TEKNIK MENULIS ESEI TAMADUN ISLAM (IJAZAH)

Penulisan esei = 15 markah
1. Panjang esei 2000 hingga 3000 perkataan.
2. Ada muka hadapan, abstrak, isi kandungan, pendahuluan, huraian, penutup dan rujukan.
3. Tajuk seperti yang telah ditetapkan

=================================
Muka hadapan
=================================

TAJUK
DISEDIAKAN OLEH
DISEDIAKAN UNTUK
PROGRAM
TARIKH SERAH
TARIKH BENTANG

contoh:

TAJUK:
Amalan Di Bulan Ramadhan Dan Syawal


DISEDIAKAN UNTUK:
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam


DISEDIAKAN OLEH:
Muhammad bin Abdullah
(Nombor Pelajar)

PROGRAM:
Sarjana Muda Sains (Kepujian)
Fakulti Pengurusan Tasik Dan Sungai



TARIKH HANTAR:
6 February 2009


=================================
ISI KANDUNGAN
=================================


TAJUK
ISI KANDUNGAN
ABSTRAK
PENDAHULUAN
KONSEP
HURAIAN
PENUTUP
RUJUKAN

Contoh:

TAJUK:
Amalan Di Bulan Ramadhan Dan Syawal

1. Isi kandungan
2. Abstrak
2. Pendahuluan
3. Pengertian Ramadhan Dan Syawal
4. Keistimewaan bulan Ramadhan
5. Menghayati Bulan Ramadhan
6. Peringkat-peringkat Puasa
7. Amalan Utama Di Bulan Syawal
7.1 Zakat Fitrah
7.2 Solat Sunat ‘Idul Fitri
7.3 Takbir dan Tahmid
7.4 Puasa Enam
8. Penutup
9. Bibliografi

=================================
ABSTRAK
=================================


TAJUK
PENGERTIAN
RINGKASAN KONSEP
PENEMUAN
KESIMPULAN

Sesebuah abstrak mengandungi tiga perkara iaitu pengenalan, huraian dan penemuan. Kebiasaannya abstrak ditulis hanya satu muka surat sahaja iaitu diringkaskan kepada 10 baris berkenaan dengan pendahuluan, takrif dan konsep. Kemudian diringkaskan isi kandungan sesebuah karangan kepada 20 baris. Akhir sekali diringkaskan pula kesimpulan atau dapatan kajian kepada 10 baris, jumlahnya lebih kurang 30 baris. Semuanya ditulis dalam bentuk huruf condong dan dalam satu perenggan sahaja.

Contoh:


TAJUK
Amalan Di Bulan Ramadhan Dan Syawal

ABSTRAK

Bulan Ramadhan dan Syawal ialah bulan yang mulia. Umat Islam menyambut bulan Ramadhan dan Syawal dengan beberapa keadaan. Ramadhan dan Syawal merupakan bulan ujian untuk umat Islam. Bulan Ramadhan berbeza dengan bulan-bulan yang lain dan lebih baik dari seribu bulan kerana di dalamnya terkumpul banyak ibadah yang tidak dilakukan pada bulan lain contohnya Solat Tarawih, Solat Lailatulqadar dan membayar zakat fitrah tidak dilakukan pada bulan lain. Bulan Syawal merupakan bulan kemenangan bagi mukmin yang berjaya menghidupkan Ramadhan sebagaimana yang dikehendaki Allah. Syawal juga merupakan roh bulan berkat yang dituntut melakukan amalan sunat dan istimewa yang tidak terdapat pada bulan lain. Setiap amalan yang dilakukan membawa kebaikan dan menambahkan keimanan kepada Allah. Orang mukmin menyambut Syawal dengan rasa kesyukuran dan terus melakukan amal ibadah demi mendapatkan keredhaan Allah.


=================================
PENDAHULUAN
=================================


PUJIAN KEPADA ALLAH
TUJUAN ESEI INI DITULIS
BIDANG YANG AKAN DITULIS
SKOP TULISAN
HARAPAN
KESIMPULAN

Contoh:

PENDAHULUAN

Orang yang bijak akan mengambil peluang bersungguh-sungguh berpuasa dan melakukan amal ibadah di bulan Ramadhan. Memahami ilmu tentang amalan utama di bulan Ramadhan dan menyempurnakannya dengan baik, seterusnya memperbanyakkan amal sunat di bulan yang mulia ini. Rusulullah pernah bersabda yang bermaksud : “Bulan Ramadhan itu awalnya adalah rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya Pembebasan dari berbagai Neraka.”

Bulan Ramadhan berbeza dengan bulan-bulan yang lain dan lebih baik dari seribu bulan kerana di dalamnya terkumpul banyak ibadah yang tidak dilakukan pada bulan lain contohnya Solat Tarawih, Solat Lailatulqadar dan membayar zakat fitrah tidak dilakukan pada bulan lain. Bertadarus, beriktitaf dan bersedekah menjadi amalan utama dan menjadikan bulan Ramadhan lebih istimewa daripada bulan-bulan yang lain.

Setelah berpuasa di bulan Ramadhan, kita akan menyambut hari raya Aidilfitri di bulan Syawal. Hari raya Aidilfitri ini merupakan hari kesyukuran yang diiringi dengan sambutan yang sederhana dan menepati syariat. Bulan Syawal juga istimewa kerana dikenali sebagai bulan raya, bulan kemenangan, keampunan dan kesyukuran. Orang-orang yang beriman menyambut Syawal dengan rasa takut dan harap,syukur dan cemas. Syukur kerana telah sempurna berpuasa sebulan Ramadhan, takut dan cemas amalan puasa dan lain-lain ibadah sepanjang Ramadhan tidak diterima namun berharap mendapat rahmat dan ampunan dari Allah.

=================================
KONSEP
=================================



PENGERTIAN BAHASA
PENGERTIAN ISTILAH
DALIL DARIPADA AL QURAN
DALIL DARIPADA AL HADITH
PENDAPAT SARJANA
RUMUSAN

Contoh:

KONSEP RAMADHAN DAN SYAWAL

Ramadhan dan Syawal ialah salah satu daripada bulan Islam. Ramadhan dan Syawal dimuliakan kerana keutamaan beramal di bulan tersebut. Pada bulan tersebut diwajibkan amalan berpuasa sebulan Ramadhan dan mengeluarkan zakat di akhir Ramadhan dan menjelang Syawal. Kedua bulan tersebut adalah bulan yang istimewa dan mulia di sisi Allah dan para hamba-Nya. Sebagai umat Islam, kita perlu memuliakan dan menghayati Ramadhan dan Syawal untuk mendapat keberkatannya.

Ramadhan bererti bulan imtihan, bulan ujian. Bulan Ramadhan juga dikenali sebagai bulan puasa kerana pada bulan ini diwajibkan berpuasa selama sebulan. Allah memilih bulan Ramadhan untuk melimpahkan nikmat besar-Nya kepada para hamba-Nya dengan menurunkan Al-Quran.

Syawal bererti bulan meraikan umat Islam yang telah Berjaya menunaikan ibadahp puasa selama sebulan. Bulan Syawal merupakan bulan kemenangan, kesyukuran dan kegembiraan.


=================================
HURAIAN
=================================


HURAIAN
PERBINCANGAN
DALIL
PANDANGAN ULAMAK

Contoh:

MENGHAYATI BULAN RAMADHAN

Apabila bulan Ramadhan menjelang tiba, mukmin sejati akan bersiap-sedia menanti kedatangannya. Mereka menyambut dengan penuh keikhlasan. Setiap amalan yang dilakukan di bulan Ramadhan akan berlipat ganda ganjarannya. Berpuasa di bulan Ramadhan merupakan gerbang pertapaan dan melatih diri menjinakkan nafsu yang liar disamping mendidik jiwa.

Diantara persiapan yang biasa dilakukan oleh umat Islam untuk menyambut Ramadhan ialah :
Mengulangkaji kembali pelajaran berkenaan dengan puasa agar kita menjalani ibadah puasa dengan pengetahuan yang mantap. Pelajaran itu haruslah merangkumi rukun puasa, syarat puasa dan adab puasa.
Memperlihatkan kepada sesama kita kesenangan dan kegembiraan dalam menjalani ibadah puasa.
Menguatkan semangat dan himmah untuk menjalani ibadah puasa.
Menyediakan diri untuk menjaga dan memelihara amalan yang akan dilakukan di bulan puasa. Persediaan yang boleh dibuat ialah menyediakan jiwa dan kemahuan yang sungguh-sungguh
Melenyapkan adat-adat tradisi yang memberat dan membebankan. Contohnya belanja berlebihan untuk menyambut bulan Ramadhan.
Mengucapkan tahniah atas kedatanga Ramadhan dengan mengadakan kenduri kesyukuran atau dengan mengadakan sedikit jamuan.

=================================
PENUTUP
=================================


RINGKASAN
KESIMPULAN


Contoh:

PENUTUP

Ini dapati dibuat kesimpulan bahawa bulan Ramadhan dan Syawal membawa rahmat dan kebaikan buat manusia yang mahu bersyukur. Kemenangan mukmin ialah berjaya menghayati puasa sebulan Ramadhan.

Tanda-tanda orang yang dapat menghayati bulan Ranadhan dan Syawal ialah Akhlak yang baik kepada Allah. Berakhlak kepada Allah adalah dengan melakukan ketaatan, beribadah dengan rela hati. Antara perlakuan yang berakhlak baik ialah sembahyang, puasa, meninggalkan dosa dan seumpamanya.

Akhlak sesama manusia juga bertambah baik. Berakhlak sesama manusia adalah hubungan yang baik di antara umat-umat Islam dimana kita perlulah menolong mereka yang kesusahan, bersikap tolak ansur, bertanggungjawab dan berkasih-sayang.

Membuang sifat-sifat mazmumah. Memupuk manusia dari menghindari perbuatan keji iaitu tamak, cinta dunia, pemarah, penakut, pentingkan diri sendiri dan sebagainya. Tabah menghadapi ujian Allah: Mereka dapat menghadapi apa-apa saja ujian dari Allah dan menghadapinya tanpa rasa takut malah memohon kepada Allah agar dipermudahkan jalan hidupnya.




=================================
RUJUKAN
=================================



PENGARANG
TAHUN TERBIT
TAJUK
JILID
TERJEMAHAN
TEMPAT TERBIT
PENERBIT


Contoh:

Bibliography
Ahmad, M. S. (1999). Pengantar Syariat Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Haji Abdul Majid.

Maududi, S. A. (1976). Asas-Asas Islam. (H. O. Rahmat, Trans.) Shah Alam: Dewan Pustaka fajar.

Mujieb, M. A. (1997). Kamus Istilah Fiqah. Selangor: Advance Publication.

Noresah Baharom, d. (1994). Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Quran, A. (1996). Tafsir Pimpinan al Rahman Kepada Pengertian al Quran 30 Juzuk. (S. A. Basmih, Trans.) Kuala Lumpur: Jabatan Hal Ehwal Islam.

Razak, D. N. (1982). Dienul Islam. Bandung: PT Alma'arif.

Sosrodirdjo, H. R. (1998). Ensiklopedia Istilah Agama Islam. Kuala Lumpur: Golden Books Centre Sdn. Bhd.



************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com