluq (1320M - 1412M)
-   Dinasti Sayid (1412M - 1450M
-   Dinasti Lodi (1451M - 1526M)
-   Dinasti Babur/Mughal (1526M - 1707M)

3.0 PENUBUHAN KERAJAAN ISLAM DI INDIA

3.1 Kerajaan Subaktigin (1004-1186M)
Ia merupakan kerajaan Islam yang pertama terbentuk di wilayah India. Tahap kegemilangannya semasa berada di bawah pemerintahan Sultan Mahmud al-Ghaznawi. Antara sumbangannya ialah menguasai sebuah wilayah yang luas di India. Menjadi asas penting penguasaan Islam terutamanya dibahagian utara India. Pemerintah Abbasiyah di Baghdad telah menganugerahkan gelaran “Yaminud daulah”- Sultan Mahmud Ghaznawi

3.2 Kesultanan Delhi
Kerajaan Ghuri diasaskan oleh Alaudin Hussien al Ghuri yang menguasai wilayah Punjab dan Sind. Diganti oleh anaknya Muhammad al Ghuri (1175 -1206M). Antara sumbangannya: Mengasaskan pemerintahan Islam di India. Menyatukan masyarakat India di bawah kekuasaan Islam. Memberi kebebasan beragama kepada rakyat. Menjalankan keadilan tanpa mengira bangsa dan agama. Mendirikan masjid dan memajukan ilmu pengetahuan

3.3 Kerajaan Khilji (1290-1316M)
Diasaskan oleh Jalaluddin Khilji seorang Afghanistan yang berjaya menggalakkan saki baki kaum mamluk. Menghadapi tekanan kaum Hindu serta tentera Monggol. Antara sumbangannya ialah menetapkan harga barang. Reformasi kutipan kadar cukai. Gandum dihantar dan disimpan di Delhi. Membangunkan tanah terbiar. Mempertahankan negara dari ancaman Monggol dan Turki. Meluaskan wilayah Islam hingga ke Selatan Dakka

3.4 Kerajaan Tughluq (1316-1398M)
Diasaskan oleh Ghitauddin Tughluq. Anaknya Muhamad Tughluq. Antara sumbangannya ialah cuba mengadakan perubahan pada dasar cukai serta reformasi tanah. Cuba mengadakan perubahan tentang dasar-dasar kewangan dengan mengambil contoh sistem kewangan China dan Farsi. Dasar ini gagal kerana wujudnya wang palsu. Memindahkan ibu kota Delhi ke Devagiri pada 1327M

3.5 Kesultanan Moghul

a) Zahiruddin Babur (1494-1530M). Sejarah kedatangan Moghul di India bermula dengan peranan Temurlane yang telah menghancurkan Tughluq Peranan ini diteruskan kemudiannya oleh Babur keturunan Timerlane dari sebelah bapa. Sumbangannya ialah menyatupadukan kekuatan pemimpin Islam yang berpecah. Menjatuhkan kerajaan Lodi dalam perang Panipat pada tahun 1526M. Mengalahkan orang-orang Rajput dan orang-orang Afghan

b) Humayun (1530-1556M). Humayun mewarisi pemerintahan ayahnya Babur, Peribadinya tinggi, terpelajar dan bijak mengatur strategi. Sumbangannya: Mengatur tentera yang kucar kacir hingga mengalahkan Lodi. Perpecahan di kalangan musuhnya membolehkan ia menawan Delhi. Sikap toleransi terhadap mazhab lain

c) Akbar (1556-1605M). Seorang tokoh yang kontroversi, Akhbar mewarisi ayahnya Humayun ketika berusia 14 tahun. Kegiatannya meliputi bidang keagamaan dan politik. Antara sumbangannya ialah
-   Penaklukan: Diperingkat awal Akhbar dibantu oleh Bairan Khan wazir ayahnya dahulu. Dalam usaha penaklukan dia menumpukan bahagian tengah India seterusnya ke utara dan ke selatan India
-   Sistem Pentadbiran Akhbar: Bercorak autokrasi – dibantu oleh pentadbir-pentadbir yang cekap dari berbilang kaum
-   Prinsip-prinsip agama dan politik Akhbar: Agama barunya ialah Din Ilahi dan penganutnya disebut Chela. Agama Din Ilahi cuba menghancurkan Islam dengan menghalalkan apa yang diharamkan dan mengharamkan apa yang dihalalkan

PEMBAHARUAN PRINSIP AGAMA ZAMAN AKHBAR
-   Asas akidahnya tersimpul pada la ilaha akhbar khalifatullah
-   Semua agama mempunyai prinsip yang baik
-   Mengormati penyembahan api (zoroaster)
-   Menterjemahkan kitab injil dan menghormati konsep trinity
-   Melarang penyembeliahan lembu (Hindu)
-   Amalan judi dan minum arak dihalalkan(Islam)
-   Poligami diharamkan
-   Ulama diperlekehkan

d) Jahangir (1605-1627M). Ketika mula memerintah cuba menalankan dasar-dasar untuk menawan hati rakyat serta mengadakan peraturan negara yang dikenali sebagai rukun dua belas. Antara sumbangannya ialah mengapuskan pemberontakan anaknya Khusrav. Menghapuskan pemberotakan Sher Afghan. Mengamankan negara dari ancaman kaum Rajpur dengan kerjasama anaknya yang ketiga Shah Jahan

e) Shah Jahan (1628-1658M). Zaman pemerintahan Shah Jahan di anggap sebagai zaman keemasan bagi kerajaan Moghul di India. Antara sumbangannya ialah tiada ancaman luar yang serius. Dapat menyusun tentera yang setia. Sektor ekonomi berkembang, wujudnya kegiatan import dan eksport dengan Asia Barat dan Eropah. Banyak melakukan pembinaan bangunan yang tinggi mutunya seperti Tajmahal, masjid Mutiara dan sebagainya. Menggalakkan kegiatan kesusasteraan

f) Aurangzeb (1659-1707M). Putera kepada Shah Jahan seorang pemerintah yang soleh. Antara sumbangannya ialah berjaya menyatukan seluruh daerah yang lemah. Dibawah pemerintahannya empayar Monghul mencapai daerah kekuasaan yang terbesar di India. Berjaya menakluk semua kuasa-kuasa Hindu. Menghapuskan saki baki ajaran Din Ilahi seperti mengharamkan judi, arak dan lain-lain. Mengadakan jabatan yang khas untuk mengawal dan membangunkan masjid-masjid


4.0 SUMBANGAN ISLAM KEPADA TAMADUN INDIA

Harga diri dan perikemanusiaan. Islam terlebih dahulu dianuti oleh golongan kasta rendah(sudra). Mereka merasakan Islam telah mengangkat harga diri dan nilai kemanusiaan dari ditindas dan diperhambakan dari golongan kasta tinggi.Islam telah mengembalikan hak asasi dan martabat wanita.

Hak asasi dan martabat wanita. Kaum wanita Hindu yang masuk Islam di beri hak asasi sebagai wanita yang bebas dan terhormat. Sebelumnya wanita yang kematian suami tidak berhak hidup, mereka harus membakar diri bersama mayat suaminya (sutee). Islam telah memberi hak pusaka dan lain-lain.

Kebersihan. Islam telah menghadiahkan kebersihan kepada kaum India, penganut Hindu menganggap kotoran sebahagian ibadah yang menyampaikan seseorang hamba ke alam nirwana.

Kemajuan alam fikiran dan Kemahiran hidup. Islam telah mencorakkan pola pemikiran bangsa India, sebelumnya mereka jauh dari peradaban dan tamadun yang dapat dibanggakan

Tamadun ilmu. Ilmu-ilmu Islam telah berkembang di tanah India dengan subur, dari kerana itu lahirlah ulama-ulama besar bertaraf antarabangsa yang mempunyai ilmu yang luas dan mendalam contohnya ilmu hadis. Imam Ahmad b Abdul rahim (Syah Waliyullah al Dahlawi)

Kebangkitan Gerakan Islam.Dua gerakan Islam yang sangat ketara diperingkat antarabangsa, iaitu gerakan ‘jamaah Islamiah’ dan ‘gerakan Tabligh’. Gerakan-erakan inilah yang mewarnai kebangkitan Islam di bumi India dan antarabangsa sampai kehari ini

Tamadun kebendaan. Raja-raja Islam telah banyak membangunkan kilang-kilang, sekolah, rumah sakit, sistem jalanraya dan senibina yang sangat hebat seperti tajmahal

Pemerintahan dan Pentadbiran. Menggunakan pendekatan kerajaan Abbasiyyah,Baghdad contohnya Sultan mempunyai kuasa mutlak dalam membentuk kerajaan

Ekonomi. Perkenalkan sistem zakat,jizyah, kharaj dan sebagainya. Kakitangan kerajaan diberi gaji contohnya tentera

Pendidikan dan Kesarjanaan. Pendidikan dijalan secara formal dan informal iaitu di masjid,madrasah, kolej dan sebagainya. Aktiviti penulisan juga diadakan dalam bidang sejarah dan ilmu-ilmu lain

KESIMPULAN
Agama Islam telah dianuti lebihkurang 150 juta penduduk India selama hampir 800tahun sehingga jatuh ketangan Inggeris pada tahun 1857. Selepas pepecahan, India telah berpecah kepada Pakistan dan Bangladesh. Kemasukan Islam telah membangunkan negara India dan menuntutnya ke arah kemajuan dan peradaban yang tinggi serta kehidupan yang lebih baik dan lebih teratur.

BAHAGIAN ENAM
INTERAKSI TAMADUN INDIA DENGAN TAMADUN LAIN DAN RELEVANSINYA DI MALAYSIA

Pengenalan
Interaksi antara tamadun berlaku kerana wujdunya sifat toleransi yang tinggi serta sikap saling menghormati antara sesebuah tamadun dengan tamadun yang lain. Sifat terbuka sesebuah tamadun memberi peluang berlakunya percambahan pemikiran dan budaya serta memperkayakan lagi tamadun tersebut kepada pelbagai aspek.

Interaksi Tamadun India-Cina
Rekod sejarah Cina mencatatkan interaksi Tamadun India-Cina pada kurun ke-2 SM. Jalan sutera menjadi laluan utama pedagang India-Cina. Selain daripada barang dagangan, agama Buddha merupakan komoditi terpenting yang dibawa ke Cina. Kesan interaksi Tamadun India-Cina: penyebaran agama, sains dan teknologi, bahasa dan lain-lain.

Kesan Interaksi Tamadun India-Cina
a. Penyebaran agama Buddha. Dibawa masuk ke Cina pada kurun pertama masehi disesuaikan dengan tradisi budaya masyarakat Cina: Doisme dan Konfusianisme. Sami di Cina menetap di India dan pelajari kitab Buddha dalam bahasa Sanskrit dan Pali. Berjaya menyusun doktrin Buddha dalam satu koleksi Tripitaka. Antara penterjemah kitab Buddha oleh sami Cina spt. Fa Xian, Xuan Zang

Jalan Sutera Lama (laluan tengah)

b. Sains dan Teknologi.
Dari China - pembuatan kertas, tembikar, bahan letupan, percetakan dan kompas. Perubatan Cina mendapat tempat dan diberi penghormatan yang tinggi di India. Dari India - teknologi India menghasilkan gula daripada tebu, 60 koleksi ilmu astronomi India telah diterjemah ke bahasa Cina ahli astronomi India pernah berkhidmat di China sistem kalendar lunar Cina yang baru Karya perubatan India pula banyak diterjemah ke dalam bahasa Cina

c. Bahasa, Kesusasteraan dan Kesenian.
Ilmu fonetik Cina guna pengetahuan dan teknik ilmu fonetik Sanskrit - dipelajari melalui ajaran Buddhisme. Kitab Buddha juga telah membekalkan bahan untuk panduan dan rujukan kepada kesusasteraan Cina- perbendaharaan kata, tema, gaya dan genre. Seni muzik India – alat muzik Cina yang berasal dari India : pipa dan konghou 

Interaksi Antara Tamdun India – Islam. Islam tiba di India pd kurun ke-7M. Perhubungan dagangan Arab – India melalui jalan darat dan laut. Jalan laut melalui Lautan Hindi dan Lautan Merah. Jalan darat melalui Parsi. Nama India lain: Sind @ Hind di kalangan orang Arab.

Kesan Interaksi Antara Tamadun India – Islam.
a. Bahasa: Bahasa ‘Urdu’ diperkenalkan. Mempunyai nahu Prakrit dg perbendaharaan kata Parsi, Arab dan Turki. Ditulis dg skrip Arab tetapi diubah utk mewakili bunyi bukan Arab
b. Seni bina: Seni bina Turki-Islam mempengaruhi seni bina zaman Kesultanan Delhi, sementara seni bina Parsi-Islam pula mempengaruhi seni bina zaman Monghul. Kubah, menara, penggunaan mortar dan konkrit, bentuk geometri merupakan pengaruh Islam. Seni bina Islam berkembang pesat zaman Monghul. Taj Mahal hasil seni bina Indo-Parsi yang teragung dan menjadi salah satu benda ajaib dunia.

c. Pentadbiran: Zaman Kesultanan Delhi ramai pegawai2 kerajaan dilantik dari kal. penganut Hindu. Con. Medini Rai - pegawai tinggi di Malwa. Purandar, Rup dan Sanatan – pegawai tinggi di Bengal. Kerajaan Hindu Raja Deva Raja II dari Vijayanagar juga telah melantik pegawai2nya dari kalangan orang2 Islam

d. Budaya: Diperkenalkan sejenis alat muzik ‘sitar’ gabungan ‘vinai’ India Selatan dan ‘tanbura’ Parsi. Tarian ‘kathak’ menggunkan pakaian Parsi dengan tema Hindu.

e. Ilmu Pengetahuan: Hasil-hasil kesusasteraan Parsi telah berkembang dalam masyarakat India. Hasil-hasil tulisan India terutama yang berkaitan agama Hindu diterjemah ke dalam bahasa Parsi untuk tujuan kesarjanaan seperti yang dilakukan oleh Zainul Abidin (Kashmir) dan Husain Shah (Bengal). Ahli astronomi India telah meminjam terma-terma astronomi, pengiraan latitud dan longtitud bumi, pengiraan kalendar dan lain-lain daripada orang-orang Islam.

Akitiviti terjemahan pesat di zaman Akbar. Karya-karya Hindu seperti Mahabrata dan Ramayana diterjemah ke bahasa Parsi. Karya-karya Parsi ke bahasa Hindi. Tujuannya untuk memboleh masyarakat tempatan memahami agama, budaya, pemikiran dsb yang wujud dalam Tamadun India.

f. Kemunculan Agama Baru: Agama Din Ilahi – Akbar, ajaran Kabir dan Nanak mengambil ciri-diri Hinduisme dan Islam. Tujuan mewujudkan agama universal yang dapat menjalin persahabatan dan perpaduan antara Muslim-Hindu. Ajaran sufi dengan doktrin mistik yang menekankan penyatuan dengan Tuhan telah mempengaruhi penganut Hindu.

INTERAKSI TAMADUN MELAYU –TAMADUN INDIA

Bermula sejak zaman sebelum mesihi lagi. Bahan bertulis dari India - ada menyebut tentang Asia Tenggara “Survarnadvipa” (Semenanjung emas) dan “Suvarnabhumi “ (bumi emas). Tujuan utama kedatangan para pedagang dari India ke Tanah Melayu - bagi dapatkan rempah ratus, kayu-kayan, damar, emas dan lain-lain.

INTERAKSI TAMADUN MELAYU – INDIA ZAMAN PRA PENJAJAH

Kedatangan para pedagang asing khususnya India ke Melaka menjalankan aktiviti perdagangan secara tidak langsung memberi peluang utk mereka berinteraksi. Sejarah Melayu mencatatkan Mani Purindam telah menjadi menantu Sri Nara Diraja – Tun Ali. Cucu Tun Ali raja Kassim menjadi sultan Melaka – Sultan Muzaffar Shah. Perkahwinan campur antara pedagang India dgn penduduk tempatan membentuk komuniti Chetti di Melaka. Di Pulau Pinang perkahwinan campur antara India Muslim dengan wanita Melayu muncul Peranakan Jawi.

INTERAKSI TAMADUN MELAYU – INDIA ZAMAN PENJAJAH BARAT

Masyarakat India di Malaysia yang telah dibawa masuk ke Tanah Melayu pada zaman penjajah British untuk memenuhi keperluan buruh di ladang-ladang kopi, tebu dan getah. Tenaga buruh India menjadi pilihan kerana India turut dijajah selain buruh India murah dan senang diurus ‘pecah dan perintah’ British menyebabkan mereka kurang berinteraksi dengan masyarakat tempatan yang lain

Zaman menuntut kemerdekaan timbul kesedaran perlunya hubungan kerjasama. Antaranya ialah penubuhan Parti Perikatan. Pengenalan Laporan Barnes, Fenn-Wu, Penyata Razak dan Rahman Talib – pupuk perpaduan. Rukun Negara, Jab. Perpaduan Negara. Dasar Ekonomi Baru (DEB). Wawasan 2020.

KESAN INTERAKSI TAMADUN MELAYU - TAMADUN INDIA

a. Penyebaran Agama. Agama Hindu dan Buddha telah diterima dan menjadi pegangan penduduk tempatan yang sebelumnya berpegang kepada kepercayaan animisme. Candi Bukit Batu Pahat di Lembah Bujang pula merupakan tinggalan pengaruh ajaran Hindu kerajaan Chola ketika menguasai Kedah. Tinggalan di Lembah Bujang

b. Sistem Pemerintahan
konsep “Dewaraja” (dalam bahasa Sanskrit yang bermakna God King) - konsep ketuhanan agama Hindu yang membesarkan keagungan dewa-dewi dan dikaitkan dengan kedudukan serta status Raja sebagai jelmaan Tuhan. Upacara pertabalan - bg mengekalkan status tinggi Raja. Panca Persada yngg seperti Gunung Mahameru, memperlihatkan pengaruh kosmologi Hindu-Buddha.

c. Bahasa dan Kesusasteraan
Pengaruh bahasa Sanskit. Penemuan Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M), Batu Bersurat Talang Tuwo (684 M), Batu Bersurat Kota Kapur (686 M) dan Batu Bersurat Karang Berahi (692 M) buktikan pengaruh bhs Saskrit dalam bhs Melayu kuno yang digunakan ketika itu. Batu Bersurat Terengganu, selain drp perkataan Arab, turut ditemui 29 perkataan dari bahasa Sanskrit.

Pengaruh dari Bahasa Sanskrit (Perbandingan Bahasa Melayu Lama dan Baru)
Bhakti                   =             bakti
Bhumi                   =             bumi
Dosa                      =             dosa
Drohaka               =             derhaka
Maharddhika     =             merdeka
Prakara                 =             perkara
Rupa                      =             rupa
Samicra                                =             mesra
Tathapi                 =             tetapi
Vela                       =             bila

Kesusasteraan: Kesusasteraan Sanskrit seperti Epik Ramayana dan Mahabharata. Hikayat Seri Rama dapat inspirasi daripada E.Ramayana. Epik Mahabharata diberi wajah tempatan - Hikayat Pendawa Lima, H.Pandawa, H.Panda Delima dan H.Sang Boma. Karya sastera Melayu tradisional pentingkan aspek kesenian, keromantisan, keagungan raja-raja dan menyelitkan unsur epik dan mitos. Turut diadaptasikan dalam wayang kulit.

d. Adat resam dan Budaya
Kedatangan agama Hindu pengaruhi kehidupan seharian dan adat resam masyarakat Melayu:- amalan jampi dan mentera. Amalan adat di kalangan masyarakat Melayu seperti melenggang perut, bertindik telinga, bersanding dan berinai, mencecah garam dan menjejak kaki ke bumi bagi bayi,

e. Struktur Masyarakat
Akibat pengaruh dari sistem kasta (susun lapis dalam masyarakat) terdapat pemisahan jelas golongan atasan/ bangsawan yang dianggap lebih mulia dgn golongan rakyat biasa. Pengaruh ini telah membawa kepada munculnya masyarakat ‘feudal’ dalam kehidupan masyarakat Melayu

TAMADUN INDIA: RELEVANSINYA DI MALAYSIA

a. Menekankan aspek kepercayaan dan nilai contoh prinsip karma – amalan baik buruk sebagai penentu kehidupan akan datang, ahimsa – tidak melakukan kekejaman sesama makhluk tuhan, dharma – sifat bertanggungjawab. Melalui konsep kepercayaan dan nilai masyarakat India digalakkan melakukan kebaikkan dan meninggalkan keburukan.

b. Membentuk budaya dan adat. tinggalan kebudayaan era Hindu-Buddha sukar dihakis, banyak mempengaruhi upacara perkahwianan orang Melayu. menerima pemakanan masyarakat India seperti roti canai, kari, capati dan lain-lain, dunia hiburan Bollywood digemari ramai

c. Menekankan ilmu pengetahuan dan pendidikan. Melahirkan ramai tokoh2 ilmuan dalam bidang matematik, astronomi. Berjaya menyumbang idea matematik kpd sarjana muslim terutama al-Khawarizmi. Pengetahuan sejarah tentang Asia Tenggara banyak drp inskripsi sastera Hindu-Buddha

Kesimpulan
Interaksi antara tamadun berlaku apbl sesebuah tamadun bersikap terbuka dan bersedia menerima pembaharuan di samping menapis dan menilai agar tidak melanggar nilai-nilai sosial masyarakat krn input itu menghasilkan kesan negatif dan positif. Setiap tamadun harus belajar daripada pengalaman lau bagi mewujudkan hubungan yang baik antara tamadun dalam usaha menghadapi cabaran-cabaran yang melanda dunia masa kini. Interaksi secara langsung Tamadun India dgn tamadun-tamadun lain memperlihatkan sumbangan Tamadun India bersifat menyeluruh; fizikal dan spritual. Dalam konteks Tamadun Melayu ia memberi sumbangan dalam aspekagama, bahasa dan kesusasteraan, adat resam dan lain-lain. Penerimaan pengaruh asing dalam sejarah Malaysia bukanlah suatu yang asing malah Malaysia mengamalkan sikap terbuka tetapi tidak pula menghilangkan identiti teras yang menjadi latarbelakang Bangsa Malaysia. Dalam Perlembagaan Malaysia memberi jaminan bahawa setiap warganegara berhak mengamalkan budaya dan agama masing-masing. Tetapi dalam masa yang sama bertanggungjawab memupuk sebuah budaya Bangsa Malaysia. Bangsa Malaysia bukan sekadar memerlukan ‘perpaduan’ bahkan menjadi bangsa bertamadun yang mempunyai identiti peradabannya sendiri.

BAHAGIAN PERTAMA
SEJARAH RINGKAS KELAHIRAN TAMADUN INDIA

Kandungan
1. 0 Hasil Pembelajaran
2. 0 Pendahuluan
3. 0 Kedudukan Geografi
4. 0 Sejarah Ringkas Tamadun India
5. 0 Faktor Kelahiran Tamadun India
 5. 1 Zaman Awal
 5. 2 Zaman Proto Sejarah
5. 2. 1 Tamadun Lembah Indus
                5. 2. 2 Ciri-ciri Peradaban Lembah Indus
                5. 2. 3 Faktor Keruntuhan Tamadun Lembah Indus
 5. 3 Zaman Sejarah Awal
                5. 3. 1 Zaman Vedik (1500 S. M-500 S. M) 
                5. 3. 2 Zaman Vedik Kedua/Terkemudian (600 S. M-320 S. M) 
                5. 3. 3 Empayar Maurya (321 S. M- 185 S. M) 
                5. 3. 4 Kemerosotan Empayar / Zaman Serangan Luar (200 S. M-300 M) 
                5. 3. 5 Empayar Gupta (300 M-600 M) 
                5. 3. 6 Zaman Sangam
                5. 3. 7 Zaman Pallava (600 M-900 M) 
                5. 3. 8 Zaman Chola (850 M-1200 M) 
 5. 4 Zaman Muslim
 5. 5 Zaman Moden
6. 0 Kesimpulan

1. 0 Hasil Pembelajaran

Setelah mempelajari tajuk ini pelajar akan dapat mengetahui mengenai peradaban Lembah Indus yang merupakan sejarah awal kelahiran tamadun India, zaman pertengahan (zaman Muslim) dan zaman moden (zaman penjajahan Barat) . 

2. 0 Pendahuluan

Tamadun India adalah merupakan salah sebuah tamadun besar dunia yang telah banyak memberi pengaruh kepada peradaban tamadun selepasnya. Peradaban Lembah Indus merupakan permulaan kepada perkembangan tamadun India iaitu bermula daripada zaman prasejarah seterusnya sehinggalah kepada perkembangan Islam di India dan akhirnya berlaku penjajahan Barat ke atas India. 

Fokus utama perbincangan tajuk ini adalah ditumpukan kepada peradaban lembah Indus iaitu Harappa dan Mohenjodaro
               
INDIA

3. 0 Kedudukan Geografi
India boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu India Utara dan India Selatan. Sementara Pergunungan Vindhya mmenjadi sempadan yang memisahkan India Utara dan India Selatan. Keluasan India Utara hingga ke kawasan Himalaya di utara. India Selatan meluas dari Sungai Tapti di Pergunungan Vindhya hingga ke Cape Comorin. 

Faktor bentuk muka bumi (geografi) di India telah menyebabkan perkembangan dua kebudayaan yang agak berbeza antara penduduk India Utara dan India Selatan. Ia berbeza dari rupa bentuk fizikal, bahasa, budaya serta amalan keagamaan. Masyarakat di India Utara secara keseluruhan dikenali sebagai Indo-Aryan. Masyarakat India Selatan pula dikenali sebagai Dravida. 

Dari sudut bahasa, bahasa Sanskrit menjadi bahasa dasar bagi Indo-Aryan. Bahasa Tamil pula menjadi bahasa bagi Dravida. Terdapat golongan masyarakat asli yang tinggal di kawasan hutan dan pergunugan. Bahasa dan budaya mereka berbeza jika dibandingkan dengan yang lain. Mereka termasuklah kaum Mundas, Bhil dan Khol. 

Selain dari itu terdapat golongan masyarakat yang memiliki ciri-ciri fizikal orang Mongolia yenetap di kawasan kaki gunung Himalaya dan pergunungan Assam. Kaum Gurka, Bhutiya dan Khasi adalah termasuk dalam golongan ini. 

4. 0 SEJARAH RINGKAS DALAM TAMADUN INDIA

Terdapat sekurang-kurangnya tiga zaman iaitu zaman awal, zaman pertengahan dan zaman moden. 

ZAMAN SEJARAH AWAL (1500 SM) 

1) Zaman Vedik (1500 SM - 500 SM) 
2) Zaman Vedik Kedua/Terkemudian (600 SM - 320 SM) 
3) Empayar Maurya (321 SM - 185 SM) 
4) Kemerosotan Empayar / Zaman Serangan Luar (200 SM - 300 M) 
5) Empayar Gupta (300 M - 600 M) 
6) Zaman Sangam
7) Zaman Pallava (600 M - 900 M) 
8) Zaman Chola (850 M - 1200 M) 

ZAMAN PERTENGAHAN / ZAMAN MUSLIM (1000 M - 1756 M) 

Kerajaan-kerajaan Islam yang dibangunkan di India:
1) Dinasti Hamba (Kesultanan Delhi) (1206 M - 1290M) 
2) Dinasti Khilji (1290 M - 1320 M) 
3) Dinasti Tughluq (1320 M - 1412 M) 
4) Dinasti Sayyid (1412 M - 1450 M) 
5) Dinasti Lodi (1451 M - 1526 M) 
6) Dinasti Babur / Mughal (1526 M-1707 M) 

ZAMAN MODEN / ZAMAN PENJAJAHAN BARAT (1750 M-1947 M) 

Era Penjajahan Inggeris
Sistem Pemerintahan
Sistem Pendidikan
Sistem Perundangan

 5. 0 FAKTOR KELAHIRAN TAMADUN INDIA

-          FAKTOR SEJARAH
-          FAKTOR PANDANGAN SEMESTA
-          FAKTOR NILAI DAN BUDAYA

FAKTOR SEJARAH
Tamadun awal India adalah sukar untuk dikenal pasti kerana kurang bukti mengenai bahan-bahan arkeologi / kaji purba mengenainya. 

Hanya terdapat beberapa jenis batu kuarzit ditemui di beberapa kawasan di India seperti di daerah Chingleput (Madras) , daerah Banda (Agra) 

5. 1 ZAMAN AWAL
                 
Zaman Awal mempunyai beberapa kompenan kecil yang saling berkaitan antara satu sama lain. 
Zaman Prasejarah (100, 000 SM – 10, 00 SM) 

1) Zaman Batu Awal (Paleolitik) wujud 400, 000 SM
Kegiatan ekonomi mereka adalah pemburuan dan mengumpul bahan makanan di tepi sungai dan berpindah randah (primitif) . Pada zaman ini, golongan ini dikenali sebagai Negrito. 

2) Zaman Mesolitik iaitu Zaman Batu Pertengahan (100, 000 SM – 10, 000 SM) 
Kegiatan ekonomi mereka adalah pertanian dan penternakan. Dari sudut kepercayaan sudah wujud konsep kepercayaan tentang kehidupan selepas kematian dan keinginan untuk berhias diri. 

3) Zaman Neolitik
 Zaman Batu Baru (10, 000 SM - 6000 SM) 
Zaman ini sudah berlaku perkembangan tamadun dalam sektor ekonomi, pembinaan dan budaya. Sektor pertanian seperti menanam jagung dan buah-buahan. Sektor perternakan seperti menternak kambing dan lembu. 

Peralatan pertanian seperti kapak, parang dan alat untuk bercucuk tanam yang dibuat daripada batu dan kayu. Mereka juga diajar tentang pembuatan besi. Seterusnya gangsa digunakan sebagai sesuatu peralatan oleh masyarakat pada ketika itu. 

5. 2 Zaman Proto Sejarah (3000 – 1500 SM) 
- Tamadun Lembah Indus
- Tamadun Harappa
- Tamadun Mohenjodaro

Harappa (di daerah Montgomery, Punjab) terletak di tebing sungai Ravi dan Punjab, keluasannya 20 ribu batu persegi, meliputi 950 batu dan 35 tapak penempatan. 

5. 2. 1 TAMADUN LEMBAH INDUS
Penemuan-penemuan tinggalan arkeologi di kawasan Harappa yang bermula pada tahun 1872 dan di Mohenjodaro (di daerah Larkana, Sind, Pakistan) pada tahun 1921 menunjukkan masyarakat Lembah Indus telah mencapai satu tahap tamadun yang tinggi termasuk dalam bidang pertanian, pertukangan dan organisasi. 

Di Mesopotamia, dijumpai barang-barang buatan Harappa (2400SM-2300SM) dan ini membuktikan terdapat perdagangan antarabangsa berlaku antara dua kawasan peradaban tersebut. 
Export bijiran dan kapas ke Mesopotamia (Sumeria) . Barangan lain : emas, perak, barangan perhiasan

Masyarakat Lembah Indus menjadikan aktiviti pertanian dan penternakan sebagai aktiviti utama. Sungai Indus sebagai sumber dan nadi kerana hasil pertaniannya. Pertanian : kapas, gandum, barli, kacang dan bijan. Pengairan : teknologi bawah tanah tanah, kincir angin dan terusan dibina untuk tujuan pertanian. Penternakan : kambing, biri-biri dan seladang - sumber makanan, dan lain-lain. Pembuatan pinggan mangkuk dan barangan perhiasan. 

5. 2. 2 CIRI-CIRI PERADABAN LEMBAH INDUS
Penemuan arkelogi di Mohenjodaro menunjukkan ia juga adalah kawasan petempatan penduduk kota yang tersusun dan sistematik. Bukti kemajuan penduduk di kawasan ini : Terdapat kawasan permandian yang luas, bangunan-bangunan yang seragam dan tersusun, gudang-gudang yang besar bagi menyimpan bijirin, sistem perparitan yang tertutup di sepanjang jalan dan lain-lain lagi. 

Bangunan-bangunan serta dinding kota sama ada di Harappa ataupun Mohenjodaro serta tempat-tempat lain yang dibina dengan batu-bata yang sama saiz dan berat. Sistem perancangan, sistem pengaliran dan pembinaan longkang juga menandakan pencapaian yang baik Longkang-longkang dibina selari dengan jalan raya. 

Ini merupakan longkang-longkang tertutup di tengah-tengah jalan raya utama merupakan suatu kecekapan perancangan yang maju. 

Air buangan dari rumah dialirkan ke longkang besar menerusi longkang kecil yang juga tertutup dengan tutupan-tutupan yang diperbuat daripada sejenis tanah. 
Sistem longkang yang tertutup juga menjamin kesihatan kerana air kotor dialirkan keluar tanpa terdedah kepada penduduk. Setiap rumah, terdapat perigi bagi tujuan mendapatkan air. Ini menunjukkan bahawa penduduk di Lembah Indus mementingkan kebersihan. 


http://landmarkhs. org/news/archives/socialstudies/rivervalleys/indus_map. gif

Mengenai perancangan bandar, kota-kota ini mempunyai jalan yang lebar dan lurus digunakan untuk trafik beroda dan pejalan kaki. Jalan-jalan ini pula mengandungi lorong yang penuh sesak dengan rumah
Jalan-jalan utama di bandar Mohenjo-Daro berukuran 10 meter lebar. Ia dihubungi oleh lorong-lorong yang berukuran 2. 1 meter lebar. Setiap bahagian kawasan perumahan boleh dihubungi melalui jalan-jalan kecil yang berukuran 1. 5 - 3 meter lebar. 

Antara struktur binaan yang unik ialah binaaan kolam permandian The Great Bath yang berukuran : 11. 9 meter panjang, 7 meter lebar, 2. 4 meter dalam.   Di kedua-dua belah kolam permandian ini, terdapat tangga yang berukuran 2. 4 meter lebar. Juga terdapat serambi disekelilingnya. Bahagian dasar kolam dibina daripada batu dan disadur dengan bitumen bagi menahan air. Air kolam ini boleh dikosongkan dan diisi semula. Ini menunjukkan satu kemajuan dalam pembinaan sudah dicapai lebih kurang 5000 tahun dahulu lagi. Benteng-benteng pengawal banjir yang tingginya 13. 1 meter. 

http://www. indiana. edu
Kemajuan dalam bidang kegiatan ekonomi yang bercorak pertanian juga dapat dikesan dengan penemuan sebuah gudang menyimpan bijirin yang besar. Ini menandakan penduduknya menjalankan aktiviti pertanian secara meluas sehinggakan mereka memerlukan gudang yang besar untuk menyimpan bijirin. 

Aspek kepercayaan politheistik: Menyembah Dewa Shiva dan Dewi Ibu. Bukti arkeologi tentang kepercayaan tersebut ialah Patung proto Siva dan dancing girl. Patung tiga tanduk = tiga tuhan – aliran Saivisme. Patung The Mothers Goddess ialah Patung Dewi Ibu sebagai lambang bahawa lelaki dan wanita sama taraf pada zaman tamadun Indus. 

5. 3. 3 Faktor Keruntuhan Tamadun Lembah Indus

Petempatan di Mohenjodaro dan Harappa ini dikatakan hanya bertahan selama 1000 tahun. Tamadun Lembah Indus dikatakan musnah sekitar tahun 1700 SM. Para pengkaji sejarah tidak dapat memberikan gambaran yang tepat mengenai faktor kejatuhan tamadun tersebut. 

Perpindahan penduduk ke kawasan lain akibat bencana banjir yang kerap berlaku. Penghijrahan penduduk berlaku kerana sungai Sarasvati yang merupakan nadi kemajuan lembah ini telah kering. Kedatangan orang-orang Arya iaitu orang luar ke kawasan tersebut dan menguasainya pada 1500 SM. Budaya Indus mula merosot dengan itu muncul peradaban baru (Aryan) di barat laut India. 

Walau bagaimanapun sebahagian sejarawan menolak dakwaan kedatangan orang Arya sebagai penyebab kejatuhan tamadun Lembah Indus. 

5. 3 ZAMAN SEJARAH AWAL

5. 3. 1 ZAMAN VEDIK (1500 SM - 500 SM) 

Penghijrahan masuk mereka yang digelar sebagai bangsa Aryan iaitu bangsa yang berbeza dengan pembina Tamadun Indus (bangsa Dravidia) . Kehadiran mereka menyebabkan tamadun Indus menemui kehancuran. 

Asal-usul orang Aryan dapat dikesan di kawasan-kawasan antara Poland dan Asia Tengah. Kekurangan kawasan rumput bagi ternakan mereka mendorong bangsa ini untuk bermigrasi ke utara, barat dan selatan. Sebahagian dari kumpulan yang datang ke kawasan Iran dan Iraq meneruskan migrasi sampai ke benua kecil India. 

Kedatangan mereka tidak berlaku serentak tetapi berselang-seli dan dalam masa inilah berlaku pertembungan budaya dengan penduduk tempatan yang melahirkan satu budaya baru iaitu budaya Indo-Aryan. 

Asas politik orang Arya antaranya ialah keluarga diketuai oleh grihaspati (ketua keluarga) . Kampung diketuai oleh gramania (ketua kampung) . Bahagian diketuai oleh Vishapati (ketua bahagian) . Beberapa bahagian diketuai oleh raja. Kuasa raja dikawal oleh Sabha dan Samriti. 

Kesan dari penghijrahan ini menyebabkan masyarakat nomadik mula menjalankan kehidupan secara menetap dan yang lebih penting lagi mereka telah mula membentuk kehidupan yang tidak berasaskan kepada peperangan. 

Orang-orang Aryan telah mencipta teks-teks agama atau Veda-veda dan kitab yang terawal ialah Rig Veda. Rig Veda terkenal di dalamnya mengandungi penceritaan mengenai politik, sosial, ekonomi dan agama

Walaupun terdapat interaksi dengan penduduk tempatan namun kesepaduan antara kedua kelompok ini tidak pernah wujud, sebaliknya mereka memisah-misahkan kelompok mereka berdasarkan perbezaan warna kulit dan ciri fizikal yang lain. 

Peradaban Indo-Aryan banyak menyumbangkan elemen-elemen spiritual terutamanya dalam konteks kepercayaan dan amalan keagamaan. 

5. 3. 3 EMPAYAR MAURYA (321 SM - 185 SM) 

Pengasasnya ialah Chandragupta Maurya yang berasal dari puak Moriya. Kemunculan Dinasti Maurya telah mambawa satu perkembangan baru dalam sejarah Tamadun India di mana ia telah memulakan sistem pemerintahan bercorak empayar. 
http://upload. wikimedia. org/wikipedia/commons/4/40/Chandragupta_mauryan_empire. GIF

Dinasti ini mencapai kegemilangan dalam banyak bidang termasuklah keagamaan apabila agama Buddha dan Jainism menjadi anutan utama termasuk oleh golongan pemerintah serta penguasaan wilayah yang dilakukan pemerintahnya seperti Chandragupta dan Asoka dan pengembangan agama Buddha ke luar rantau seperti China dan Asia Tenggara. 

Penaklukan Kalinga penting dalam sejarah Maurya kerana kemusnahan yang berlaku di dalam peperangan ini menimbulkan kesedihan kepada Asoka Piyadassi sehingga baginda memeluk agama Buddha yang menekankan ahimsa (tidak melakukan kekejaman) . Asoka mengadakan hubungan yang luas dengan dunia luar seperti Syria, Mesir dan Eropah Timur. 

Di zaman ini juga muncul kitab Arthasastra iaitu teks tentang kerajaan dan ekonomi yang disusun oleh Kautalya (penasihat Chandragupta) . Kitab ini kemudiannya menjadi karya klasik yang amat dihormati. 

5. 3. 4 ZAMAN SERANGAN LUAR
Empayar Maurya diganti oleh Dinasti Shunga (keluarga Brahmin) yang diketuai oleh Pushyamitra pada tahun 180 SM. 

Dalam period ini, agama Buddha yang telah mencapai kecemerlangan semasa Zaman Maurya mula menghadapi pemecahan dan terbahagi kepada dua iaitu agama Buddha Mahayana dan Buddha Hinayana. 


5. 3. 5 EMPAYAR GUPTA

Dikenali sebagai Zaman Klasik atau Zaman Keemasan kerana kebudayaan Hindu semakin kukuh di kawasan utara India. Berlaku perkembangan dalam kesusasteraan Hindu dan dalam bidang seni bina kuil juga aspek kesenian dan sains. Beberapa karya yang sangat terkenal dicipta iaitu Shankuntala dan Kama Sutra. 
Ancaman dari China dan Greek kemudiannya telah berjaya melemahkan dan seterusnya menjatuhkan kerajaan Gupta. 

5. 3. 6 ZAMAN SANGAM

Zaman ini dianggap sebagai zaman terakhir kuasa Hindu di India Selatan. Wujud kerajaan-kerajaan Chera, Chola dan Pandhya yang sering berperang antara satu sama lain. Masyarakat India Selatan mengadakan hubungan perdagangan antarabangsa (Afghanistan, China, dan lain-lain. – bahan arkeologi ; duit syiling emas, perak dan tembaga) dengan Asia Tenggara serta negara-negara barat seperti Romawi dan Greek yang dibuktikan dengan kewujudan pelabuhan atau pengkalan kapal, dermaga (730 kaki x 120 kaki di Lothal dekat Teluk Combay) , menara api, pejabat kastam dan bangunan. 



5. 3. 7 ZAMAN PALLAVA

Selepas Zaman Sangam, sejarah India Selatan amat kabur sehingga dirujuk sebagai zaman gelap. Terdapat satu golongan yang dikenali sebagai Kalabhra telah menguasai India Selatan dan memperkenalkan Buddhisme sebagai agama rasmi serta mementingkan bahasa Sanskrit. 

Pemulihan agama Hindu telah dilakukan oleh pergerakan bhakti iatu mazhab Saivisme dan Vaisnavisme diberikan keutamaan sehingga dapat menggantikan Buddhisme dan Jainisme sebagai agama rasmi. 

Terdapat raja-raja Pallava yang telah memeluk agama ini, memberikan keutamaan kepada bahasa Tamil dan terlibat dalam pembinaan kuil-kuil Hindu. 

5. 3. 8 ZAMAN CHOLA (850 M-1200 M) 

Kerajaan Chola telah muncul sebagai kuasa utama di India Selatan selama 350 tahun. Semasa pemerintahan Chola mereka mendirikan kuil-kuil Hindu, membangunkan industri pertanian dan perairan serta pembangunan infrastruktur. Kerajaan Chola mengadakan hubungan perdagangan dengan Kepulauan Melayu dan rantau Asia Tenggara. 

Terdapat kesan-kesan hubungan India-Alam Melayu-Asia Tenggara melalui kajian arkeologi seperti yang ditemui di Kuala Selingsing, Perak, Takuapa di Thai Selatan dan Labu Tuwa di Sumatera. Kesan-kesan itu meliputi aspek agama, ketatanegaraan, bahasa, sastera dan kesenian. 


5. 4 ZAMAN PERTENGAHAN / ZAMAN MUSLIM (1000M-1756M) 

Islam telah berjaya meletakkan batu asasnya yang pertama pada abad ke 8 melalui Muhammad Al-Qasim yang telah berjaya menguasai wilayah Sind pada 706 Masihi/ 87 Hijrah. Kedatangan Islam di peringkat awal adalah dalam bentuk hubungan perdagangan yang turut membabitkan penyebaran Islam secara tidak langsung. Sebahagian penduduk persisiran pantai India Selatan telah mula dipengaruhi oleh kedatangan pedagang-pedagang Islam. 

Pada peringkat kedua, kedatangan Islam adalah dalam bentuk penaklukan yang dilakukan oleh orang-orang Islam yang berbangsa Turki, Afghan dan Mongol. 

Kerajaan Sabaktakin atau Sabaktigin merupakan kerajaan Islam yang pertama terbentuk di wilayah India. Dalam perkembangannya, ia telah mencapai tahap yang sangat gemilang pada masa pemerintahan Sultan Mahmud Al-Ghaznawi yang juga merupakan pemerintah yang paling terkenal dalam kerajaan ini. 

Selepas penaklukan mula berlaku, kumpulan-kumpulan Muslim berketurunan Turki Afghan dan Mongol menguasai kawasan-kawasan di India dan menubuhkan kesultanan –kesultanan mereka. Ia bermula dengan serangan-serangan Mahmud Ghaznih yang menyebabkan beberapa bandar berkuil seperti Thanesar, Kanauj dan Mathura dimusnahkan. 

Kemudian Muhammad Ghuri pada tahun 1191 dan pembukaan petempatan-petempatan di utara. Pada tahun 1206, Ghuri telah dibunuh oleh Qutbuddin Aibak, seorang pengikut (hamba) Ghuri yang kemudiannya membentuk Kesultanan Delhi. 

Pemerintah-pemerintah Dinasti Hamba (1206-1290) digantikan oleh :
-   Dinasti Khilji (1290 - 1320) 
-   Dinasti Tughluq (1320 - 1412) 
-   Dinasti Sayyid (1412 - 1450) 
-   Dinasti Lodi (1451 - 1526) . 

Pemerintah Ibrahim Lodi diserang oleh Babur, dari keturunan Mongol Genghis Khan pada tahun 1526 yang mengasaskan kerajaan dan dinasti baru iaitu Dinasti Mughal. Kerajaan Mughal menjadi masyhur di bawah pemerintahan Akbar. Akbar telah menjalinkan hubungan baik dengan penganut Hindu melalui cara perkahwinan. 

Untuk mengelakkan tentangan rakyat keturunan Afghan, Turki, Uzbek, Iran, Turani, Kasyastha, Rajput dan Brahmin dilantik memegang jawatan dalam pentadbiran. 

Dasar toleransi tidak lagi diutamakan oleh pemerintah pemerintah selepas Akbar : Jahangir (1605-1627) yang menunjukkan penentangan terhadap agama Jain dan membunuh ketua Sikh, Guru Arjun. Shah Jahan (1628-1658) yang tidak membenarkan pembinaan kuil Hindu. Aurangzeb (1658-1707) yang memperkenalkan semula jizyah, memusnahkan kuil Hindu dan menggantikan pegawai Hindu dengan pegawai Muslim

Tentangan dan pemberontakan Hindu-Sikh ke atas kerajaan Mughal dan serangan Inggeris telah menyaksikan kejatuhan kerajaan Islam terakhir India zaman pertengahan. Dengan itu babak baru dalam lembaran sejarah India ialah zaman moden dengan kedatangan kuasa-kuasa Eropah khususnya Inggeris. 

Kedatangan Islam ke India telah menyebabkan munculnya satu budaya komposit natijah interaksi antara tamadun yang mencampuradukkan budaya Islam dan Hindu dalam sosio budaya masyarakat India terutama dalam bidang bahasa, sastera, perubatan, astronomi, seni halus, muzik, tarian, seni bina dan lukisan. 

Sumbangan terbesar Islam kepada India ialah dalam bidang ilmu pengetahuan, lebih-lebih lagi dengan kemunculan tokoh ulama’ seperti Syah Waliyullah Al-Dahlawi, Sayyid Ahmad Syahid dan lain-lain lagi. 

5. 5 Zaman Moden 1750 – 1947 (Zaman Penjajahan) 

Penaklukan kuasa Barat ke atas India :
-   Portugis ke atas Goa (1510) 
-   Belanda (1602) 
-   Perancis (1664) 
-   British pada (1612 – 1947) 

6. 0 Kesimpulan
Tamadun Lembah Indus telah dibuktikan telah mencapai satu tahap tamadun yang tinggi dalam bidang pertanian, penternakan, pertukangan, pembinaan dan organisasi yang tersusun dan sistematik. Ini dapat dibuktikan dengan penemuan-penemuan arkeologi yang telah dijalankan mulai tahun 1920an hingga kini. Pengkajian tentang peradaban India adalah penting kepada tamadun dunia terutamanya semasa pemerintahan Islam di India. 

BAHAGIAN DUA
MASYARAKAT DAN BUDAYA DALAM TAMADUN INDIA

Sejarah Tamadun India bermula dengan Tamadun Lembah Indus (3000SM) . Kedatangan orang Aryan dan memperkenalkan cara hidup mereka seperti pangarauh dalam susun lapis masyarakat, budaya, sistem politik,        ekonomi dan sebagainya maka lahirlah peradaban Indo-Aryan

Masyarakat dan Budaya India

2. 1 Kehidupan berkasta:
-   Brahmin : golongan intelek, ahli agama = mengendali kuil
-   Kshatriya : pemerintah, pentadbir, tentera = pertahan negara
-   Vaisya : Pedagang, peniaga = menjana kekayaan
-   Sudra : buruh, petani

Tiga kasta teratas adalah masyarakat Aryan. Sudra, masyarakat tempatan. Antara sekatan kepada mereka iaitu kasta sudra dilarang belajar Veda, tidak boleh tukar kasta, tidak digalakkan kahwin campur. Falsafah mereka ialah menjana kebahagiaan masyarakat, setiap golongan masyarakat mainkan peranan masing-masing. Kegagalan mana-mana golongan akan membawa kelemahan kepada masyarakat dan negara. 

2. 2 Ashrama dharma (Empat Peringkat Kehidupan) iaitu Brahmacarya : Mempelajari ilmu pengetahuan. Grhastha : Berumah tangga dan bekerja. Vanaprastha : Bertapa dan bebaskan diri dari duniawi dan Sanyasa : Sebar ilmu kepada masyarakat        
               
2. 3 Purusharta (Empat Objektif Kehidupan) ialah Dharma/Aram : Kepatuhan kepada moral dan kerohanian. Hindu = Kebahagiaan, kekuatan spritual. Porul/Artha: Bekerja untuk Kekayaan (berasaskan dharma) = biayai golongan memerlukan seperti sanyasa dan sebagainya. Inbam/Kama iaitu cinta-kasih sayang (kama sutra) dan kepuasan nikmati harta benda. Gunakan kpd kebaikan. Vidu/Mokhsa ialah Kesempurnaan rohani hasil bebas diri dari duniawi. 

2. 4. Kedudukan Wanita. 
Zaman awal : kedudukan mulia (jadi rishi, baca Veda) . Buktinya ialah lambang Mother Goddess, dewi Hindu seperti Lakshmi, Saraswati. Zaman Veda kemudian : Hanya untuk urusan rumah tangga sahaja. 

2. 5. Pemerintahan dan Pentadbiran
Adanya sistem beraja. Terdapat lambang kekuatan raja, cokmar, payung, gendang. Hubungan raja – Barhmin amat erat untuk legitimasi. Raja dibantu oleh majlis penasihat (mantri prasad) . Bagi licinkan pemerintahan empayar/negara dibahagi mengikut wilayah

2. 6 Ekonomi
Sistem cukai: iaitu cukai asas : cukai tanah, cukai rumah, air dan sebagainya. Cukai perniagaan. 

2. 7 Kesusasteraan
Kesusasteraan Vedik : Berdasarkan shruti dan smriti. Kesusasteraan Dravidia : Bertemakan Aham (cinta) , Puram (pendidikan, pemerintahan, peperangan dan sebagainya) 

KESIMPULAN
Kedatangan orang Aryan memperkaya mematang tamadun India. Lahir pelbagai variasi tradisi masyarakat, budaya, falsafah dan sebagainya. 

BAHAGIAN TIGA
KEPERCAYAAN, PANDANGAN SEMESTA DAN NILAI-NILAI MURNI DALAM TAMADUN INDIA

AGAMA BUDDHA
Pengasas doktrin ini ialah Siddhartha Gautama Buddha. (632SM-543SM) Buddha bermaksud kesedaran kerohanian yang sempurna. Kemunculan agama ini berasas dari penentangan kaum Ksytria terhadap dominasi golongan Brahmana serta pegangan sistem kasta yang rigid. Kitab-kitab suci agama ini ialah Tripitaka yang bermaksud Tiga Himpunan Hikmat yang mengandungi 3 Pitaka iaitu Sutta Pitaka, Vinaya Pitaka dan Abidhamma Pitaka. 

Buddha tidak mengajar mengenai hal-hal ketuhanan, metafizika atau sesuatu falsafah kerana beliau sendiri tidak menggalakkan falsafah. Ajaran Buddha merupakan ajaran-ajaran psikologi dan etika yang berhubung kait dengan kehidupan. Ajaran-ajaran metafizika dalam Buddhisme adalah tambahan kemudian (Abhidhamma) kepada ajaran asal Buddha (Dhamma) . 

Intipati ajaran ini ialah mencari Kebenaran Sejati dan berdasarkan kepada tiga prinsip; Sila (disiplin diri) , Samadhi (tafakkur) dan Pannna (bijaksana) . 

AGAMA JAINA
Agama ini diasaskan oleh Nataputta Vardhamana (gelarannya Mahavira yang bermaksud pahlawan besar) pada abad ke 6 SM. Ia mementingkan undang-undang sebab dan akibat yang dipercayai menentukan kelahiran semula roh-roh individu. Konsep yang terdapat dalam ajaran Hindu seperti karma dan samsara turut diterima pakai dalam ajaran ini. 

AGAMA SIKH
Agama ini muncul di sekitar abad ke 15. Ia bersifat sinkronisasi antara agama Hindu dan Islam iaitu ia menekankan monotheism, penghapusan kasta dan penyembahan tuhan. Tuhan dalam kepercayaan ini dipanggil dengan pelbagai nama antaranya Rama dan Hari

Antara elemen Islam dalam ajaran ini ialah penggunaan patung-patung diharamkan manakala elemen Hindu ialah idea kelahiran semula. 

Kitab suci Sikh ialah Granth Saheb atau Kitab Tuhan dan terdapat dua himpunan iaitu Adi Granth dan Dasam Granth. 

Guru adalah penting dalam perkembangan agama Sikh seperti Guru Nanak, dan lain-lain., 

AGAMA ISLAM
Agama Islam mula bertapak setelah mula Muhammad al-Qasim telah membuka wilayah Sind pada abad ke 8M. Kedatangan Islam dianggap sebagi hadiah kepada tamadun India kerana telah membuka lambaran baru kepada bumi tersebut. Islam telah mempersembahkan ajarannya dengan konsep yang lengkap yang melibatkan hubungan dengan pencipta Yang Maha Esa, manusia sesama manusia dan manusia dengan alam sehingga memberi perubahan kepada masyarakat India seperti dalam aspek harga diri dan perikemanusiaan, hak asasi kepada wanita, erti kebersihan, kemajuan fikiran dan kemahiran hidup, kemajuan ilmu pengetahuan dan kebendaan

BAHAGIAN EMPAT
TAMADUN INDIA: PENCAPAIAN DALAM PELBAGAI BIDANG

PENDAHULUAN
Kecemerlangan dalam ilmu pengetahuan antara elemen penting dalam setiap tamadun. Tamadun India adalah antara tamadun yang banyak memberi sumbangan kepada perkembangan ilmu pengetahuan dunia seperti perubatan, fizik, kimia, astronomi, matematik, senibina, bahasa dan sebagainya. Tidak dinafikan penerokaan yang dibuat oleh sarjana India telah memberi inspirasi kepada sarjana dunia yang lain untuk memperkembangkannya menjadi ilmu yang lebih mantap. Perkembangan ilmu pengetahuan dalam tamadun India berlaku seawal zaman pra sejarahnya iaitu Lembah Indus, kemudian berkembang ke zaman Vedik, zaman Islam dan era penjajahan Inggeris. Faktor sejarah diakui oleh para sarjana sebagai elemen penting kepada perkembangan ilmu pengetahuan dan pendidikan dalam tamadun ini Selain itu, elemen agama juga merupakan unsur penting dalam setiap perkembangan ilmunya

TAHAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DAN ILMU PENGETAHUAN
Tamadun Lembah Indus- tidak begitu ketara namun terdapat penemuan dan elemen pendidikan seperti
 perbandaran, hubungan dengan masyarakat luar dan lain-lain. Zaman Vedik- Kecemerlangan empayar-empayar awal seperti Maurya, Gupta, Sangam, Pallava dan Chola. Kemasukan orang-orang Aryan yang telah memiliki teknologi besi kemudiannya memperkukuhkan lagi perkembangan ilmu seiring dengan perkembangan ajaran Hindu

Zaman Islam telah mempengaruhi perkembangan senibina, bahasa/sastera, astronomi, matematik, perubatan dan lain-lain. Manakala Zaman penjajah (Portugis, Belanda, Peranchis dan Inggeris) telah mempengaruhi dari sudut bahasa, sains dan teknologi moden. 

SUMBER ILMU PENGETAHUAN INDIA
-   Kitab-kitab Veda
-   Tamadun Mesopotamia
-   Tamadun Islam
-   Tamadun China
-   Tamadun Barat

Pencapaian
-   Bidang Pendidikan
-   Bidang sains
-   Matematik
-   Astronomi dan kalendar
-   Fizik dan kimia
-   Logam
-   perubatan

-   Bidang kesenian
-   Muzik
-   Tarian
-   Drama
-   Lukisan
-   Bidang bahasa dan kesusasteraan
-   Bidang seni bina

-   Bidang Pendidikan
-   Dikuasai oleh kasta Brahmin- kitab2 Veda
-   Penubuhan universiti
-   Zaman Islam; berkembang pesat – semua golongan. Bertambah pusat pendidikan. 
-   Zaman Inggeris: pendidikan Inggeris berkembang

MATEMATIK

Sistem Angka
Sistem angka sifar (dikenali juga sebagai sunya) . Mempelopori penggunaan sistem nombor 0 hingga 9. Konsep sifar ini menjadi asas kpd angka kosong dalam sistem matematik hari ini. Pesat di zaman yang dikenali sebagai sulvasutra (aturan tali) . Aktiviti matematiknya berdasarkan aturan kiraan tali. Matematik berkembang pada waktu ini kerana keperluan agama (pemujaan dan pengorbananan) . Diperkenalkan pada zaman Gupta. Sebelum adanya konsep sifar hanya nombor positif sahaja yang diketahui. Setelah nombor sifar ditemui wujudlah nombor negatif yang kita kenali sekarang ini. Sifar atau kosong ini diwakili oleh titik yang dikenali sebagai Pujyam. Konsep kosong juga dikenali sebagai Shukla dan Shubra. Orang Arab kemudiannya memanggilnya Siphra atau sifr. 

Geometri
Mencapai tahap cemerlang apabila ia menjadi asas penting dalam senibina. Digunakan secara meluas terutama dalam merangka mandala. Bentuk-bentuk geometri juga telah digabungkan dengan bentuk tumbuhan dan menjadi hiasan kuil-kuil di seluruh India. Aryabhata telah menulis dalam Aryabhaliyam tentang teori-teori geometri. Aryabhata turut berjaya mengira dengan tepat jumlah hari dalam setahun iaitu 365 hari. Beliau juga membuktikan bumi berputar di atas paksinya dan gerhana pula disebabkan bayang bumi. 

Algebra
Berkembang sejak abad ke 5 Masihi dan dikenali sebagai Ganitam (dari perkataanBijaganitam) . Orang Arab selepas kurun ke-13 telah mengkaji tentang matematik India apabila mereka mula memasuki India. Mereka telah memperkembangkan lagi ilmu matematik yang diperoleh dari sini yang kemudiannya diberi nama Al-Jabar. ‘Al’ bermaksud satu, ‘Jabr’ pula bermaksud penggabungan. Pada zaman pertembungan antara tamadun Islam dengan barat, kaedah algebra ini telah disebarkan ke barat. Algebra yang dikenali pada masa ini adalah dari ‘al-Jabr’ yang dibangunkan orang Arab dari Bijaganitam yang berasal dari India. 

Sistem perpuluhan
Ada sarjana yang mengatakan ia adalah ciptaan orang Arab tetapi dakwaan ini disangkal kerana orang Arab menamakannya sebagai Hindisat (seni India) . Jadi kemungkinan melalui hubungan dagangan yang kukuh antara India dan Timur Tengah telah memungkinkan orang Arab mempelajari seni matematik dari orang India. 

Trigonometri
trigonometri (sinus, kosinus dan kotangen) yang dibangunkan pada kurun ke 15 dianggap contoh pertama bagi siri kuasa (selain siri geometri) . Trigonometri dimajukan apabila kiraan satu-satu sudut menggunakan kaedah separuh dan ia kekal hingga hari ini. Kaedah ini dikembnagkan dalam kitab Aryabhatiya yang ditulis oleh Aryabhata dan kitab Pancasiddahta karya Varamahira. 

LOGAM
Terbukti dengan pembinaan Iron Pillar of Delhi atau Menara Besi (tiang Besi) di Delhi (berdekatan Qutb Minar yang dibuat pada 5M. Ia merupakan sebatang besi 7 meter tinggi dan begitu tulen sehingga tidak berkarat. Berat menara ini dianggarkan 6 tan dan sehingga sekarang tidak terjejas. Keupayaan melebur logam ini juga menjadikan perkembangan pesat dalam pembuatan duit-duit syiling yang telah digunakan sekurang-kurangnya sejak abad ke 8 SM. 

IRON PILLAR OF DELHI


FIZIK DAN KIMIA
Ia ada kaitan dengan teologi dan agama. Alam semesta dipercayai mengandungi lima elemen iaitu tanah, angin, api, air dan angkasa. Hampir semua aliran agama di India percaya unsur-unsur alam kecuali angkasa adalah bercirikan atom. 

Dunia mempunyai 5 elemen asas: Bumi, Api, Udara, air dan gelombang. Lima (5) elemen tersebut mempunyai kaitan dengan kehidupan manusia contohnya, bumi dikaitkan dengan bau, udara dengan perasaan, api dengan pandangan, air dengan rasa dan gelombang dengan bunyi/pendengaran. 
Mengikut falsafah Vaisheshika, atom yang wujud dalam kehidupan boleh dipisah-pisahkan. Sesuatu objek akan mempunyai kadar berat yang lebih besar apabila ia berada dalam air berbanding di udara kerana densiti atom dalam air lebih tinggi dari di udara. 

Kimia: Kajian tertumpu pada peleburan logam, pembuatan wangian dan pewarna. Juga pembuatan ubat. Pengetahuan kimia tidak digunakan untuk mengubah dan menjadikan logam besi kepada emas seperti yang dilakukan di Eropah. Orang India buat ubat untuk hidup lama, racun dan antidotnya. Melalui kimia perubatan juga beberapa bahan alkali utama, asid dan garam logam dicipta dengan proses yang mudah seperti pembakaran dan penyulingan. Mereka juga dipercayai mencipta ubat bedil. 

ASTRONOMI DAN KALENDAR
Brahmagupta telah memperkenalkan hukum graviti dan berjaya menghitung dengan tepat ukur lilit bumi. Varahamitra pula menulis buku Panchasiddhantika atau lima aliran astronomi yang menjadi bahan rujukan di sekolah-sekolah. Jyotisa atau ilmu kaji bintang adalah salah satu bahagian utama Rig Veda. Ia merupakan perkiraan astronomi yang digunakan pada zaman awal menentukan tarikh dan masa bagi upacara pengorbanan. Berdasarkan perkiraan astronomi muncul kalendar matahari. Orang India berjaya menemui 7 planet tanpa bantuan teknologi peralatan. Planet-planet tersebut ialah Matahari, Bulan, Marikh, Utarid, Musytari, Zuhrah, Zuhal dan dan kemudian 2 lagi iaitu Rahu dan Kethu (pusat tenaga) yang berada pada arah bertentangan 180 darjah. 27 bintang (nakshatra) ditemui dan mempercayai bintang dan planet ini mempengaruhi kehidupan manusia. Kepercayaan inilah yang menjadi asas bagi kemunculan astrologi. 

Astronomi India sudah pun mengetahui yang bintang adalah sama seperti matahari yang merupakan pusat kepada sistem solar. Pada abad ke-7 M, Brahmagupta telah berjaya menganggarkan jarak di antara bumi dan matahari iaitu sejauh 5000 Yojanas. Satu Yojanas bersamaan dengan 7. 2 km. Anggaran yang dibuat beliau ini hampir menyamai jarak sebenar iaitu kurang 36000 km. Pada zaman Gupta lagi mereka telah menyedari tentang adanya medan graviti dan mengetahui bahawa dunia ini adalah berbentuk sfera. 

Brahmagupta pada kurun ke-7 M menyatakan yang semua jasad akan jatuh ke arah bumi kerana secara semulajadinya bumi akan menarik apa sahaja jasad. Teori ini kemudiannya dikembangkan oleh Barat dengan kemunculan ahli sains barat seperti Sir Isaac Newton yang mengenengahkan teori gravitinya Aryabhatta telah memperkenalkan teori Heliocentric yang kemudiannya dikembangkan oleh Copernicus lebih seribu tahun kemudian. 

Barat tidak begitu tertarik dengan idea Aryabhatta tentang matahari sebagai sumber kepada cahaya bulan sehinggalah dibuktikan oleh Copernicus dan Galileo. Bukti ketinggian ilmu matematik dan astronomi India terpapar dengan terbinanya Universiti Nalanda yang merupakan antara universiti yang terawal di dunia yang menarik ramai sarjana dari seluruh dunia seperti dari Greek, Parsi dan China. 
PERUBATAN
Ilmu perubatan India bermula pada zaman Vedik sebagai seni ilmu sihir. Unsur-unsur perubatan seperti fisiologi, pembedahan, pernafasan melalui amalan yoga, reproduksi manusia, farmakologi dan perubatan binatang, telah wujud sebelum tahun Masihi. Teks-teks perubatan India seperti Caraka (kurun pertama hingga ke-2 ) dan Susruta (kurun ke 4) dianggap setaraf dengan Hippocrates dan Galen

BIDANG KESENIAN
Muzik: Terdapat empat kategori dalam alat muzik iaitu tata (tali) , avanaddha (dram) , ghana (solid/ideophone) dan susira (angin) . Berbeza India Utara dan India Selatan. India Utara: sitar, sahnai dan tabla. India Selatan: Karnataka

Tarian: Tarian yang tulen adalah mempunyai pergerakan gaya tangan, kaki, tangan muka, perasaan. 

Drama: Antara yang terkenal drama Sakuntala

Lukisan: Dinding istana, ruang dalaman rumah golongan kaya, kuil. Pengaruh dari epik klasik Ramayana dan Mahabrata

BIDANG SENI BINA
Merangkupi binaan, ukiran gua, kuil, duit syiling. Zaman Maurya, seni bina dan seni ukir berkembang maju. Tiang Asoka adalah antara kemegahan senibina/ukir India. Zaman Gupta: seni bina lebih cemerlang. Zaman Islam: gabungan unsur Parsi dan Hindu berkembang

BAHASA DAN KESUSASTERAAN
Dari sudut pencapaian bahasa terdapat lebih 325 bahasa dan 750 loghat tapi 14 sahaja jadi bahasa utama dan diperakui oleh perlembagaan. Antaranya, Hindi, Tamil, Punjabi, Malayalam dan lain-lain. Bahasa Indo-Arya: Sanskrit spt Hindi, Kashmiri dan lain-lain. Bahasa Dravida: Telegu, Tamil, Malayalam dan lain-lain. Terdapat juga bahasa Urdu, bahasa Inggeris. 

KESUSASTERAAN
Terdapat kesusasteraan Indo-Arya, kesusasteraan Vedik, kesusasteraan Epik dan lain-lain

KESIMPULAN
Kemajuan dalam tamadun India tidak dinafikan mempengaruhi perkembangan dan kemajuan sains dan teknologi moden Perkembangan dan kemajuannya juga hasil pengaruh dari Tamadun Islam, China dan Yunani Kemajuan dalam sains kini memperlihatkan India juga adalah antara negara penting dunia yang memajukan sains angkasa, nuklear, persenjataan teknologi maklumat dan sebagainya. 

BAHAGIAN LIMA
TAMADUN ISLAM DI INDIA

1. 0 PENDAHULUAN

Sejarah Kedatangan Islam
-   Hubungan Islam – India
-   Hubungan perdagangan – penyebaran berlaku secara tidak langsung
-   Penyebaran Islam oleh pedagang Arab
-   Hubungan secara terus iaitu penaklukan Sind oleh Muhammad al Qasim (713M) 
-   Melalui penaklukan – Orang Islam berbangsa Turki, Afghan dan Monggol
-   Mahmud al Ghaznawi serta angkatan tentera menyerang antara 1008-1026M
-   Berjaya menguasai Bandar Thanesar, Kanauj dan Mathura di utara India
-   Muhamad al-Ghuri menakluk India tahun 1191M

2. 0 KERAJAAN ISLAM DI INDIA
-   Dinasti Subaktigin (1004 - 1186M) 
-   Dinasti Hamba (Kesultanan Delhi) 1175 - 1290M
-   Dinasti Khilji (1290M - 1320M) 
-   Dinasti Tughluq (1320M - 1412M) 
-   Dinasti Sayid (1412M - 1450M
-   Dinasti Lodi (1451M - 1526M) 
-   Dinasti Babur/Mughal (1526M - 1707M) 

3. 0 PENUBUHAN KERAJAAN ISLAM DI INDIA

3. 1 Kerajaan Subaktigin (1004-1186M) 
Ia merupakan kerajaan Islam yang pertama terbentuk di wilayah India. Tahap kegemilangannya semasa berada di bawah pemerintahan Sultan Mahmud al-Ghaznawi. Antara sumbangannya ialah menguasai sebuah wilayah yang luas di India. Menjadi asas penting penguasaan Islam terutamanya dibahagian utara India. Pemerintah Abbasiyah di Baghdad telah menganugerahkan gelaran”Yaminud daulah”- Sultan Mahmud Ghaznawi

3. 2 Kesultanan Delhi
Kerajaan Ghuri diasaskan oleh Alaudin Hussien al Ghuri yang menguasai wilayah Punjab dan Sind. Diganti oleh anaknya Muhammad al Ghuri (1175 -1206M) . Antara sumbangannya: Mengasaskan pemerintahan Islam di India. Menyatukan masyarakat India di bawah kekuasaan Islam. Memberi kebebasan beragama kepada rakyat. Menjalankan keadilan tanpa mengira bangsa dan agama. Mendirikan masjid dan memajukan ilmu pengetahuan

3. 3 Kerajaan Khilji (1290-1316M) 
Diasaskan oleh Jalaluddin Khilji seorang Afghanistan yang berjaya menggalakkan saki baki kaum mamluk. Menghadapi tekanan kaum Hindu serta tentera Monggol. Antara sumbangannya ialah menetapkan harga barang. Reformasi kutipan kadar cukai. Gandum dihantar dan disimpan di Delhi. Membangunkan tanah terbiar. Mempertahankan negara dari ancaman Monggol dan Turki. Meluaskan wilayah Islam hingga ke Selatan Dakka

3. 4 Kerajaan Tughluq (1316-1398M) 
Diasaskan oleh Ghitauddin Tughluq. Anaknya Muhamad Tughluq. Antara sumbangannya ialah cuba mengadakan perubahan pada dasar cukai serta reformasi tanah. Cuba mengadakan perubahan tentang dasar-dasar kewangan dengan mengambil contoh sistem kewangan China dan Farsi. Dasar ini gagal kerana wujudnya wang palsu. Memindahkan ibu kota Delhi ke Devagiri pada 1327M

3. 5 Kesultanan Moghul

a) Zahiruddin Babur (1494-1530M) . Sejarah kedatangan Moghul di India bermula dengan peranan Temurlane yang telah menghancurkan Tughluq Peranan ini diteruskan kemudiannya oleh Babur keturunan Timerlane dari sebelah bapa. Sumbangannya ialah menyatupadukan kekuatan pemimpin Islam yang berpecah. Menjatuhkan kerajaan Lodi dalam perang Panipat pada tahun 1526M. Mengalahkan orang-orang Rajput dan orang-orang Afghan

b) Humayun (1530-1556M) . Humayun mewarisi pemerintahan ayahnya Babur, Peribadinya tinggi, terpelajar dan bijak mengatur strategi. Sumbangannya: Mengatur tentera yang kucar kacir hingga mengalahkan Lodi. Perpecahan di kalangan musuhnya membolehkan ia menawan Delhi. Sikap toleransi terhadap mazhab lain

c) Akbar (1556-1605M) . Seorang tokoh yang kontroversi, Akhbar mewarisi ayahnya Humayun ketika berusia 14 tahun. Kegiatannya meliputi bidang keagamaan dan politik. Antara sumbangannya ialah
-   Penaklukan: Diperingkat awal Akhbar dibantu oleh Bairan Khan wazir ayahnya dahulu. Dalam usaha penaklukan dia menumpukan bahagian tengah India seterusnya ke utara dan ke selatan India
-   Sistem Pentadbiran Akhbar: Bercorak autokrasi – dibantu oleh pentadbir-pentadbir yang cekap dari berbilang kaum
-   Prinsip-prinsip agama dan politik Akhbar: Agama barunya ialah Din Ilahi dan penganutnya disebut Chela. Agama Din Ilahi cuba menghancurkan Islam dengan menghalalkan apa yang diharamkan dan mengharamkan apa yang dihalalkan

PEMBAHARUAN PRINSIP AGAMA ZAMAN AKHBAR
-   Asas akidahnya tersimpul pada la ilaha akhbar khalifatullah
-   Semua agama mempunyai prinsip yang baik
-   Mengormati penyembahan api (zoroaster) 
-   Menterjemahkan kitab injil dan menghormati konsep trinity
-   Melarang penyembeliahan lembu (Hindu) 
-   Amalan judi dan minum arak dihalalkan (Islam) 
-   Poligami diharamkan
-   Ulama diperlekehkan

d) Jahangir (1605-1627M) . Ketika mula memerintah cuba menalankan dasar-dasar untuk menawan hati rakyat serta mengadakan peraturan negara yang dikenali sebagai rukun dua belas. Antara sumbangannya ialah mengapuskan pemberontakan anaknya Khusrav. Menghapuskan pemberotakan Sher Afghan. Mengamankan negara dari ancaman kaum Rajpur dengan kerjasama anaknya yang ketiga Shah Jahan

e) Shah Jahan (1628-1658M) . Zaman pemerintahan Shah Jahan di anggap sebagai zaman keemasan bagi kerajaan Moghul di India. Antara sumbangannya ialah tiada ancaman luar yang serius. Dapat menyusun tentera yang setia. Sektor ekonomi berkembang, wujudnya kegiatan import dan eksport dengan Asia Barat dan Eropah. Banyak melakukan pembinaan bangunan yang tinggi mutunya seperti Tajmahal, masjid Mutiara dan sebagainya. Menggalakkan kegiatan kesusasteraan

f) Aurangzeb (1659-1707M) . Putera kepada Shah Jahan seorang pemerintah yang soleh. Antara sumbangannya ialah berjaya menyatukan seluruh daerah yang lemah. Dibawah pemerintahannya empayar Monghul mencapai daerah kekuasaan yang terbesar di India. Berjaya menakluk semua kuasa-kuasa Hindu. Menghapuskan saki baki ajaran Din Ilahi seperti mengharamkan judi, arak dan lain-lain. Mengadakan jabatan yang khas untuk mengawal dan membangunkan masjid-masjid


4. 0 SUMBANGAN ISLAM KEPADA TAMADUN INDIA

Harga diri dan perikemanusiaan. Islam terlebih dahulu dianuti oleh golongan kasta rendah (sudra) . Mereka merasakan Islam telah mengangkat harga diri dan nilai kemanusiaan dari ditindas dan diperhambakan dari golongan kasta tinggi. Islam telah mengembalikan hak asasi dan martabat wanita. 

Hak asasi dan martabat wanita. Kaum wanita Hindu yang masuk Islam di beri hak asasi sebagai wanita yang bebas dan terhormat. Sebelumnya wanita yang kematian suami tidak berhak hidup, mereka harus membakar diri bersama mayat suaminya (sutee) . Islam telah memberi hak pusaka dan lain-lain. 

Kebersihan. Islam telah menghadiahkan kebersihan kepada kaum India, penganut Hindu menganggap kotoran sebahagian ibadah yang menyampaikan seseorang hamba ke alam nirwana. 

Kemajuan alam fikiran dan Kemahiran hidup. Islam telah mencorakkan pola pemikiran bangsa India, sebelumnya mereka jauh dari peradaban dan tamadun yang dapat dibanggakan

Tamadun ilmu. Ilmu-ilmu Islam telah berkembang di tanah India dengan subur, dari kerana itu lahirlah ulama-ulama besar bertaraf antarabangsa yang mempunyai ilmu yang luas dan mendalam contohnya ilmu hadis. Imam Ahmad b Abdul rahim (Syah Waliyullah al Dahlawi) 

Kebangkitan Gerakan Islam. Dua gerakan Islam yang sangat ketara diperingkat antarabangsa, iaitu gerakan ‘jamaah Islamiah’ dan ‘gerakan Tabligh’. Gerakan-erakan inilah yang mewarnai kebangkitan Islam di bumi India dan antarabangsa sampai kehari ini

Tamadun kebendaan. Raja-raja Islam telah banyak membangunkan kilang-kilang, sekolah, rumah sakit, sistem jalanraya dan senibina yang sangat hebat seperti tajmahal

Pemerintahan dan Pentadbiran. Menggunakan pendekatan kerajaan Abbasiyyah, Baghdad contohnya Sultan mempunyai kuasa mutlak dalam membentuk kerajaan

Ekonomi. Perkenalkan sistem zakat, jizyah, kharaj dan sebagainya. Kakitangan kerajaan diberi gaji contohnya tentera

Pendidikan dan Kesarjanaan. Pendidikan dijalan secara formal dan informal iaitu di masjid, madrasah, kolej dan sebagainya. Aktiviti penulisan juga diadakan dalam bidang sejarah dan ilmu-ilmu lain

KESIMPULAN
Agama Islam telah dianuti lebihkurang 150 juta penduduk India selama hampir 800tahun sehingga jatuh ketangan Inggeris pada tahun 1857. Selepas pepecahan, India telah berpecah kepada Pakistan dan Bangladesh. Kemasukan Islam telah membangunkan negara India dan menuntutnya ke arah kemajuan dan peradaban yang tinggi serta kehidupan yang lebih baik dan lebih teratur. 

BAHAGIAN ENAM
INTERAKSI TAMADUN INDIA DENGAN TAMADUN LAIN DAN RELEVANSINYA DI MALAYSIA

Pengenalan
Interaksi antara tamadun berlaku kerana wujdunya sifat toleransi yang tinggi serta sikap saling menghormati antara sesebuah tamadun dengan tamadun yang lain. Sifat terbuka sesebuah tamadun memberi peluang berlakunya percambahan pemikiran dan budaya serta memperkayakan lagi tamadun tersebut kepada pelbagai aspek. 

Interaksi Tamadun India-Cina
Rekod sejarah Cina mencatatkan interaksi Tamadun India-Cina pada kurun ke-2 SM. Jalan sutera menjadi laluan utama pedagang India-Cina. Selain daripada barang dagangan, agama Buddha merupakan komoditi terpenting yang dibawa ke Cina. Kesan interaksi Tamadun India-Cina: penyebaran agama, sains dan teknologi, bahasa dan lain-lain. 

Kesan Interaksi Tamadun India-Cina
a. Penyebaran agama Buddha. Dibawa masuk ke Cina pada kurun pertama masehi disesuaikan dengan tradisi budaya masyarakat Cina: Doisme dan Konfusianisme. Sami di Cina menetap di India dan pelajari kitab Buddha dalam bahasa Sanskrit dan Pali. Berjaya menyusun doktrin Buddha dalam satu koleksi Tripitaka. Antara penterjemah kitab Buddha oleh sami Cina spt. Fa Xian, Xuan Zang

Jalan Sutera Lama (laluan tengah) 

b. Sains dan Teknologi. 
Dari China - pembuatan kertas, tembikar, bahan letupan, percetakan dan kompas. Perubatan Cina mendapat tempat dan diberi penghormatan yang tinggi di India. Dari India - teknologi India menghasilkan gula daripada tebu, 60 koleksi ilmu astronomi India telah diterjemah ke bahasa Cina ahli astronomi India pernah berkhidmat di China sistem kalendar lunar Cina yang baru Karya perubatan India pula banyak diterjemah ke dalam bahasa Cina

c. Bahasa, Kesusasteraan dan Kesenian. 
Ilmu fonetik Cina guna pengetahuan dan teknik ilmu fonetik Sanskrit - dipelajari melalui ajaran Buddhisme. Kitab Buddha juga telah membekalkan bahan untuk panduan dan rujukan kepada kesusasteraan Cina- perbendaharaan kata, tema, gaya dan genre. Seni muzik India – alat muzik Cina yang berasal dari India : pipa dan konghou 

Interaksi Antara Tamdun India – Islam. Islam tiba di India pd kurun ke-7M. Perhubungan dagangan Arab – India melalui jalan darat dan laut. Jalan laut melalui Lautan Hindi dan Lautan Merah. Jalan darat melalui Parsi. Nama India lain: Sind @ Hind di kalangan orang Arab. 

Kesan Interaksi Antara Tamadun India – Islam. 
a. Bahasa: Bahasa ‘Urdu’ diperkenalkan. Mempunyai nahu Prakrit dg perbendaharaan kata Parsi, Arab dan Turki. Ditulis dg skrip Arab tetapi diubah utk mewakili bunyi bukan Arab
b. Seni bina: Seni bina Turki-Islam mempengaruhi seni bina zaman Kesultanan Delhi, sementara seni bina Parsi-Islam pula mempengaruhi seni bina zaman Monghul. Kubah, menara, penggunaan mortar dan konkrit, bentuk geometri merupakan pengaruh Islam. Seni bina Islam berkembang pesat zaman Monghul. Taj Mahal hasil seni bina Indo-Parsi yang teragung dan menjadi salah satu benda ajaib dunia. 

c. Pentadbiran: Zaman Kesultanan Delhi ramai pegawai2 kerajaan dilantik dari kal. penganut Hindu. Con. Medini Rai - pegawai tinggi di Malwa. Purandar, Rup dan Sanatan – pegawai tinggi di Bengal. Kerajaan Hindu Raja Deva Raja II dari Vijayanagar juga telah melantik pegawai2nya dari kalangan orang2 Islam

d. Budaya: Diperkenalkan sejenis alat muzik ‘sitar’ gabungan ‘vinai’ India Selatan dan ‘tanbura’ Parsi. Tarian ‘kathak’ menggunkan pakaian Parsi dengan tema Hindu. 

e. Ilmu Pengetahuan: Hasil-hasil kesusasteraan Parsi telah berkembang dalam masyarakat India. Hasil-hasil tulisan India terutama yang berkaitan agama Hindu diterjemah ke dalam bahasa Parsi untuk tujuan kesarjanaan seperti yang dilakukan oleh Zainul Abidin (Kashmir) dan Husain Shah (Bengal) . Ahli astronomi India telah meminjam terma-terma astronomi, pengiraan latitud dan longtitud bumi, pengiraan kalendar dan lain-lain daripada orang-orang Islam. 

Akitiviti terjemahan pesat di zaman Akbar. Karya-karya Hindu seperti Mahabrata dan Ramayana diterjemah ke bahasa Parsi. Karya-karya Parsi ke bahasa Hindi. Tujuannya untuk memboleh masyarakat tempatan memahami agama, budaya, pemikiran dsb yang wujud dalam Tamadun India. 

f. Kemunculan Agama Baru: Agama Din Ilahi – Akbar, ajaran Kabir dan Nanak mengambil ciri-diri Hinduisme dan Islam. Tujuan mewujudkan agama universal yang dapat menjalin persahabatan dan perpaduan antara Muslim-Hindu. Ajaran sufi dengan doktrin mistik yang menekankan penyatuan dengan Tuhan telah mempengaruhi penganut Hindu. 

INTERAKSI TAMADUN MELAYU –TAMADUN INDIA

Bermula sejak zaman sebelum mesihi lagi. Bahan bertulis dari India - ada menyebut tentang Asia Tenggara”Survarnadvipa” (Semenanjung emas) dan”Suvarnabhumi” (bumi emas) . Tujuan utama kedatangan para pedagang dari India ke Tanah Melayu - bagi dapatkan rempah ratus, kayu-kayan, damar, emas dan lain-lain. 

INTERAKSI TAMADUN MELAYU – INDIA ZAMAN PRA PENJAJAH

Kedatangan para pedagang asing khususnya India ke Melaka menjalankan aktiviti perdagangan secara tidak langsung memberi peluang utk mereka berinteraksi. Sejarah Melayu mencatatkan Mani Purindam telah menjadi menantu Sri Nara Diraja – Tun Ali. Cucu Tun Ali raja Kassim menjadi sultan Melaka – Sultan Muzaffar Shah. Perkahwinan campur antara pedagang India dgn penduduk tempatan membentuk komuniti Chetti di Melaka. Di Pulau Pinang perkahwinan campur antara India Muslim dengan wanita Melayu muncul Peranakan Jawi. 

INTERAKSI TAMADUN MELAYU – INDIA ZAMAN PENJAJAH BARAT

Masyarakat India di Malaysia yang telah dibawa masuk ke Tanah Melayu pada zaman penjajah British untuk memenuhi keperluan buruh di ladang-ladang kopi, tebu dan getah. Tenaga buruh India menjadi pilihan kerana India turut dijajah selain buruh India murah dan senang diurus ‘pecah dan perintah’ British menyebabkan mereka kurang berinteraksi dengan masyarakat tempatan yang lain

Zaman menuntut kemerdekaan timbul kesedaran perlunya hubungan kerjasama. Antaranya ialah penubuhan Parti Perikatan. Pengenalan Laporan Barnes, Fenn-Wu, Penyata Razak dan Rahman Talib – pupuk perpaduan. Rukun Negara, Jab. Perpaduan Negara. Dasar Ekonomi Baru (DEB) . Wawasan 2020. 

KESAN INTERAKSI TAMADUN MELAYU - TAMADUN INDIA

a. Penyebaran Agama. Agama Hindu dan Buddha telah diterima dan menjadi pegangan penduduk tempatan yang sebelumnya berpegang kepada kepercayaan animisme. Candi Bukit Batu Pahat di Lembah Bujang pula merupakan tinggalan pengaruh ajaran Hindu kerajaan Chola ketika menguasai Kedah. Tinggalan di Lembah Bujang

b. Sistem Pemerintahan
konsep”Dewaraja” (dalam bahasa Sanskrit yang bermakna God King) - konsep ketuhanan agama Hindu yang membesarkan keagungan dewa-dewi dan dikaitkan dengan kedudukan serta status Raja sebagai jelmaan Tuhan. Upacara pertabalan - bg mengekalkan status tinggi Raja. Panca Persada yngg seperti Gunung Mahameru, memperlihatkan pengaruh kosmologi Hindu-Buddha. 

c. Bahasa dan Kesusasteraan
Pengaruh bahasa Sanskit. Penemuan Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M) , Batu Bersurat Talang Tuwo (684 M) , Batu Bersurat Kota Kapur (686 M) dan Batu Bersurat Karang Berahi (692 M) buktikan pengaruh bhs Saskrit dalam bhs Melayu kuno yang digunakan ketika itu. Batu Bersurat Terengganu, selain drp perkataan Arab, turut ditemui 29 perkataan dari bahasa Sanskrit. 

Pengaruh dari Bahasa Sanskrit (Perbandingan Bahasa Melayu Lama dan Baru) 
Bhakti                   =             bakti
Bhumi                   =             bumi
Dosa                      =             dosa
Drohaka               =             derhaka
Maharddhika     =             merdeka
Prakara                 =             perkara
Rupa                      =             rupa
Samicra                                =             mesra
Tathapi                 =             tetapi
Vela                       =             bila

Kesusasteraan: Kesusasteraan Sanskrit seperti Epik Ramayana dan Mahabharata. Hikayat Seri Rama dapat inspirasi daripada E. Ramayana. Epik Mahabharata diberi wajah tempatan - Hikayat Pendawa Lima, H. Pandawa, H. Panda Delima dan H. Sang Boma. Karya sastera Melayu tradisional pentingkan aspek kesenian, keromantisan, keagungan raja-raja dan menyelitkan unsur epik dan mitos. Turut diadaptasikan dalam wayang kulit. 

d. Adat resam dan Budaya
Kedatangan agama Hindu pengaruhi kehidupan seharian dan adat resam masyarakat Melayu:- amalan jampi dan mentera. Amalan adat di kalangan masyarakat Melayu seperti melenggang perut, bertindik telinga, bersanding dan berinai, mencecah garam dan menjejak kaki ke bumi bagi bayi, 

e. Struktur Masyarakat
Akibat pengaruh dari sistem kasta (susun lapis dalam masyarakat) terdapat pemisahan jelas golongan atasan/ bangsawan yang dianggap lebih mulia dgn golongan rakyat biasa. Pengaruh ini telah membawa kepada munculnya masyarakat ‘feudal’ dalam kehidupan masyarakat Melayu

TAMADUN INDIA: RELEVANSINYA DI MALAYSIA

a. Menekankan aspek kepercayaan dan nilai contoh prinsip karma – amalan baik buruk sebagai penentu kehidupan akan datang, ahimsa – tidak melakukan kekejaman sesama makhluk tuhan, dharma – sifat bertanggungjawab. Melalui konsep kepercayaan dan nilai masyarakat India digalakkan melakukan kebaikkan dan meninggalkan keburukan. 

b. Membentuk budaya dan adat. tinggalan kebudayaan era Hindu-Buddha sukar dihakis, banyak mempengaruhi upacara perkahwianan orang Melayu. menerima pemakanan masyarakat India seperti roti canai, kari, capati dan lain-lain, dunia hiburan Bollywood digemari ramai

c. Menekankan ilmu pengetahuan dan pendidikan. Melahirkan ramai tokoh2 ilmuan dalam bidang matematik, astronomi. Berjaya menyumbang idea matematik kpd sarjana muslim terutama al-Khawarizmi. Pengetahuan sejarah tentang Asia Tenggara banyak drp inskripsi sastera Hindu-Buddha

Kesimpulan
Interaksi antara tamadun berlaku apbl sesebuah tamadun bersikap terbuka dan bersedia menerima pembaharuan di samping menapis dan menilai agar tidak melanggar nilai-nilai sosial masyarakat krn input itu menghasilkan kesan negatif dan positif. Setiap tamadun harus belajar daripada pengalaman lau bagi mewujudkan hubungan yang baik antara tamadun dalam usaha menghadapi cabaran-cabaran yang melanda dunia masa kini. Interaksi secara langsung Tamadun India dgn tamadun-tamadun lain memperlihatkan sumbangan Tamadun India bersifat menyeluruh; fizikal dan spritual. Dalam konteks Tamadun Melayu ia memberi sumbangan dalam aspekagama, bahasa dan kesusasteraan, adat resam dan lain-lain. Penerimaan pengaruh asing dalam sejarah Malaysia bukanlah suatu yang asing malah Malaysia mengamalkan sikap terbuka tetapi tidak pula menghilangkan identiti teras yang menjadi latarbelakang Bangsa Malaysia. Dalam Perlembagaan Malaysia memberi jaminan bahawa setiap warganegara berhak mengamalkan budaya dan agama masing-masing. Tetapi dalam masa yang sama bertanggungjawab memupuk sebuah budaya Bangsa Malaysia. Bangsa Malaysia bukan sekadar memerlukan ‘perpaduan’ bahkan menjadi bangsa bertamadun yang mempunyai identiti peradabannya sendiri.



************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com