Interaksi Antara Tamadun Positif


Positif: Islam, Yahudi, Kristian
1. Interaksi antara Tamadun Islam, Yahudi dan Kristian semasa zaman kemunculan Islam di Tanah Arab telah memberi beberapa kesan positif.
2. Dalam Perlembagaan Madinah (Sahifah Madinah) yang digubal oleh Nabi Muhammad (saw), di Madinah hak-hak orang Kristian dan Yahudi serta penganut-penganut agama lain telah diberi perlindungan.
3. Di Andalusia (Sepanyol), muncul ramai penulis dan ahli intelektual daripada kalangan individu-individu Yahudi dan Kristian.

Positif: India, Cina
1. Interaksi antara Tamadun India dengan Tamadun China telah memberi kesan positif kepada kedua-dua tamadun.
2. Agama Buddha disebarkan ke Negara China melalui interaksi ini.
3. Terdapat kemahiran teknologi membuat gula daripada tebu dari India telah diperkembangkan kepada orang-orang China.
4. Astronomi India turut diperkembangkan di Negara China oleh ahli-ahli astronomi India.

Positif: Islam, China
1. Interaksi Tamadun Islam dengan China yang turut memperlihatkan kesan positif melalui perdagangan. Pedagang-pedagang Arab dan Parsi memainkan peranan penting dalam interaksi ini
2. Berlaku perkahwinan campur antara pedagang-pedagang ini dengan wanita-wanita tempatan.
3. hasil daripada interaksi ini wujud penyebaran agama Islam di Negara China yang akhirnya mewujudkan komuniti Islam tempatan Cina.

Positif: Islam, Melayu 
1. Hubungan antara Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu telah meninggalkan kesan yang amat ketara melalui perdagangan.
2. Kesan positif yang penting tersebarnya agama Islam di Kepulauan Melayu serta munculnya kerajaan-kerajaan Islam tempatan di Pasai, Melaka, Acheh, Johor-Riau, Brunei, Pattani, Sulu, Banten, Demak, Tuban, Mataram dan lain-lain lagi.
3. Tamadun Islam telah mengubah pandangan hidup orang-orang Melayu.
4. Ia juga turut membawa tulisan Jawi yang berperanan penting dalam perkembangan ilmu pengetahuan di Kepulauan Melayu.
5. Pengaruhnya dari segi perundangan, kesusasteraan, kesenian, kebendaan seperti pakaian, makanan dan istilah-istilah Arab yang digunakan dalam bahasa Melayu.

Positif: China, Melayu 
1. Interaksi antara Tamadun China dengan Tamadun Melayu melahirkan kesan positif dala kemahiran dan teknologi serta kebendaan.
2. Tamadun China membawa teknologi membuat gula daripada tebu ke Kepulauan Melayu, perusahaan sutera, membuat tembikar serta pertukangan logam.
3. Interaksi antara Tamadun China dengan Tamadun Melayu berlaku melalui dua cara, iaitu secara aman dan secara konflik peperangan. Interaksi secara aman berlaku melalui aktiviti perdagangan, emigrasi dan hubungan diplomatik, contohnya kemuncak hubungan diplomatik Negara China dengan Kepulauan Melayu ialah zaman Kesultanan Melaka.

Positif: China, Jepun
1. Sumbangan yang penting ialah dari segi agama dan tulisan.
2. Agama Buddha dari Negara China telah dikembangkan dalam Tamadun Jepun.
3. Ajaran-ajaran Buddha ini telah diasimilasikan dengan agama asal orang Jepun, iaitu agama Shinto.
4. Kuil-kuil Buddha telah didirikan di Jepun. Agama Buddha telah mencapai zaman kemuncak semasa zaman Nara dan Heian.
5. Di samping agama, tulisan adalah satu lagi kesan penting yang dibawa oleh Tamadun China ke Jepun. 
6. Tulisan Cina telah menjadi asas kepada pembentukan tulisan Jepun
7. Tamadun China turut meninggalkan pengaruhnya ke atas upacara-upacara tertentu di Jepun seperti upacara minum the
8. Ajaran falsafah Konfusianisme dari China turut diasimilasikan dalam Tamadun Jepun.
9. Ajaran Konfusianisme yang memberi penekanan kepada institusi keluarga telah memantapkan lagi institusi keluarga Jepun.
10. Interaksi antara Tamadun China dengan Jepun telah berlaku secara aman dan asimilasi Tamadun China dalam Tamadun Jepun telahm emperkukuhkan identiti Tamadun Jepun.


Positif: Islam, Yahudi, Kristian
1. Interaksi antara Tamadun Islam, Yahudi dan Kristian semasa zaman kemunculan Islam di Tanah Arab telah memberi beberapa kesan positif. 
2. Dalam Perlembagaan Madinah (Sahifah Madinah) yang digubal oleh Nabi Muhammad (saw) , di Madinah hak-hak orang Kristian dan Yahudi serta penganut-penganut agama lain telah diberi perlindungan. 
3. Di Andalusia (Sepanyol) , muncul ramai penulis dan ahli intelektual daripada kalangan individu-individu Yahudi dan Kristian. 

Positif: India, Cina
1. Interaksi antara Tamadun India dengan Tamadun China telah memberi kesan positif kepada kedua-dua tamadun. 
2. Agama Buddha disebarkan ke Negara China melalui interaksi ini. 
3. Terdapat kemahiran teknologi membuat gula daripada tebu dari India telah diperkembangkan kepada orang-orang China. 
4. Astronomi India turut diperkembangkan di Negara China oleh ahli-ahli astronomi India. 

Positif: Islam, China
1. Interaksi Tamadun Islam dengan China yang turut memperlihatkan kesan positif melalui perdagangan. Pedagang-pedagang Arab dan Parsi memainkan peranan penting dalam interaksi ini
2. Berlaku perkahwinan campur antara pedagang-pedagang ini dengan wanita-wanita tempatan. 
3. hasil daripada interaksi ini wujud penyebaran agama Islam di Negara China yang akhirnya mewujudkan komuniti Islam tempatan Cina. 

Positif: Islam, Melayu 
1. Hubungan antara Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu telah meninggalkan kesan yang amat ketara melalui perdagangan. 
2. Kesan positif yang penting tersebarnya agama Islam di Kepulauan Melayu serta munculnya kerajaan-kerajaan Islam tempatan di Pasai, Melaka, Acheh, Johor-Riau, Brunei, Pattani, Sulu, Banten, Demak, Tuban, Mataram dan lain-lain lagi. 
3. Tamadun Islam telah mengubah pandangan hidup orang-orang Melayu. 
4. Ia juga turut membawa tulisan Jawi yang berperanan penting dalam perkembangan ilmu pengetahuan di Kepulauan Melayu. 
5. Pengaruhnya dari segi perundangan, kesusasteraan, kesenian, kebendaan seperti pakaian, makanan dan istilah-istilah Arab yang digunakan dalam bahasa Melayu. 

Positif: China, Melayu 
1. Interaksi antara Tamadun China dengan Tamadun Melayu melahirkan kesan positif dala kemahiran dan teknologi serta kebendaan. 
2. Tamadun China membawa teknologi membuat gula daripada tebu ke Kepulauan Melayu, perusahaan sutera, membuat tembikar serta pertukangan logam. 
3. Interaksi antara Tamadun China dengan Tamadun Melayu berlaku melalui dua cara, iaitu secara aman dan secara konflik peperangan. Interaksi secara aman berlaku melalui aktiviti perdagangan, emigrasi dan hubungan diplomatik, contohnya kemuncak hubungan diplomatik Negara China dengan Kepulauan Melayu ialah zaman Kesultanan Melaka. 

Positif: China, Jepun
1. Sumbangan yang penting ialah dari segi agama dan tulisan. 
2. Agama Buddha dari Negara China telah dikembangkan dalam Tamadun Jepun. 
3. Ajaran-ajaran Buddha ini telah diasimilasikan dengan agama asal orang Jepun, iaitu agama Shinto. 
4. Kuil-kuil Buddha telah didirikan di Jepun. Agama Buddha telah mencapai zaman kemuncak semasa zaman Nara dan Heian. 
5. Di samping agama, tulisan adalah satu lagi kesan penting yang dibawa oleh Tamadun China ke Jepun. 
6. Tulisan Cina telah menjadi asas kepada pembentukan tulisan Jepun
7. Tamadun China turut meninggalkan pengaruhnya ke atas upacara-upacara tertentu di Jepun seperti upacara minum the
8. Ajaran falsafah Konfusianisme dari China turut diasimilasikan dalam Tamadun Jepun. 
9. Ajaran Konfusianisme yang memberi penekanan kepada institusi keluarga telah memantapkan lagi institusi keluarga Jepun. 
10. Interaksi antara Tamadun China dengan Jepun telah berlaku secara aman dan asimilasi Tamadun China dalam Tamadun Jepun telahm emperkukuhkan identiti Tamadun Jepun. 



************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com