TAMADUN MELAYU


PENGENALAN TAMADUN MELAYU
1. Sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang digolongkan secara luas sebagai kumpulan orang-orang Melayu dan bertempat di suatu wilayah di Asia Tenggara yang dikenali dengan pelbagai nama seperti Gugusan Kepulauan Melayu, gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia, Nusantara, Alam Melayu dan Tanah Jawi, Nusantara
2. KepulauanEaster (LautanPasifik) hingga Madagaskar(LautanHindi), Formosa hingga ke New Zealand, Diaspora , Melayu pinggiran di Afrika Selatan, Sri Lanka, TimurTengah, Australia Barat, Britain.
3. Istilah Melayu boleh ditakrifkan berdasarkan:
4. Rumpun bangsa dan bahasanya iaitu Melayu.
5. Tergolong dalam cabang Melayu-Indonesia bersama-sama suku Jawa, Sunda, Madura, Aceh, Minangkabau, Bajau, Murut, Bugis, Sasak, Melanau, Iban, Sulu dll.

ORANG MELAYU
1. Tiada bukti kewujudan manusia di Alam Melayu pada zaman Pleistosen.
2. Fosil Java Man (tulang paha, tengkorak, gigi) lebih mirip mawas
3. Tiada bukti/ penemuan artifak/fosil yang mewakili budaya zaman ini.

PERAK MAN
1. Rangka lengkap manusia tertua.
2. Berusia kira-kira 11K tahun
3. Ditemui pada 1991 di Gua Gunung Runtuh, Bukit Kepala Gajah, Lenggong.
4. Dari Zaman Paleolitik
5. Berusia 40-50 tahun ketika mati
6. Panjang 157cm
7. Dikebumikan spt janin bersama cengkerang, tulang haiwan, alat batu

TEORI KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU

TEORI DARI INDIA
1. Dikemukakan oleh Snouck Hurgronje : "…Seolah sebahagian bangsa India memeluk Islam, maka orang-orang Islam dari India turut mengambil bahagian lalulintas dan emigrasi di Nusantara, dan mereka itulah yang memasukkan Islam ke wilayah Nusantara.“
2. Disokong oleh kebanyakan orientalis seperti R.O.Winstedt, B. Harrison dll.
3. Alasan yang mengukuhkan teori ini:
4. Batu-batu nisan awal yang dijumpai di A.M telah diimport dari Kambay (Kembayat) Gujerat.
5. Peranan penting yang dimainkan oleh pedagang-pedagang Gujerat di Kepulauan Melayu dan kesannya terhadap penyebaran Islam.
6. Tradisi kesusasteraan Melayu lebih mirip kepada tradisi India Islam.

Kelemahan teori ini:
1. Kajian mutakhir – perhubungan di antara Alam Melayu dan Tanah Arab wujud sebelum lahirnya Islam lagi. Tidak tepat mengatakan Islam dari India berdasarkan batu nisan yang dijumpai menyerupai India.
2. Bukan hanya pedagang India sahaja berdagang di Alam Melayu tetapi juga dari tempat lain seperti dari Arab dan China.
3. Tradisi kesusasteraan berkembang lewat setelah Islam lama bertapak dan berkembang luas di India.
4. Perselisihan dari daerah mana:
5. Gujerat – persamaan batu nisan
6. Benggala – Malik al-Salih Raja Pasai I orang Benggali.
7. India selatan – ciri mistik dan sastera
8. Malabar – persamaan mazhab Shafie

1. TEORI ISLAM DARI CHINA
Berdasarkan laporan bahawa China telah menerima sejak zaman pemerintahan Maharaja Ta’I Tsuing dari Dinasti Pang (627-650M.
2. Dikatakan bahawa Rasulullah s.a.w menghantar Wahab Abi Kabash dan akhirnya meninggal dunia di Canton.
3. Khalifah Uthman pula menghantar Sa’ad bin Abi Waqas dan mengasaskan sebuah masjid di Canton.
4. Prof.S.Q.Fatimi – perpindahan beramai-ramai orang Islam dari Canton 876(atau 878) akibat pemberontakan yang berlaku hingga korbankan 100,000 - 150,000 orang Islam:
5. Mereka yg selamat pergi ke Alam Melayu, antaranya menurut S. Naquib ke Kedah dan Palembang. Selain itu ke Champa, Brunei, pantai timur Tanah Melayu (Patani, Kelantan, Terengganu & Pahang) dan Jawa Timur.
6. Hujah-hujah Di Champa terdapat dua inskripsi yang menguatkan lagi dakwaan sesetengah ahli sejarah mengenai kedatangan Islam di bawa dari daerah tersebut.
7. Terdapat sebuah batu nisan yang bertulis "Khat Kufi" bertarikh 1039 masihi dah sebuah Monumen "tugu“ bertarikh 1025 masihi. Pada Monumen tersebut terdapat catatan yang berhubung dengan hukum-hukum Islam.
8. Selain itu, terdapat sebuah batu nisan yang dikatakan seorang wali Allah keturunan Arab, bertarikh 419 H / 1028M yang dijumpai di Pekan, Pahang.
9. Batu Bersurat Terengganu yang dijumpai di Kuala Berang bertarikh 702 H / 1303 M juga dikatakan bukti yang kukuh.
10. Antara kandungan pada batu bersurat itu ialah ayat Al-Quran dan arahan-arahan yang dikenakan ke atas orang Islam supaya mematuhi hukum Allah.
11. Selain itu, kisah perdagangan di antara saudagar Oman dengan saudagar China di Kedah tercatat dalam karangan seorang pelaut Arab yang bernama Sulaiman di dalam kitabnya Akhbar-Al-Sinwal-Hind (851 M).
12. Di dalamnya tercatat nama-nama seperti Ramni (Lamiri), Barus (Fansur). Disamping itu, Ibn Khordadheh juga ada menyebut nama-nama pelabuhan yang dinyatkan di atas dalam kitabnya yang berjudul Kitab Al-Masalik Wal-Mamalik.
13. Bukti lain: Hubungan diplomatik dgn China
14. Bentuk masjid = pagoda di Kelantan, Melaka dan Jawa

1. TEORI ISLAM DARI TANAH ARAB DAN PARSI
Teori ini mendapat sokongan ramai pada masa kini.
2. Menyatakan kedatangan Islam ke Alam Melayu sejak abad 7M.
3. Melalui 3 tahap: Persinggahan, Pertapakan secara meluas.
4. Pengislaman ke negeri-negeri Melayu adalah langsung dari Makkah iaitu dengan terutusnya Syeikh Ismail oleh Sharif Makkah yang singgah di Malabar untuk mengambil 'Fakir Muhammad' (keturunan Abu Bakar Al-Siddiq) menyertainya ke Nusantara utk mengislamkan Merah Silu dan menggunakan nama Sultan Malik al-Salih.
5. Pengislaman Parameswara dilakukan oleh Sayyid Abdul Aziz yang datang dari Jeddah.
6. Pengaruh Asia Barat dalam tulisan jawi, yang mana tulisan Jawi adalah menggunakan huruf-huruf yang sama dengan huruf Arab.
7. Ada pendapat mengatakan bahawa penambahan huruf-huruf seperti ga, cha, dari pengaruh Parsi. Sementara huruf nga pa, dan nya ialah huruf tempatan yang di ubah suai dari huruf arab untuk memenuhi keperluan tempatan.
8. Seni khat / kaligrafi yang terdapat di masjid dan istana.
9. Seni suara seperti qasidah, marhaban, berzanji, nasyid dan lain-lain.
10. Pengaruh bahasa Arab dalam bahasa Melayu. Di katakan lebih 7000 perkataan Arab diguna pakai dalam bahasa Melayu.
11. Seperti nama-nama hari, kertas, dakwat, murid, madrasah dan sebagainya.
12. Selain itu penggunaan istilah sultan, khalifah, menggantikan raja.
13. Hubungan Kerajaan Khalifah Uthmaniah dengan Alam Melayu.

FAKTOR PEMANGKIN ISLAMISASI DI ALAM MELAYU

KEUNGGULAN ISLAM
Agama yang mudah difahami.
Menekankan kesamarataan dan keadilan.
Bersifat rasional dan praktikal dalam pelbagai bidang sama ada politik, ekonomi mahupun sosial
Mengutamakan akhlak dan kehalusan budi.
Menganjurkan kebersihan serta kesucian jasmani dan rohani.


PERANAN RAJA-RAJA / PEMERINTAH
1. Konsep pendewaan terhadap pemerintah, daulat dan derhaka tertanam dalam jiwa. Bila pemerintah atau raja masuk Islam → rakyat pun turut masuk Islam
2. Hikayat Merong Mahawangsa -pengIslaman Kedah.
3. Hikayat Patani – pengislaman Patani.

PERKAHWINAN
1. Terdapat pedagang yang berkahwin dengan penduduk tempatan kerana pedagang-pedagang merupakan orang kaya dan sering dikagumi penduduk tempatan.
2. Setelah kahwin, biasanya keluarganya pun akan memeluk Islam.
3. Terdapat juga pedagang yang berkahwin dengan puteri pemerintah tempatan. Oleh itu Islam lebih mudah tersebar.
4. Terdapat juga perkahwinan wanita Islam dengan lelaki bukan Islam.

POLITIK DAN PENAKLUKAN
1. Peperangan bukanlah satu cara untuk menyebarkan Islam sebagaimana pendapat para orientalis:
2. Penaklukan Melaka ke atas Pahang bukanlah bertujuan untuk mengislamkan Pahang tetapi lebih kepada matlamat politik kerana Pahang dikatakan kaya dengan emas.
3. Pengislaman ke atas negeri yang ditakluk adalah lebih mudah di bawah pemerintahan yang sama.

PERDAGANGAN
1. Para pedagang berdakwah mengembangkan Islam selain dari berdagang.
2. Ini dijelaskan oleh Marco Polo tentang pengislaman Perlak 1292M.
3. Peranan pegawai perdagangan dalam negeri Islam di Alam Melayu seperti Syahbandar Melaka menyebabkan ramai pedagang masuk Islam.

PENDAKWAHAN
1. Pendakwahan para ulama dan ahli sufi lebih meluas dan berkesan.
2. Dakwah lebih mudah kerana akhlak baik mereka.
3. Semasa pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz – hantar pendakwah ke seluruh pelusuk termasuk Alam Melayu.
4. Abad 10M – semasa kelemahan kerajaan Bani Abasiyyah lemah ada ahli sufi yang berdakwah keluar dari Tanah Arab. Merekalah yang memainkan peranan penting dalam penyebaran dakwah di Alam Melayu abad 13M dan selepasnya.
5. Lahir ulama di Alam Melayu seperti Hamzah Fansuri, Abdul Rauf al-Singkeli, Wali Songo dll.

HUBUNGAN DIPLOMATIK
1. Melaka telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan China pada 1404 untuk melindunginya dari ancaman Siam.
2. Dasar perlindungan China terhadap negeri-negeri di Alam Melayu bertujuan politik dan menyebarkan Islam.
3. Perlindungan terhadap Melaka memberikan impak yang sama terhadap negeri-negeri di Kepulauan Melayu yang lain seperti Kedah, Johor, Kampar dsb.

1. SEJARAH PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU
Pencapaian tamadun Melayu menjadi bukti kegemilangan bangsa Melayu pada lembaran sejarah silam. Pencapaian ini boleh dilihat daripada aspek material (benda), intelektual (ilmu pengetahuan) dan spiritual (agama/ kepercayaan)

PENDIDIKAN
1. Wujud pendidikan formal dan informal.
2. Wujud institusi pendidikan: masjid, madarasah, muenasah, pondok, surau, langgar, dayah, pesantren.
3. Penulisan dan penyalinan naskhah kitab berdasarkan manuskrip Melayu

SOSIAL DAN BUDAYA
1. Budaya menulis: manuskrip Melayu
2. Budaya berpuisi: pantun & gurindam
3. Tradisi lisan: tukang cerita, tok dalang, tok selampit.
4. Budaya beradat dan pantang larang

EKONOMI
1. Pelabuhan Melaka
2. Pelabuhan Aceh
3. Pelabuhan Betawi
4. Penggunaan mata wang :
5. Mata wang Kesultanan Melayu Melaka
6. Mata wang Kesultanan Aceh

Kemunculan intelek Melayu:
1. Hamzah Fansuri
2. Shamsuddin al-Sumaterani
3. Nuruddin al-Raniri,
4. Abdul Rauf Singkel
5. Abdul Samad al-Palembani
6. Kecenderungan Sultan-Sultan mempelajari Islam:
7. Sultan Mansur Syah dalam Kesultanan Melaka
8. Sultan Alauddin Riayat Syah dalam Kesultanan Selangor


KESENIAN DAN KEMAHIRAN PEMBUATAN
1. Seni bina: rumah, masjid & wakaf
2. Seni kraftangan: tenun, anyaman, sulaman & tekat
3. Seni tekstil & seni tembikar
4. Peralatan rumah berasaskan kayu dan peralatan menulis
5. Penghayatan nilai-nilai Islam di Malaysia

1. OBJEKTIF DASAR PENERAPAN NILAI ISLAM DI MALAYSIA
Membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bermaruah, beridentiti kukuh dan disegani oleh masyarakat lain
2. Menubuhkan sebuah 'negara bahagia’
3. Menghapuskan sikap yang negatif dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan
4. Menghasilkan perkhidmatan yang bermutu.

Laman ini membincangkan secara khusus tiga teori kedatangan Islam ke Alam Melayu iaitu dari India, China dan Arab. Seterusnya membincangkan peranan, kesan dan pengaruh Islam dalam bidang akidah, politik, sosial, undang-undang, ekonomi, kesenian, bahasa dan sastera serta pendidikan di Alam Melayu. Akhir sekali dibincangkan peranan tamadun Melayu dalam bidang bahasa, agama, budaya dalam pembinaan tamadun Malaysia. 

HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mengikuti tajuk-tajuk ini, pelajar dapat Menghuraikan teori kedatangan Islam dan faktor Islamisasi Alam Melayu. Menjelaskan pencapaian tamadun Melayu serta dapat menjelaskan aplikasi nilai-nilai Islam di Malaysia

PENGENALAN TAMADUN MELAYU
1. Sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang digolongkan secara luas sebagai kumpulan orang-orang Melayu dan bertempat di suatu wilayah di Asia Tenggara yang dikenali dengan pelbagai nama seperti Gugusan Kepulauan Melayu, gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia, Nusantara, Alam Melayu dan Tanah Jawi, Nusantara
2. KepulauanEaster (LautanPasifik) hingga Madagaskar (LautanHindi) , Formosa hingga ke New Zealand, Diaspora, Melayu pinggiran di Afrika Selatan, Sri Lanka, TimurTengah, Australia Barat, Britain. 
3. Istilah Melayu boleh ditakrifkan berdasarkan:
4. Rumpun bangsa dan bahasanya iaitu Melayu. 
5. Tergolong dalam cabang Melayu-Indonesia bersama-sama suku Jawa, Sunda, Madura, Aceh, Minangkabau, Bajau, Murut, Bugis, Sasak, Melanau, Iban, Sulu dll.

ORANG MELAYU
1. Tiada bukti kewujudan manusia di Alam Melayu pada zaman Pleistosen. 
2. Fosil Java Man (tulang paha, tengkorak, gigi) lebih mirip mawas
3. Tiada bukti/ penemuan artifak/fosil yang mewakili budaya zaman ini. 

PERAK MAN
1. Rangka lengkap manusia tertua. 
2. Berusia kira-kira 11K tahun
3. Ditemui pada 1991 di Gua Gunung Runtuh, Bukit Kepala Gajah, Lenggong. 
4. Dari Zaman Paleolitik
5. Berusia 40-50 tahun ketika mati
6. Panjang 157cm
7. Dikebumikan spt janin bersama cengkerang, tulang haiwan, alat batu

TEORI KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU

TEORI DARI INDIA
1. Dikemukakan oleh Snouck Hurgronje : ”…Seolah sebahagian bangsa India memeluk Islam, maka orang-orang Islam dari India turut mengambil bahagian lalulintas dan emigrasi di Nusantara, dan mereka itulah yang memasukkan Islam ke wilayah Nusantara. “
2. Disokong oleh kebanyakan orientalis seperti R. O. Winstedt, B. Harrison dll. 
3. Alasan yang mengukuhkan teori ini:
4. Batu-batu nisan awal yang dijumpai di A. M telah diimport dari Kambay (Kembayat) Gujerat. 
5. Peranan penting yang dimainkan oleh pedagang-pedagang Gujerat di Kepulauan Melayu dan kesannya terhadap penyebaran Islam. 
6. Tradisi kesusasteraan Melayu lebih mirip kepada tradisi India Islam. 

Kelemahan teori ini:
1. Kajian mutakhir – perhubungan di antara Alam Melayu dan Tanah Arab wujud sebelum lahirnya Islam lagi. Tidak tepat mengatakan Islam dari India berdasarkan batu nisan yang dijumpai menyerupai India. 
2. Bukan hanya pedagang India sahaja berdagang di Alam Melayu tetapi juga dari tempat lain seperti dari Arab dan China. 
3. Tradisi kesusasteraan berkembang lewat setelah Islam lama bertapak dan berkembang luas di India. 
4. Perselisihan dari daerah mana:
5. Gujerat – persamaan batu nisan
6. Benggala – Malik al-Salih Raja Pasai I orang Benggali. 
7. India selatan – ciri mistik dan sastera
8. Malabar – persamaan mazhab Shafie

1. TEORI ISLAM DARI CHINA
Berdasarkan laporan bahawa China telah menerima sejak zaman pemerintahan Maharaja Ta’I Tsuing dari Dinasti Pang (627-650M. 
2. Dikatakan bahawa Rasulullah s. a. w menghantar Wahab Abi Kabash dan akhirnya meninggal dunia di Canton. 
3. Khalifah Uthman pula menghantar Sa’ad bin Abi Waqas dan mengasaskan sebuah masjid di Canton. 
4. Prof. S. Q. Fatimi – perpindahan beramai-ramai orang Islam dari Canton 876 (atau 878) akibat pemberontakan yang berlaku hingga korbankan 100, 000 - 150, 000 orang Islam:
5. Mereka yg selamat pergi ke Alam Melayu, antaranya menurut S. Naquib ke Kedah dan Palembang. Selain itu ke Champa, Brunei, pantai timur Tanah Melayu (Patani, Kelantan, Terengganu & Pahang) dan Jawa Timur. 
6. Hujah-hujah Di Champa terdapat dua inskripsi yang menguatkan lagi dakwaan sesetengah ahli sejarah mengenai kedatangan Islam di bawa dari daerah tersebut. 
7. Terdapat sebuah batu nisan yang bertulis”Khat Kufi”bertarikh 1039 masihi dah sebuah Monumen”tugu”bertarikh 1025 masihi. Pada Monumen tersebut terdapat catatan yang berhubung dengan hukum-hukum Islam. 
8. Selain itu, terdapat sebuah batu nisan yang dikatakan seorang wali Allah keturunan Arab, bertarikh 419 H / 1028M yang dijumpai di Pekan, Pahang. 
9. Batu Bersurat Terengganu yang dijumpai di Kuala Berang bertarikh 702 H / 1303 M juga dikatakan bukti yang kukuh. 
10. Antara kandungan pada batu bersurat itu ialah ayat Al-Quran dan arahan-arahan yang dikenakan ke atas orang Islam supaya mematuhi hukum Allah. 
11. Selain itu, kisah perdagangan di antara saudagar Oman dengan saudagar China di Kedah tercatat dalam karangan seorang pelaut Arab yang bernama Sulaiman di dalam kitabnya Akhbar-Al-Sinwal-Hind (851 M) . 
12. Di dalamnya tercatat nama-nama seperti Ramni (Lamiri) , Barus (Fansur) . Disamping itu, Ibn Khordadheh juga ada menyebut nama-nama pelabuhan yang dinyatkan di atas dalam kitabnya yang berjudul Kitab Al-Masalik Wal-Mamalik. 
13. Bukti lain: Hubungan diplomatik dgn China
14. Bentuk masjid = pagoda di Kelantan, Melaka dan Jawa

1. TEORI ISLAM DARI TANAH ARAB DAN PARSI
Teori ini mendapat sokongan ramai pada masa kini. 
2. Menyatakan kedatangan Islam ke Alam Melayu sejak abad 7M. 
3. Melalui 3 tahap: Persinggahan, Pertapakan secara meluas. 
4. Pengislaman ke negeri-negeri Melayu adalah langsung dari Makkah iaitu dengan terutusnya Syeikh Ismail oleh Sharif Makkah yang singgah di Malabar untuk mengambil 'Fakir Muhammad' (keturunan Abu Bakar Al-Siddiq) menyertainya ke Nusantara utk mengislamkan Merah Silu dan menggunakan nama Sultan Malik al-Salih. 
5. Pengislaman Parameswara dilakukan oleh Sayyid Abdul Aziz yang datang dari Jeddah. 
6. Pengaruh Asia Barat dalam tulisan jawi, yang mana tulisan Jawi adalah menggunakan huruf-huruf yang sama dengan huruf Arab. 
7. Ada pendapat mengatakan bahawa penambahan huruf-huruf seperti ga, cha, dari pengaruh Parsi. Sementara huruf nga pa, dan nya ialah huruf tempatan yang di ubah suai dari huruf arab untuk memenuhi keperluan tempatan. 
8. Seni khat / kaligrafi yang terdapat di masjid dan istana. 
9. Seni suara seperti qasidah, marhaban, berzanji, nasyid dan lain-lain. 
10. Pengaruh bahasa Arab dalam bahasa Melayu. Di katakan lebih 7000 perkataan Arab diguna pakai dalam bahasa Melayu. 
11. Seperti nama-nama hari, kertas, dakwat, murid, madrasah dan sebagainya. 
12. Selain itu penggunaan istilah sultan, khalifah, menggantikan raja. 
13. Hubungan Kerajaan Khalifah Uthmaniah dengan Alam Melayu. 

FAKTOR PEMANGKIN ISLAMISASI DI ALAM MELAYU

KEUNGGULAN ISLAM
Agama yang mudah difahami. 
Menekankan kesamarataan dan keadilan. 
Bersifat rasional dan praktikal dalam pelbagai bidang sama ada politik, ekonomi mahupun sosial
Mengutamakan akhlak dan kehalusan budi. 
Menganjurkan kebersihan serta kesucian jasmani dan rohani. 


PERANAN RAJA-RAJA / PEMERINTAH
1. Konsep pendewaan terhadap pemerintah, daulat dan derhaka tertanam dalam jiwa. Bila pemerintah atau raja masuk Islam → rakyat pun turut masuk Islam
2. Hikayat Merong Mahawangsa -pengIslaman Kedah. 
3. Hikayat Patani – pengislaman Patani. 

PERKAHWINAN
1. Terdapat pedagang yang berkahwin dengan penduduk tempatan kerana pedagang-pedagang merupakan orang kaya dan sering dikagumi penduduk tempatan. 
2. Setelah kahwin, biasanya keluarganya pun akan memeluk Islam. 
3. Terdapat juga pedagang yang berkahwin dengan puteri pemerintah tempatan. Oleh itu Islam lebih mudah tersebar. 
4. Terdapat juga perkahwinan wanita Islam dengan lelaki bukan Islam. 

POLITIK DAN PENAKLUKAN
1. Peperangan bukanlah satu cara untuk menyebarkan Islam sebagaimana pendapat para orientalis:
2. Penaklukan Melaka ke atas Pahang bukanlah bertujuan untuk mengislamkan Pahang tetapi lebih kepada matlamat politik kerana Pahang dikatakan kaya dengan emas. 
3. Pengislaman ke atas negeri yang ditakluk adalah lebih mudah di bawah pemerintahan yang sama. 

PERDAGANGAN
1. Para pedagang berdakwah mengembangkan Islam selain dari berdagang. 
2. Ini dijelaskan oleh Marco Polo tentang pengislaman Perlak 1292M. 
3. Peranan pegawai perdagangan dalam negeri Islam di Alam Melayu seperti Syahbandar Melaka menyebabkan ramai pedagang masuk Islam. 

PENDAKWAHAN
1. Pendakwahan para ulama dan ahli sufi lebih meluas dan berkesan. 
2. Dakwah lebih mudah kerana akhlak baik mereka. 
3. Semasa pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz – hantar pendakwah ke seluruh pelusuk termasuk Alam Melayu. 
4. Abad 10M – semasa kelemahan kerajaan Bani Abasiyyah lemah ada ahli sufi yang berdakwah keluar dari Tanah Arab. Merekalah yang memainkan peranan penting dalam penyebaran dakwah di Alam Melayu abad 13M dan selepasnya. 
5. Lahir ulama di Alam Melayu seperti Hamzah Fansuri, Abdul Rauf al-Singkeli, Wali Songo dll. 

HUBUNGAN DIPLOMATIK
1. Melaka telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan China pada 1404 untuk melindunginya dari ancaman Siam. 
2. Dasar perlindungan China terhadap negeri-negeri di Alam Melayu bertujuan politik dan menyebarkan Islam. 
3. Perlindungan terhadap Melaka memberikan impak yang sama terhadap negeri-negeri di Kepulauan Melayu yang lain seperti Kedah, Johor, Kampar dsb. 

1. SEJARAH PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU
Pencapaian tamadun Melayu menjadi bukti kegemilangan bangsa Melayu pada lembaran sejarah silam. Pencapaian ini boleh dilihat daripada aspek material (benda) , intelektual (ilmu pengetahuan) dan spiritual (agama/ kepercayaan) 

PENDIDIKAN
1. Wujud pendidikan formal dan informal. 
2. Wujud institusi pendidikan: masjid, madarasah, muenasah, pondok, surau, langgar, dayah, pesantren. 
3. Penulisan dan penyalinan naskhah kitab berdasarkan manuskrip Melayu

SOSIAL DAN BUDAYA
1. Budaya menulis: manuskrip Melayu
2. Budaya berpuisi: pantun & gurindam
3. Tradisi lisan: tukang cerita, tok dalang, tok selampit. 
4. Budaya beradat dan pantang larang

EKONOMI
1. Pelabuhan Melaka
2. Pelabuhan Aceh
3. Pelabuhan Betawi
4. Penggunaan mata wang :
5. Mata wang Kesultanan Melayu Melaka
6. Mata wang Kesultanan Aceh

Kemunculan intelek Melayu:
1. Hamzah Fansuri
2. Shamsuddin al-Sumaterani
3. Nuruddin al-Raniri, 
4. Abdul Rauf Singkel
5. Abdul Samad al-Palembani
6. Kecenderungan Sultan-Sultan mempelajari Islam:
7. Sultan Mansur Syah dalam Kesultanan Melaka
8. Sultan Alauddin Riayat Syah dalam Kesultanan Selangor

KESENIAN DAN KEMAHIRAN PEMBUATAN
1. Seni bina: rumah, masjid & wakaf
2. Seni kraftangan: tenun, anyaman, sulaman & tekat
3. Seni tekstil & seni tembikar
4. Peralatan rumah berasaskan kayu dan peralatan menulis
5. Penghayatan nilai-nilai Islam di Malaysia

1. OBJEKTIF DASAR PENERAPAN NILAI ISLAM DI MALAYSIA
Membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bermaruah, beridentiti kukuh dan disegani oleh masyarakat lain
2. Menubuhkan sebuah 'negara bahagia’
3. Menghapuskan sikap yang negatif dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan
4. Menghasilkan perkhidmatan yang bermutu. 


************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com