Faktor sosial

Faktor organisasi Sosial. Organisasi sosial atau susun lapis dalam masyarakat telah membawa kepada kemunculan tamadun. Masyarakat memerlukan pemimpin untuk menyelaras dan memberikan arahan. Pahlawan pula diperlukan untuk menjaga keamanan. Masyarakat memerlukan pendeta untuk menjalankan kegiatan agama. Pemimpin, pahlawan dan pendeta muncul sebagai orang yang berkuasa. Pahlawan dengan senjatanya. Paderi pula dengan pengetahuannya tentang tuhan. Majoriti masyarakat yang tidak memiliki alat dan pengetahuan menjadi pengikut. Lama-kelamaan masyarakat di sesuatu petempatan terbahagi kepada kelas pemerintah dan rakyat.

Faktor pengkhususan kerja. Kehidupan yang bertambah kompleks menyebabkan masyarakat memerlukan kepada pengkhususan untuk menjalankan tugas tertentu mengikut kemahiran dan kebolehan seseorang. Peningkatan produktiviti telah menjamin keperluan bekalan di sesuatu kawasan. Keadaan ini membolehkan sesetengah penduduk di situ menjalankan kegiatan bukan pengeluaran seperti kegiatan kesenian atau aktiviti keagamaan. Hal ini membawa kepada bermulanya pengkhususan kerja dalam masyarakat.

************************
Abd Aziz bin Harjin

Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701

Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my

URL: abdazizharjin.blogspot.com