Dialog Peradaban di Malaysia

Kepentingan Dialog Peradaban
Satu syarat yang cukup penting ke arah membina kesedaran ialah melalui sesi- sesi dialog di semua tempat. Dalam sesi dialog tersebut, manusia mesti sedar bahawa setiap agama, budaya dan tamadun masing-masing mengandungi nilai dan pandangan semesta yang menekankan kesatuan, kejujuran, maruah dan kebebasan manusia. Kesemua nilai dan pandangan semesta tersebut begitu bertentangan dengan tindakan dominasi. Melalui sesi dialog di kalangan manusia di mana-mana sahaja, masyarakat Islam, masyarakat Asia dan lain-lain dapat membina satu bansan bersama untuk menentang dominasi oleh sekumpulan kecil manusia terutama kuasa Barat dan bonekanya.

Sesi dialog antara manusia dalam pelbagai budaya dan tamadun juga banyak membawa manfaat yang lain. Han ini seluruh manusia menghadapi pelbagai masalah yang besar seperti pencemaran alam sekitar, pemupusan sumber alam. keretakan perhubungan dan perpaduan dalam masyarakat, perpecahan hubungan keluarga, penyalahgunaan kuasa dan rasuah, penyalahgunaan dadah dan kedurjanaan penyakit AIDS. Kesemua kemelut ini memerlukan jawapan dan penyelesaian daripada manusia. Kemelut ini telah melanda seluruh dunia tidak terkecuali kepada masyarakat yang berada di dunia Islam dan Asia.

Sesungguhnya kebanjiran masalah yang dihadapi oleh manusia masa kini merupakan kesan daripada krisis nilai. Hidup secara harmoni dengan alam sekitar semula jadi yang tidak lagi diutamakan telah membawa kepada krisis alam sekitar. Kasih sayang dan hormat-menghormati yang sudah hilang kekuatan moralnya dan sentiasa tercabar dalam rumah tangga moden telah melunturkan ketahanan hubungan kekeluargaan. Nilai etika yang telah diketepikan dalam ekonomi hari ini telah melahirkan 'kapitalisme kasino' yang merebak secara global. Bila persoalan memberi perkhidmatan tidak lagi menjadi tanggungjawab utama politik, maka kesempatan berkuasa dilihat sebagai satu peluang terbuka untuk memperolehi kekayaan dan kepentingan diri. Disebabkan perasaan rendah diri dan pengorbanan telah dipencilkan dalam kehidupan peribadi dan masyarakat, maka sifat tamak dan takbur (ego) menjadi semakin dominan dalam masyarakat.

Tamadun Islam dan tamadun Asia sentiasa menekankan penolakan terhadap sifat tamak dan kepentingan diri. Dalam sistem falsafah tamadun-tamadun ini, nilai-nilai sejagat, kerohanian dan moral sentiasa diutamakan. Persoalan etika tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan. Setiap bidang dalam masyarakat menurut pendinan Islam dan tamadun-tamadun berasaskan agama yang lain mesti diasaskan di atas nilai-nilai moral. Ke arah melahirkan nilai moral dalam masyarakat kita yang berbilang agama, etnik dan kebudayaan mesti diadakan sesi dialog yang berterusan di kalangan kita semua. Tanpanya kita tidak mungkin dapat membentuk benteng moral yang kukuh. Bila manusia menyedari nilai-nilai yang mereka kongsi bersama dalam pemermtahan dan politik, ekonomi dan pengurusan sumber, keluarga dan masyarakat, kesihatan dan pendidikan, sains dan teknologi, maka ikatan dan perasaan saling hormat-menghormati, mempercayai dan perpaduan akan tumbuh dan membesar dalam masyarakat yang pelbagai etnik, budaya dan agama.

Ke Arah Memperkembangkan Dialog Peradaban

Demi untuk membina dan mengukuhkan nilai-nilai sejagat yang dikongsi bersama dalam tamadun Islam dan tamadun Asia hendaklah diadakan sesi dialog dalam semua penngkat masyarakat. Umversiti atau Institusi Pengajian Tinggi dan sekolah- sekolah boleh memainkan peranan yang penting. Pengajian mengenai tamadun Islam dan tamadun Asia mesti dimasukkan dalam kurikulum di peringkat sekolah lagi. Pertubuhan agama dan budaya hendaklah menjadikan sesi dialog sebagai agenda utama dalam kegiatan-kegiatan mereka. Sesi dialog juga mesti menjadi perkara utama dalam pertubuhan-pertubuhan belia. Akhbar dan majalah popular pula mesti memperkenalkan ruang-ruang yang ditumpukan kepada dialog peradaban. Program di radio dan televisyen yang membicarakan tema itu sudah pasti akan meningkatkan lagi usaha ini.

Namun begitu, sesi-sesi dialog demikian melalui media massa dan sistem pendidikan tidak akan berjaya tanpa disertai oleh dialog tentang kehidupan sebenar. Manusia yang hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum, budaya dan agama mesti digalakkan untuk bergaul, berkenalan dan memahami serta berkongsi kegembiraan dan kedukaan, harapan dan kebimbangan antara satu sama lain. Menghidupkan situasi seperti inilah sebenar-benarnya dialog, iaitu dialog dalam kehidupan. Tanpa dialog seumpama ini, usaha dialog peradaban pada tahap akal dan minda sahaja, tidak membawa sebarang kesan bermakna.

Seharusnya diakui dialog peradaban pada tahap mana sekalipun akan menempuhi halangan yang kuat. Dalam sebarang masyarakat tentunya terdapat elemen yang menganggap dialog peradaban sebagai ancaman terhadap kepentingan mereka. Golongan ini terdiri dari kalangan mereka yang berpandangan sempit, penuh kebencian dan permusuhan terhadap budaya dan agama lain serta menebal kejahilannya terhadap manusia selain daripada mereka. Golongan seperti ini tidak akan menerima dengan senang hati terhadap dialog peradaban. Terdapat juga golongan yang melihat dialog peradaban sebagai kegiatan terawang (esoterik) semata-mata. Bagi mereka ada lagi kegiatan penting dan pragmatik yang perlu untuk diberi keutamaan.

Biar apapun bangkangan terhadap dialog peradaban, namun seharusnya disedari bahawa tidak akan wujud satu masa yang paling baik dalam sejarah untuk memperkenalkan dialog peradaban. Pada hari ini, kebangkitan gerakan agama mula bertapak di dunia Islam dan juga beberapa tempat di Asia yang lain. Dengan lain pengertian, kebangkitan gerakan keagamaan menjadi satu fenomena global. Lambang dan simbol agama, upacara dan peristiwa serta nilai dan prinsip yang ditunjangi oleh agama semakin diterima oleh masyarakat yang beberapa dekad terdahulu tidak menerimanya. Kebangkitan agama member! peluang kepada kita untuk memulakan dan mengembangkan dialog peradaban. Hujahnya sangat jelas, berdasarkan sejarah tamadun-tamadun tradisional, tamadun Islam dan tamadun Asia yang lain begitu berkait rapat dengan agama masing-masing.

Pelbagai agama dan tamadun tidak boleh tidak mesti menjalankan dialog apatah lagi dalam zaman teknologi komunikasi yang telah berupaya untuk mendekatkan manusia daripada merata pelosok dunia, iaitu satu keadaan yang tidak pernah berlaku sebelum daripada ini. Kini penghuni dunia pada penghujung abad ke-20 ini lebih sedar akan kewujudan penghuni yang lain, iaitu masyarakat manusia daripada pelbagai agama dan tamadun berbanding dengan masyarakat manusia sebelum ini. Sekiranya kita tidak berusaha berdialog dan mengenali antara satu sama lain dalam suasana kita disemukakan sebegini, maka kejahilan kita bersama akan berubah kepada saling membenci antara satu sama lain. Fenomena ini boleh membawa kepada ketegangan dan konflik yang besar.

Melihat kepada perkara-perkara diterangkan atas, kita mesti membuat pendinan untuk berdialog antara satu sama lain. Pilihan yang diberikan begitu mudah, sama ada kita memilih untuk berdialog dan seterusnya hidup bersama secara aman atau kita memilih untuk berkonflik dan bertelingkah untuk selama- lamanya. 

************************
Abd Aziz bin Harjin

Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701

Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my

URL: abdazizharjin.blogspot.com