TA'ARUF


1. Kursus Tamadun Islam ini mengandungi pengetahuan berkenaan sejarah dan kejayaan umat Islam dahulu dalam aspek kebendaan dan kerohanian.

2. Mempelajari mata pelajaran ini wajib kepada semua umat Islam kerana melaluinya umat Islam dapat membezakan antara kejayaan dan kegagalan dalam hidup.

3. Umat Islam kini telah terpesona dengan cara hidup bukan Islam dari sudut pakaian, tempat tinggal, kenderaan, makanan, minuman, pergaulan dan sebagainya.

4. Untuk kembali kepada gaya hidup Islam maka mereka perlu didedahkan cara hidup yang sebenarnya sebagai seorang Muslim.

5. Kursus ini mendedahkan kepada pelajar bagaimana cara hidup yang sebenarnya yang telah dipraktikan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat yang bersumberkan kepada al Quran dan al Sunnah.

6. Umat Islam yang telah tersesat jalan wajib kembali kepada cara hidup yang sebenar kerana apa yang dilakukan semuanya akan dihitung di hari akhirat kelak.

7. Apa yang diharapkan melalui kursus ini dapat menyedarkan pelajar dan semua umat Islam supaya berfikir semula dan kembali kepada jalan yang benar yang diredhai oleh Allah SWT.



************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com