HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mengikuti tajuk ini, pelajar diharapkan dapat menerangkan konsep
asas dan matlamat tamadun Islam, menganalisis sifat-sifat tamadun Islam serta
menjelaskan faktor kelahiran, perkembangan dan kecemerlangan tamadun Islam.
CIRI-CIRI TAMADUN ISLAM
o Rabbani
o Berlandaskan nilai-nilai keagamaan dan ketuhanan.
o Sumber, matlamat dan tujuan kehidupan manusia adalah telah ditetapkan oleh
Allah SWT .
o Keseimbangan
o Kesimbangan antara kerohanian dan kebendaan serta antara kepentingan
individu dan masyarakat.
o Universal
o Tidak terikat kepada bangsa tertentu, tempat dan tempoh tertentu.
o Milik seluruh manusia yang berpegang kepada din al-Islam.
o Ideal dan Realistik
o Meletakkan manusia di tingkat kesempurnaan yang paling tinggi dan yang
dapat dicapai.
o Syumul
o Ajarannya mencakupi seluruh aspek kehidupan, agama yang diturunkan untuk
seluruh manusia dan merangkumi semua persoalan dunia dan akhirat.
o Tetap dan anjal
o Tetap dan tidak berubah pada sasaran dan matlamat pembinaan tamadun, tetapi
anjal dari sudut cara dan teknik pelaksanaannya.
KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM
o Faktor-faktor Kelahiran Tamadun Islam
o Faktor-faktor Perkembangan Tamadun Islam
o Faktor-faktor Keruntuhan Tamadun Islam
SEJARAH KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM
o Zaman Awal Islam: Zaman Rasulullah SAW
o Zaman Khulafa al-Rasyidin
o Kerajaan Bani Umaiyah
o Tamadun Islam Zaman Bani Umaiyah
o Kerajaan Bani abasiyyah
o Tamadun islam zaman bani abasiyyah
o Kerajaan Turki Uthmaniyah
o Tamadun islam zaman turki uthmaniyyah
PENGALIRAN ILMU ISLAM KE EROPAH
o Umat Islam menguasai Andalus selama hampir 800 tahun (711-1492M). Dalam
tempoh tersebut budaya dan tamadun Islam mendominasi Eropah. Keagungan dan
kegemilangan tamadun Islam menjadi ikutan negara-negara Kristian di rantau itu.
o Hubungan dagang antara negara Islam dan Kristian telah meluaskan lagi
pengaruh ilmu-ilmu Islam seperti teknik-teknik pertanian dan bahan
produk-produk Islam.
o Kegiatan penterjemahan merupakan antara penyumbang besar kepada pengaliran
ilmu-ilmu Islam ke Eropah. Kesannya lahir tokoh-tokoh penterjemahan dan
pusat-pusat kegiatan terjemahan. Antara tokoh terkenal dalam penterjemahan
ialah Gerard dari Cremona, Michael Scotus, Alfonso X, Robert dari Chester,
Stephen dari Sarragosa, Adelard dari Bath.
o Perang Salib (1097-1292M) yang memakan masa hampir 200 tahun juga secara
tidak lansung menyumbang kepada pengaliran ilmu-ilmu Islam ke Eropah. Sekalipun
dari sudut politiknya peperangan ini memberikan kemenangan kepada umat Islam.
Namun dari sudut moral, Eropah banyak belajar dari dunia Islam terutama dalam
bidang-bidang keilmuannya.
o Melalui hubungan diplomatik ramai pemimpin Eropah berkunjung ke Andalus.
Mereka sering bertukar-tukar duta antara negara tersebut. Contohnya Raja Jerman
pernah menghantar delegasi khas di peringkat menteri di ketuai oleh William The
True ke Cordova bagi tujuan meninjau peluang-peluang pembelajaran yang terdapat
di Andalus.
o Pulau Sicily (Saqliyah) dibuka oleh orang-orang Islam pada tahun 212M dari
kekuasaan Rom. Pemerintahan umat Islam berkuasa selama 220 tahun di Pulau
Sicily . Sebagai contoh di kota Parlemo terdapat sekolah perubatan pertama di
Eropah dan dari sinilah ilmu perubatan berkembang ke Itali dan seterusnya ke
seluruh Eropah.
FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN KEGIATAN INTELEKTUAL
o Keadaan yang aman di wilayah Islam
o Keadaan aman di wilayah kekuasaan Islam secara relatifnya membolehkan
pemerintah dan umat Islam seluruhnya memberi perhatian kegiatan keilmuan dan
kebudayaan.
o Cabaran intelektual dari mereka yang baru memeluk Islam
o Cabaran ilmiah berbentuk falsafah yang lahir daripada para pemeluk Islam
yang baharu memaksa para ilmuan Islam mendalami ilmu-ilmu tersebut yang secara
tidak langsung , perkembangan ilmu falsafah ini mempunyai perkaitan rapat
dengan perkembangan ilmu sains tabii dan perubatan.
o Pertembungan dengan budaya luar:
o Budaya luar yang wujud dalam linkungan umat Islam merupakan satu cabaran
bagi ilmuan atau para ulama dalam mencari jalan bagi menyelesaikan pelbagai
persoalan.
o Peranan Para Sarjana:
o Minat yang menggalakan dari para sarjana di Andalus telah menyemarakkan
lagi kegiatan keilmuan. Hunain b. Ishak, beliau telah menterjemahkan karya
Yunani ke bahasa Suryani dan bahasa Arab. Beliau juga telah menterjemahkan 95
buah karya Gelen ke dalam bahasa Suryani dan 35 buah karya ke bahasa Arab.
PERANAN MASYARAKAT UMUM:
o Minat yang ditunjukkan oleh masyarakat umum juga telah menyemarakkan lagi
kegiatan ilmu di Andalus. Bukti yang jelas ialah masyarakat umum telah
menjadikan rumah-rumah mereka sebagai tempat belajar bagi kanak-kanak.
o Peranan yang dimainkan oleh pemerintah
o Zaman kegemilangan ilmu Islam terutama ketika pemerintahan kerajaan
Abbasiyah yang mengambil berat tentang perkembangan ilmu, antaranya pembangunan
masjid yang disertai dengan sekolah dan perpustakaan.
KESIMPULAN
o Tamadun Islam berkembang berasaskan keilmuan.
o Kemajuan yang dicapai tamadun Islam membuktikan bahawa aspek politik,
ekonomi dan sosial boleh dibangunkan serentak dengan perkembangan ilmu
pengetahuan .
o Tamadun Islam berada di kemuncak kecemerlangan dari abad ke 8 hingga abad
ke 13M hasil penguasaan ilmu yang tinggi dan mendalam.
o Kegemilangan tamadun Islam di Andalus boleh dijadikan pendorong kepada
proses pembinan tamadun umat Islam kini.
TAMADUN ISLAM
HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mengikuti tajuk ini, pelajar diharapkan dapat menerangkan konsep
asas dan matlamat tamadun Islam, menganalisis sifat-sifat tamadun Islam serta
menjelaskan faktor kelahiran, perkembangan dan kecemerlangan tamadun
Islam.
CIRI-CIRI TAMADUN ISLAM
o Rabbani
o Berlandaskan nilai-nilai keagamaan dan ketuhanan.
o Sumber, matlamat dan tujuan kehidupan manusia adalah telah ditetapkan oleh
Allah SWT.
o Keseimbangan
o Kesimbangan antara kerohanian dan kebendaan serta antara kepentingan
individu dan masyarakat.
o Universal
o Tidak terikat kepada bangsa tertentu, tempat dan tempoh tertentu.
o Milik seluruh manusia yang berpegang kepada din al-Islam.
o Ideal dan Realistik
o Meletakkan manusia di tingkat kesempurnaan yang paling tinggi dan yang dapat
dicapai.
o Syumul
o Ajarannya mencakupi seluruh aspek kehidupan, agama yang diturunkan untuk
seluruh manusia dan merangkumi semua persoalan dunia dan akhirat.
o Tetap dan anjal
o Tetap dan tidak berubah pada sasaran dan matlamat pembinaan tamadun, tetapi
anjal dari sudut cara dan teknik pelaksanaannya.
KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM
o Faktor-faktor Kelahiran Tamadun Islam
o Faktor-faktor Perkembangan Tamadun Islam
o Faktor-faktor Keruntuhan Tamadun Islam
SEJARAH KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM
o Zaman Awal Islam: Zaman Rasulullah SAW
o Zaman Khulafa al-Rasyidin
o Kerajaan Bani Umaiyah
o Tamadun Islam Zaman Bani Umaiyah
o Kerajaan Bani abasiyyah
o Tamadun islam zaman bani abasiyyah
o Kerajaan Turki Uthmaniyah
o Tamadun islam zaman turki uthmaniyyah
PENGALIRAN ILMU ISLAM KE EROPAH
o Umat Islam menguasai Andalus selama hampir 800 tahun (711-1492M) . Dalam
tempoh tersebut budaya dan tamadun Islam mendominasi Eropah. Keagungan dan
kegemilangan tamadun Islam menjadi ikutan negara-negara Kristian di rantau
itu.
o Hubungan dagang antara negara Islam dan Kristian telah meluaskan lagi
pengaruh ilmu-ilmu Islam seperti teknik-teknik pertanian dan bahan
produk-produk Islam.
o Kegiatan penterjemahan merupakan antara penyumbang besar kepada pengaliran
ilmu-ilmu Islam ke Eropah. Kesannya lahir tokoh-tokoh penterjemahan dan
pusat-pusat kegiatan terjemahan. Antara tokoh terkenal dalam penterjemahan
ialah Gerard dari Cremona, Michael Scotus, Alfonso X, Robert dari Chester,
Stephen dari Sarragosa, Adelard dari Bath.
o Perang Salib (1097-1292M) yang memakan masa hampir 200 tahun juga secara
tidak lansung menyumbang kepada pengaliran ilmu-ilmu Islam ke Eropah. Sekalipun
dari sudut politiknya peperangan ini memberikan kemenangan kepada umat Islam.
Namun dari sudut moral, Eropah banyak belajar dari dunia Islam terutama dalam
bidang-bidang keilmuannya.
o Melalui hubungan diplomatik ramai pemimpin Eropah berkunjung ke Andalus.
Mereka sering bertukar-tukar duta antara negara tersebut. Contohnya Raja Jerman
pernah menghantar delegasi khas di peringkat menteri di ketuai oleh William The
True ke Cordova bagi tujuan meninjau peluang-peluang pembelajaran yang terdapat
di Andalus.
o Pulau Sicily (Saqliyah) dibuka oleh orang-orang Islam pada tahun 212M dari
kekuasaan Rom. Pemerintahan umat Islam berkuasa selama 220 tahun di Pulau
Sicily. Sebagai contoh di kota Parlemo terdapat sekolah perubatan pertama di
Eropah dan dari sinilah ilmu perubatan berkembang ke Itali dan seterusnya ke
seluruh Eropah.
FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN KEGIATAN INTELEKTUAL
o Keadaan yang aman di wilayah Islam
o Keadaan aman di wilayah kekuasaan Islam secara relatifnya membolehkan
pemerintah dan umat Islam seluruhnya memberi perhatian kegiatan keilmuan dan
kebudayaan.
o Cabaran intelektual dari mereka yang baru memeluk Islam
o Cabaran ilmiah berbentuk falsafah yang lahir daripada para pemeluk Islam
yang baharu memaksa para ilmuan Islam mendalami ilmu-ilmu tersebut yang secara
tidak langsung, perkembangan ilmu falsafah ini mempunyai perkaitan rapat dengan
perkembangan ilmu sains tabii dan perubatan.
o Pertembungan dengan budaya luar:
o Budaya luar yang wujud dalam linkungan umat Islam merupakan satu cabaran
bagi ilmuan atau para ulama dalam mencari jalan bagi menyelesaikan pelbagai
persoalan.
o Peranan Para Sarjana:
o Minat yang menggalakan dari para sarjana di Andalus telah menyemarakkan
lagi kegiatan keilmuan. Hunain b. Ishak, beliau telah menterjemahkan karya
Yunani ke bahasa Suryani dan bahasa Arab. Beliau juga telah menterjemahkan 95
buah karya Gelen ke dalam bahasa Suryani dan 35 buah karya ke bahasa Arab.
PERANAN MASYARAKAT UMUM:
o Minat yang ditunjukkan oleh masyarakat umum juga telah menyemarakkan lagi
kegiatan ilmu di Andalus. Bukti yang jelas ialah masyarakat umum telah
menjadikan rumah-rumah mereka sebagai tempat belajar bagi kanak-kanak.
o Peranan yang dimainkan oleh pemerintah
o Zaman kegemilangan ilmu Islam terutama ketika pemerintahan kerajaan
Abbasiyah yang mengambil berat tentang perkembangan ilmu, antaranya pembangunan
masjid yang disertai dengan sekolah dan perpustakaan.
KESIMPULAN
o Tamadun Islam berkembang berasaskan keilmuan.
o Kemajuan yang dicapai tamadun Islam membuktikan bahawa aspek politik,
ekonomi dan sosial boleh dibangunkan serentak dengan perkembangan ilmu
pengetahuan.
o Tamadun Islam berada di kemuncak kecemerlangan dari abad ke 8 hingga abad
ke 13M hasil penguasaan ilmu yang tinggi dan mendalam.
o Kegemilangan tamadun Islam di Andalus boleh dijadikan pendorong kepada
proses pembinan tamadun umat Islam kini.
************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com