CABARAN PERADABAN ABAD KE-21

Dominasi dan cengkaman segelintir manusia, selalunya ke atas yang golongan lebih ramai dalam semua bentuk manifestasi budaya, pemikiran, maklumat, ekonomi, kewangan, teknologi, ketenteraan dan politik akan menjadi cabaran terpenting yang bakal dihadapi oleh manusia dalam abad ke-21 nanti. Bagi memahami sifat dominasi ini dan akibatnya ke atas tamadun manusia merupakan satu masalah yang besar kerana dominasi sedemikian telah dianggap sebagai biasa atau normal. Disebabkan hakikat tersebut, sepanjang perjuangan menentang dominasi ini, kita terpaksa menekankan persoalan keadilan kerana dominasi yang meletakkan kuasa di tangan minoriti merupakan ketidakadilan yang sangat nyata. Ketidakadilan seperti ini merupakan pengabaian hak dan kesejahteraan manusia di mana-mana.

Kesejahteraan masyarakat manusia seluruhnya dan bukannya kepentingan sesuatu tamadun seharusnya menjadi tema perjuangan masa dalam menghadapi dominasi kumpulan teratas (elit). Kesan buruk segala bentuk dominasi akan dirasai sehingga ke peringkat global. Dengan pembesaran jumlah dan jenis persenjataan oleh sesebuah kumpulan elit dalam sesebuah negara, telah mendorong mereka menyalahgunakan sumber kekayaan sesebuah negara. Sumber kekayaan tersebut sepatutnya digunakan untuk perancangan yang mementingkan rakyat seperti pendidikan, kesihatan, kebajikan masyarakat dan kemudahan asas awam. Situasi ini benar-benar telah berlaku sama ada di India mahupun di kalangan kuasa- kuasa besar dunia seperti Amenka Syarikat.

Seperti juga manipulasi pasaran kewangan oleh para spekulator mata wang akan merosakkan ekonomi negara maju seperti Jerman, samalah juga dengan negara membangun di Asia seperti Thailand dan Malaysia. Penghomogenan (homogenesation) budaya Amerika Syarikat merupakan satu ancaman sama ada kepada budaya Perancis yang menjadi ciri penting tamadun Eropah ataupun tamadun Turki yang menjadi ciri penting tamadun Islam. Keadaan ini menunjukkan bahawa cabaran yang berpunca daripada kesan dominasi akan menjejaskan manusia di mana-mana sahaja. Oleh sebab itu, seluruh masyarakat manusia mesti menentang dominasi tersebut. Mereka mesti membina kesedaran dan bergerak secara berkumpulan untuk menentang dominasi oleh segelintir manusia tertentu.




Dominasi dan cengkaman segelintir manusia, selalunya ke atas yang golongan lebih ramai dalam semua bentuk manifestasi budaya, pemikiran, maklumat, ekonomi, kewangan, teknologi, ketenteraan dan politik akan menjadi cabaran terpenting yang bakal dihadapi oleh manusia dalam abad ke-21 nanti. Bagi memahami sifat dominasi ini dan akibatnya ke atas tamadun manusia merupakan satu masalah yang besar kerana dominasi sedemikian telah dianggap sebagai biasa atau normal. Disebabkan hakikat tersebut, sepanjang perjuangan menentang dominasi ini, kita terpaksa menekankan persoalan keadilan kerana dominasi yang meletakkan kuasa di tangan minoriti merupakan ketidakadilan yang sangat nyata. Ketidakadilan seperti ini merupakan pengabaian hak dan kesejahteraan manusia di mana-mana. 

Kesejahteraan masyarakat manusia seluruhnya dan bukannya kepentingan sesuatu tamadun seharusnya menjadi tema perjuangan masa dalam menghadapi dominasi kumpulan teratas (elit) . Kesan buruk segala bentuk dominasi akan dirasai sehingga ke peringkat global. Dengan pembesaran jumlah dan jenis persenjataan oleh sesebuah kumpulan elit dalam sesebuah negara, telah mendorong mereka menyalahgunakan sumber kekayaan sesebuah negara. Sumber kekayaan tersebut sepatutnya digunakan untuk perancangan yang mementingkan rakyat seperti pendidikan, kesihatan, kebajikan masyarakat dan kemudahan asas awam. Situasi ini benar-benar telah berlaku sama ada di India mahupun di kalangan kuasa- kuasa besar dunia seperti Amenka Syarikat. 

Seperti juga manipulasi pasaran kewangan oleh para spekulator mata wang akan merosakkan ekonomi negara maju seperti Jerman, samalah juga dengan negara membangun di Asia seperti Thailand dan Malaysia. Penghomogenan (homogenesation) budaya Amerika Syarikat merupakan satu ancaman sama ada kepada budaya Perancis yang menjadi ciri penting tamadun Eropah ataupun tamadun Turki yang menjadi ciri penting tamadun Islam. Keadaan ini menunjukkan bahawa cabaran yang berpunca daripada kesan dominasi akan menjejaskan manusia di mana-mana sahaja. Oleh sebab itu, seluruh masyarakat manusia mesti menentang dominasi tersebut. Mereka mesti membina kesedaran dan bergerak secara berkumpulan untuk menentang dominasi oleh segelintir manusia tertentu. 


************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com