Peraturan Menulis Sebuah Esei

1.    KULIT HADAPAN

a.    Tajuk esei
b.    Disediakan untuk (Nama Pensyarah)
c.    Disediakan oleh (Nama Pelajar)
d.    No. Pelajar
e.    Fakulti
f.    Tarikh penyerahan esei

2.    ISI KANDUNGAN

a.    Pendahuluan
b.    Takrif
c.    Konsep
d.    Huraian
e.    Kesimpulan
f.    Rujukan

3.    ABSTRAK

a.    Ringkasan keseluruhan esei
b.    Pendahuluan + Hurian esei + Kesimpulan
c.    Abstrak ditulis dalam satu muka surat sahaja

4.    PENDAHULUAN

a.    Mengandungi ringkasan keseluruhan yang akan ditulis
b.    Biasanya sebelum tulis sebuah esei mesti buat rangka terlebih dahulu
c.    Rangka esei digabungkan menjadi satu perenggan

5.    TAJUK DAN HURAIAN

a.    Huraian esei sekurang-kurangnya 2,000 perkataan atau 10 halaman
b.    Font Time New Roman
c.    12 Point
d.    Jarak 2 (duble spacing)

6.    KESIMPULAN

a.    Rumusan keseluruhan esei
b.    Biasanya bahagian kesimpulan ini mengandungi hasil penemuan

7.    RUJUKAN

a.    Sekurang-kurangnya lima buah buku rujukan
b.    Pastikan cara menulis rujukan dengan lengkap
c.    Cara menulis rujukan: Nama, tahun terbut, tajuk, penerbit, tempat terbit
d.    Copy paste adalah tidak dibenarkan
e.    Mereka yang copy paste tidak ada markah

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>CONTOH<<<<<<<<<<<<<<<<<<<


===============MUKA HADAPAN==========

TAJUK:
AMALAN WANITA KE PINTU SYURGA

DISEDIAKAN UNTUK:
USTAZ ABU HASAN BIN IBN OSMAN
PENSYARAH PENDIDIKAN ISLAM

DISEDIAKAN OLEH:
NURUL NAJIHAH BT ZAINOL
2011513859

PROGRAM:
DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN

TARIKH HANTAR:
11 SEPTEMBER 2012

===========ISI KANDUNGAN=============

Abstrak    1-2
Penghargaan    3
Pendahuluan    4-5
Rahsia Amalan Wanita Solehah
1.1 Menutup aurat    6-7
1.2 Mendirikan solat dan menjaga solatnya    8
1.3 Dilarang memakai wangi-wangian    9-10
1.4 Menjaga pergaulan lelaki dan perempuan    11
1.5 Taat kepada suami    12-13
1.6 Berbuat baik kepada orang tua    14-16
1.7 Berzikir kepada Allah    17
1.8 Memberi dan menjawab salam    18
Penutup    19
Rujukan    20

=============ABSTRAK=================

ABSTRAK

Nabi Muhammad S.A.W memberi beberapa sebab yang dapat memasukkan seseorang wanita itu ke syurga iaitu: Solat fardhu lima waktu, Puasa di bulan Ramadhan, Menjaga kemaluan, Taat kepada suami. Sesungguhnya Allah telah mewajibkan kepadamu agar solat lima waktu sehari semalam. Solat merupakan tiang agama bagi umat Islam. Barang sesiapa yang melakukan solat lima waktu tersebut maka dia telah menegakkan agamanya dan sesiapa yang meninggalkannya maka beerti dia telah merobohkan agamanya sendiri. Allah juga telah memperingatkan kita agar tidak menyibukkan diri dengan hanya mencari harta dunia sahaja sehingga kita lupa untuk menunaikan solat. Selain itu, Allah juga telah mewajibkan kita agar berpuasa di bulan ramadhan secara sempurna. Puasa ini merupakan salah satu rukun Islam yang amat dituntut. Puasa harus dilakukan dari terbit fajar hingga terbernam matahari. Kita juga harus berjaga-jaga daripada melakukan perkara-perkara yang makruh dan haram ketika berpuasa. Sebab ketiga yang memasukkan seseorang wanita itu ke syurga ialah sentiasa memelihara kehormatan. Kemudian sentiasa mentaati suamimu dan sentiasa menjaga akhlak seorang wanita kerana itu merupakan tunjang untuk menjamin rumah tangga yang bahagia.

==========PENGHARGAAN================

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t. Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurninya dapat saya menyiapkan tugasan yang di beri ini dengan lancar. Ribuan terima kasih juga di ucapkan kepada pensyarah CTU 151 saya, Ustaz Abd Aziz b Harjin kerana memberi peluang dan kesempatan kepada saya untuk membuat analisis tentang topik yang telah dipilih iaitu ‘ amalan wanita ke pintu syurga’.

Tidak lupa juga kepada ibubapa saya Zainol b Abdullah serta ibu saya Fatimah bt Dahaman yang tidak henti-henti memberi sokongan dan dorongan agar saya dapat menyiapkan tugasan yang diberi dengan baik. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang sedikit sebanyak membantu dalam memberi pendapat dan maklumat yang berguna yang dapat di manfaatkan di dalam tugasan CTU ini.

Dengan menjalankan tugasan ini dapat memberi saya lebih pengetahuan yang lebih mendalam tentang topik yang saya kaji ini. Akhir kata, saya berharap tugasan ini dapat memberi iktibar kepada saya dan rakan-rakan.

=============PENDAHULUAN===============

PENDAHULUAN

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang wanita itu solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadan, menjaga kemaluan(tidak berzina), serta taat kepada suaminya, maka di katakan kepadanya: masuklah ke dalam syurga dari pintu mana yang kamu suka!”
(Hadis riwayat Ahmad dan Tabram). Alangkah mudahnya bagi seorang wanita untuk masuk syurga, hanya dengan mengamalkan empat perkara tersebut, tetapi malangnya di dalam syurga itu kebanyakan penghuninya bukanlah wanita. Ini terbukti dengan hadis Rasulullah s.a.w ketika malam Isra’ Mi’raj, dimana Rasulullah s.a.w diberi penghormatan untuk melihat syurga dan neraka. Dan kebanyakan wanita berada di dalam neraka.

Mengapakah begini jadinya? Apakah wanita tidak mampu mengamalkan empat perkara yamg mudahkannya untuk ke syurga? Apakah kebanyakan wanita sangat gemar melakukan dosa-dosa yang akan menyebabkan dirinya dihumban ke neraka? Apakah kebanyakan wanita tidak Nampak jalan-jalan yang mudah untuk ke syurga itu?

Abu Hurairah r.a berkata: Ya Rasulullah dari apakah dibuat syurga itu? Jawabnya: Dari Air. Kami bertanya: Ceritakan tentang bangunan syurga! Jawabnya yang bermaksud: Satu bata dari emas dan satu bata dari perak dan lantainya kasturi yang semerbak harum, tanahnya dari za’faran, kerikilnya mutiara dan yakut.

Kemudian Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: Tiga jenis doa yang tidak akan ditolak: imam (pemimpin hakim) yang adil, doa orang berpuasa ketika berbuka dan doa orang yang teraniaya, maka doannya terangkat di atas awan, dilihat oleh tuhan lalu berfirman. Demi kemuliaan dan kesabaranku, Aku akan bela padamu hanya menanti masanya.

=============HURAIAN ESEI==============

MENUTUP AURAT
Sesungguhnya Islam mewajibkan agar kita berhijab. Kewajipan ini tidak lain hanyalah untuk memelihara diri kita dari sifat yang kenal akan rasa malu, dan jauh daripada penzinaan dan di keji oleh Allah S.A.W.

Sebagai wanita muslimah yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, kita tidak boleh melanggar perintah Allah dan membuka aurat (tidak memakai hijab) di khalayak ramai atau di hadapan kaum lelaki yang bukan mahram.

Di antara hukum-hukum Nabawi yang mengkhususkan tentang hijab adalah diterima solat seseorang itu bergantung kepada cara seseorang muslimah tersebut memakai tudung iaitu adakah si pemakai menutup aurat ataupun tidak. Menutup kepala juga haruslah menutupi kedua telinga, kerana ia merupakan sebahagian daripada kepala.

Jika kamu tahu bahawa kedua telinga adalah sebahagian dari kepala, maka kamu harus menutup kedua telinga tatkala menutup kepala. Tetapi menutup wajah dan kedua tapak tangan adalah tidak wajib. Ini menurut kata-kata sepakat para ulama-ulama.

Perkara yang harus kita pelihara juga adalah leher, dada, atau lengan tidak boleh di nampakkan ketika solat kerana semua itu adalah termasuk aurat yang wajib di jaga bagi seorang wanita yang solehah.

MENDIRIKAN SOLAT DAN MENJAGA SOLATNYA

Seseorang wanita yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan keatasnya untuk solat fardhu lima waktu sehari semalam. Solat fardhu harus dilakukan dengan rajin dan lakukan solat sunat bagi menampung kekurangan yang terdapat pada solat wajib itu.
Seseorang yang wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan ini. Selain khusyuk menunaikan solat juga kita dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan serta menjaga waktunya.
Ini bermaksud solat itu mesti dilaksanakan diawal waktu dan tidak dilengah-lengahkan atau melambat-lambat untuk menunaikan solat tersebut.

DILARANG MEMAKAI WANGI-WANGIAN

Daripada Abu Hurairah radiyallahu’anhu, dia berkata: ‘Rasulullah SAW berkata: ‘Siapapun wanita yang memakai (bau harum), maka mereka janganlah menunaikan solat Isyak yang akhir bersama kami’.”

Daripada Zainab Ath-Thaqfiyyah, sesungguhnya dia pernah membicarakan tentang Rasulullah s.a.w, bahawa beliau berkata: ‘Apabila salah seorang di antara kamu turut menunaikan solat Isyak, maka janganlah memakai wangi-wangian pada malam itu’
“Dan di dalam suatu riwayat disebutkan:’Apabila salah seorang di antara kamu memasuki masjid, maka janganlah memakai minyak wangi’.”

Seorang wanita yang berfikir untuk mendapat keredhaan Allah akan berusaha untuk menambahkan ilmu agamanya, dengan cara mendalami kandungan Kitab Allah dan sunnah Nabi-Nya. Ini adalah salah satu kewajipan untuk setiap muslim agar mereka lebih mengenali pencipta mereka.

Para ulama mengambil kesimpulan dari hadith-hadith ini dan juga hadith lain yang serupa, bahawa disyaratkan bagi wanita yang pergi ke masjid, agar mereka tidak memakai minyak wangi, tidak berhias ,tidak memakai kasut yang boleh menimbulkan bunyi dan mengenakan pakaian yang sopan.

Para ulama berkata: “Siapapun wanita yang memakai (bau harum)”, seseorang wanita yang pergi solat berjemah, mereka disarankan agar tidak memakai minyak wangi atau benda-benda lain yang boleh menyebarkan bau yang harum. Bahkan beliau menegah

wanita yang pergi solat berjemaah dengan memakai wangi-wangian ,maka solatnya tidak akan diterima sehinggalah beliau menbersihkan diri dahulu. Diriwayatkan dari bekas hamba sahaya Abu Rahman, yang bernama Ubaid,

Abu Hurairah pernah berselisih dengan seorang wanita yang memakai minyak wangi yang sedang menuju ke masjid. Lalu dia berkata: “Wahai hamba Allah, hendak ke manakah engkau?”
Wanita itu menjawab, “ke masjid” “Apakah untuk keperluan kamu memakai minyak wangi?”Tanya Abu Hurairah. “Benar,” jawab wanita itu.

Abu Hurairah berkata; “Sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w berkata:
“Siapapun wanita yang memakai minyak wangi, kemudian dia keluar ke masjid, maka solatnya tidak akan diterima sehingga dia mandi’.”

MENJAGA PERGAULAN LELAKI DAN PEREMPUAN

Tajuk ini menerangkan bahawa tidak boleh seseorang lelaki menetap di rumah seorang wanita kecuali wanita tersebut adalah mahramnya. Nabi s.a.w telah memastikan bahaya nya bagi lelaki yang bercampur dengan wanita dan baginda berkata: “Janganlah kamu sekalian memasuki tempat para wanita”

Dalam peringatan Nabi ini terkandung pengharaman berkhalwat dengan wanita bukan mahram dan terkandung peringatan agar tidak bercampur dengan seseorang yang bukan mahramnya. Mahram yang dimaksudkan ini adalah setiap lelaki yang diharamkan untuk menikahi seseorang wanita.

Masalah pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan yang dapat dilihat merata tempat kini dianggap sebagai akhlak yang buruk dan tidak sama sekali termasuk akhlak wanita-wanita muslimah.

Wahai saudari-saudari, akibat paling besar yang akan kamu kesali kerana pergaulan bebas adalah hilang rasa malu, kesucian dan kehormatan diri.
Dalam keterangan di atas, dapat diketahui seberapa bahayanya pergaulan bebas dengan bukan mahram, baik tatkala mencari ilmu ataupun semasa waktu kerja mahupun di rumah.

TAAT KEPADA SUAMI

Taat kepada suami merupakan satu lagi sifat wanita yang solehah. Taat kepada suami adalah tanggungjawab isteri yang wajib di sempurnakan. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Bazzar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: "Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka." (Hadis riwayat Al Imam Bazzar).

Isteri adalah sumber kebahagiaan dan ketenteraman di dalam sebuah rumahtangga. Ia perlu mempunyai sifat-sifat sabar dan perhatian yang sepenuhnya kepada suami dan juga anak-anak.

Sikap inilah yang boleh mewujudkan suasana yang tenang, aman dan damai dalam sesebuah rumahtangga yang harmoni. Dalam hal ini, para isteri mithali akan sentiasa bersikap baik kepada suami.

Saidina Abu Bakar Radhiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda: "Seorang wanita yang menyakiti hati suami dengan lidahnya, dia mendatangkan celaan dan kemurkaan Allah, para malaikat dan umat manusia."

Selain itu, Saidina Ali Radhiallahu Anhu meriwayatkan sebuah hadis mengenai setiap isteri yang tidak menghormati status suaminya. "Wanita yang berkata kepada suaminya yang tidak melihat apa-apa kebaikan pada suaminya, Allah menghapuskan segala perbuatan baiknya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa selama itu siang hari dan bersembahyang pada malamnya." (Hadis Riwayat Imam Majah dan An-Nasai)

BERBUAT BAIK KEPADA ORANG TUA

“Seorang ibu mampu membesarkan anak yang ramai, namun anak yang ramai belum tentu mampu membela ibunya”

Demikian ungkapan yang menggambarkan realiti keadaan yang merentas masa. Kisah Si Tanggang, walaupun masih ada ruang untuk dikritik beberapa kepercayaan karut yang ada di dalam cerita tersebut, namaun realiti hari ini mengiyakan wujudnya anak-anak yang menjadi anak yang derhaka kepada kedua ibubapa mereka, jauh sekali untuk berbuat baik kepada kedua ibubapa.

Terdapat banyak hadith yang menunujukkan perkara ini. Imam Muslim di dalam kitab Sahihnya meriwayatkan sebuah hadith yang bermaksud: “Kehinaan bagi sesiapa yang memiliki kedua ibubapanya yang sudah tua salah seorang atau kedua-duanya, tidak dapat memasuki syurga.”

Al-Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadith ini berkata: “Hadith ini berupa galakan untuk berbuat baik kepada ibubapa dan besar pahalanya, maknanya berbuat baik kepada mereka berdua ketika mereka sudah tua dan lemah dengan memberi khidmat atau nafkah atau selainnya menjadi sebab dapatnya memasuki syurga, dan sesiapa yang mengurangi perkara (berbuat baik kepada ibubapa) maka dia terlepas dari memasuki syurga maka Allah menghina keatas dirinya.

Demikian betapa besarnya hikmah berbuat baik kepada ibubapa sehingga ia menjadi salah satu sebab beroleh syurga dan neraka bagi seseorang itu.

Di dalam al-Adab al-Mufrad al-Imam al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadith daripada Ibn ‘Abbas R.A yang didatangi seorang lelaki bertanya: “Aku telah meminang seorang wanita tetapi dia tidak menerima pinangan-ku, kemudian wanita itu dipinang oleh lelaki lain, dan wanita itu menerima pinangan tersebut, maka timbul perasaan cemburu aku terhadap wanita tersebut, lalu aku membunuhnya. Apakah ada lagi peluang bagi ku bertaubat? Ibn ‘Abbas bertanya :”(Adakah) Ibu-mu masih hidup?”Jawab lelaki tersebut:”tidak.”Kata Ibn ‘Abbas: “Bertaubatlah kepada Allah A.Z.W.J dan hampirkanlah dirimu kepada-Nya semampu-mu.” ‘Atho bin Yassar berkata: “Aku pergi bertanya kepada Ibn ‘Al-Abbas: “Mengapa anda bertanya kepada lelaki apakah ibunya masih hidup?” Jawab Ibn ‘Abbas: Sesungguhnya aku tidak mengetahui adanya yang lebih hampir kepada Allah A.Z.W.J lebih daripada berbuat baik kepada ibu”

Hadith ini menunjukkan kepada kita bagaimana berbuat baik kepada ibu dapat menghapuskan kesalahan yang pernah kita lakukan, kerana itu sahabat Nabi S.A.W. Ibn ‘Abbas r.a bertanyakan keadaan ibu lelaki tersebut apakah masih hidup ataupun tidak, sehingga dia dapat berbuat baik kepada ibunya, seterusnya dapat menghapuskan kesalahan dan dosanya.

Dari penjelasan di atas jelas menunjukkan berbuat baik kepada kedua ibubapa itu adalah suatu kewajipan yang harus menjadi ikutan muslimah pada zaman kini.

BERZIKIR KEPADA ALLAH

Zikrullah bukan hanya dengan kita melafazkan kalimah-kalimah suci seperti Subhanallah, Alhamdullilah, Allahu Akhbar dan lain-lain lagi tetapi Zikrullah ialah satu ungkapan umum yang terangkum di dalamnya segala perbuatan yang kita lakukan untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah S.A.W.Rugilah kita dsebagai wanita solehah jika tidak berzikir kepada Allah. Besar pahalanya bagi sesiapa yang sentiasa berzikir kepada Allah. Berzikir kepada Allah menunujukkan kita sentiasa mengingati Allah tidak kira waktu. Allah sentiasa mengingatkan kita di dalam kitab suci Al Quran supaya berzikirlah seperti berikut: “ Dan sebutlah nama Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan juga tidak meninggikan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk di dalam golongan orang-orang yang sentiasa lalai”. Surah 7: Al A’raf, ayat 205. Jika seorang muslimah yang sentiasa berzikir kepada Allah, nescaya Allah akan sentiasa mengingatinya dan menjaganya termasuk hatinya. Firman Allah: “ Maka ingatlah kepadaKu, nescaya Aku akan ingat kepadamu. Dan bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu). Surah Al- Baqarah ayat 152.
Peranan zikir ini samalah seperti air bagi ikan, jika ikan tersebut di keluarkan dari air maka matilah ikan tersebut. Begitulah juga dengan hati , hati akan mati jika ia tidak berada dalam zikirullah (hati kita akan sentiasa gelap tanpa hidayah Allah S.A.W).

MEMBERI DAN MENJAWAB SALAM
Memberi salam adalah sunat bagi umat Islam manakala menjawab salam adalah wajib.
Terdapat banyak hikmah yang Allah S.W.T berikan disebalik memberi salam. Justeru itulah, banyak hadis-hadis yang menceritakan kelebihan memberi dan menjawab salam.
Antaranya ialah:
Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda; “Demi Tuhan yang diriku di dalam kekuasaan-Nya! Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan kamu tidak akan beriman sehingga dapat berkasih mesra. Adakah aku belum menunujukkan kepada kamu satu amalan, yang apabila kamu mengerjakan nescaya kamu akan berkasih mesra?”
Para sahabat baginda menjawab; “ Belum Wahai Rasulullah S.A.W” Kemudian Rasulullah S.A.W pun menerangkan: “Kembangkanlah memberi salam di antara kamu” (Hadis Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)

Selain itu, malaikat pula akan mendoakan bagi mereka yang memberi dan membalas salam sebanyak 70 kali. Ini terbukti didalam hadis: “Apabila seseorang Islam itu memberi salam kepada orang Islam lalu salam tersebut dibalas, maka berdoalah para malaikat untuknya 70 kali” (Hadis riwayat Sahibul Firdaus daripada Abu Hurairah)

============PENUTUP==================

PENUTUP

Kesimpulannya, daripada tajuk yang saya kaji ini terdapat banyak perkara yang dapat kita lakukan untuk mendapat keredhaan jika kita sentiasa mengamalkan perkara-perkara yang di sukai Allah S.W.T. Wahai saudari-saudari,hindarkan lah diri kita daripada melakukan kemungkaran kerana kebanyakan penghuni neraka itu adalah daripada golongan wanita. Oleh itu sama-samalah kita berusaha untuk mendapat hidayah Allah demi kesejahteraan di dunia dan akhirat.

============RUJUKAN================

RUJUKAN

Abu Zahid Mukhlis (2007). 40 Amalan Wanita Ke Pintu Syurga, Kuala Lumpur. Al-Hidayah Publishers

1.    KULIT HADAPAN

a.    Tajuk esei
b.    Disediakan untuk (Nama Pensyarah)
c.    Disediakan oleh (Nama Pelajar)
d.    No. Pelajar
e.    Fakulti
f.    Tarikh penyerahan esei

2.    ISI KANDUNGAN

a.    Pendahuluan
b.    Takrif
c.    Konsep
d.    Huraian
e.    Kesimpulan
f.    Rujukan

3.    ABSTRAK

a.    Ringkasan keseluruhan esei
b.    Pendahuluan + Hurian esei + Kesimpulan
c.    Abstrak ditulis dalam satu muka surat sahaja

4.    PENDAHULUAN

a.    Mengandungi ringkasan keseluruhan yang akan ditulis
b.    Biasanya sebelum tulis sebuah esei mesti buat rangka terlebih dahulu
c.    Rangka esei digabungkan menjadi satu perenggan

5.    TAJUK DAN HURAIAN

a.    Huraian esei sekurang-kurangnya 2, 000 perkataan atau 10 halaman
b.    Font Time New Roman
c.    12 Point
d.    Jarak 2 (duble spacing)

6.    KESIMPULAN

a.    Rumusan keseluruhan esei
b.    Biasanya bahagian kesimpulan ini mengandungi hasil penemuan

7.    RUJUKAN

a.    Sekurang-kurangnya lima buah buku rujukan
b.    Pastikan cara menulis rujukan dengan lengkap
c.    Cara menulis rujukan: Nama, tahun terbut, tajuk, penerbit, tempat terbit
d.    Copy paste adalah tidak dibenarkan
e.    Mereka yang copy paste tidak ada markah

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>CONTOH<<<<<<<<<<<<<<<<<<<


===============MUKA HADAPAN==========

TAJUK:
AMALAN WANITA KE PINTU SYURGA

DISEDIAKAN UNTUK:
USTAZ ABU HASAN BIN IBN OSMAN
PENSYARAH PENDIDIKAN ISLAM

DISEDIAKAN OLEH:
NURUL NAJIHAH BT ZAINOL
2011513859

PROGRAM:
DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN

TARIKH HANTAR:
11 SEPTEMBER 2012

===========ISI KANDUNGAN=============

Abstrak    1-2
Penghargaan    3
Pendahuluan    4-5
Rahsia Amalan Wanita Solehah
1. 1 Menutup aurat    6-7
1. 2 Mendirikan solat dan menjaga solatnya    8
1. 3 Dilarang memakai wangi-wangian    9-10
1. 4 Menjaga pergaulan lelaki dan perempuan    11
1. 5 Taat kepada suami    12-13
1. 6 Berbuat baik kepada orang tua    14-16
1. 7 Berzikir kepada Allah    17
1. 8 Memberi dan menjawab salam    18
Penutup    19
Rujukan    20

=============ABSTRAK=================

ABSTRAK

Nabi Muhammad S. A. W memberi beberapa sebab yang dapat memasukkan seseorang wanita itu ke syurga iaitu: Solat fardhu lima waktu, Puasa di bulan Ramadhan, Menjaga kemaluan, Taat kepada suami. Sesungguhnya Allah telah mewajibkan kepadamu agar solat lima waktu sehari semalam. Solat merupakan tiang agama bagi umat Islam. Barang sesiapa yang melakukan solat lima waktu tersebut maka dia telah menegakkan agamanya dan sesiapa yang meninggalkannya maka beerti dia telah merobohkan agamanya sendiri. Allah juga telah memperingatkan kita agar tidak menyibukkan diri dengan hanya mencari harta dunia sahaja sehingga kita lupa untuk menunaikan solat. Selain itu, Allah juga telah mewajibkan kita agar berpuasa di bulan ramadhan secara sempurna. Puasa ini merupakan salah satu rukun Islam yang amat dituntut. Puasa harus dilakukan dari terbit fajar hingga terbernam matahari. Kita juga harus berjaga-jaga daripada melakukan perkara-perkara yang makruh dan haram ketika berpuasa. Sebab ketiga yang memasukkan seseorang wanita itu ke syurga ialah sentiasa memelihara kehormatan. Kemudian sentiasa mentaati suamimu dan sentiasa menjaga akhlak seorang wanita kerana itu merupakan tunjang untuk menjamin rumah tangga yang bahagia.

==========PENGHARGAAN================

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w. b. t. Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurninya dapat saya menyiapkan tugasan yang di beri ini dengan lancar. Ribuan terima kasih juga di ucapkan kepada pensyarah CTU 151 saya, Ustaz Abd Aziz b Harjin kerana memberi peluang dan kesempatan kepada saya untuk membuat analisis tentang topik yang telah dipilih iaitu ‘ amalan wanita ke pintu syurga’.

Tidak lupa juga kepada ibubapa saya Zainol b Abdullah serta ibu saya Fatimah bt Dahaman yang tidak henti-henti memberi sokongan dan dorongan agar saya dapat menyiapkan tugasan yang diberi dengan baik. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang sedikit sebanyak membantu dalam memberi pendapat dan maklumat yang berguna yang dapat di manfaatkan di dalam tugasan CTU ini.

Dengan menjalankan tugasan ini dapat memberi saya lebih pengetahuan yang lebih mendalam tentang topik yang saya kaji ini. Akhir kata, saya berharap tugasan ini dapat memberi iktibar kepada saya dan rakan-rakan.

=============PENDAHULUAN===============

PENDAHULUAN

Rasulullah s. a. w bersabda yang bermaksud:”Apabila seorang wanita itu solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadan, menjaga kemaluan (tidak berzina) , serta taat kepada suaminya, maka di katakan kepadanya: masuklah ke dalam syurga dari pintu mana yang kamu suka!”
 (Hadis riwayat Ahmad dan Tabram) . Alangkah mudahnya bagi seorang wanita untuk masuk syurga, hanya dengan mengamalkan empat perkara tersebut, tetapi malangnya di dalam syurga itu kebanyakan penghuninya bukanlah wanita. Ini terbukti dengan hadis Rasulullah s. a. w ketika malam Isra’ Mi’raj, dimana Rasulullah s. a. w diberi penghormatan untuk melihat syurga dan neraka. Dan kebanyakan wanita berada di dalam neraka.

Mengapakah begini jadinya? Apakah wanita tidak mampu mengamalkan empat perkara yamg mudahkannya untuk ke syurga? Apakah kebanyakan wanita sangat gemar melakukan dosa-dosa yang akan menyebabkan dirinya dihumban ke neraka? Apakah kebanyakan wanita tidak Nampak jalan-jalan yang mudah untuk ke syurga itu?

Abu Hurairah r. a berkata: Ya Rasulullah dari apakah dibuat syurga itu? Jawabnya: Dari Air. Kami bertanya: Ceritakan tentang bangunan syurga! Jawabnya yang bermaksud: Satu bata dari emas dan satu bata dari perak dan lantainya kasturi yang semerbak harum, tanahnya dari za’faran, kerikilnya mutiara dan yakut.

Kemudian Nabi s. a. w bersabda yang bermaksud: Tiga jenis doa yang tidak akan ditolak: imam (pemimpin hakim) yang adil, doa orang berpuasa ketika berbuka dan doa orang yang teraniaya, maka doannya terangkat di atas awan, dilihat oleh tuhan lalu berfirman. Demi kemuliaan dan kesabaranku, Aku akan bela padamu hanya menanti masanya.

=============HURAIAN ESEI==============

MENUTUP AURAT
Sesungguhnya Islam mewajibkan agar kita berhijab. Kewajipan ini tidak lain hanyalah untuk memelihara diri kita dari sifat yang kenal akan rasa malu, dan jauh daripada penzinaan dan di keji oleh Allah S. A. W.

Sebagai wanita muslimah yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, kita tidak boleh melanggar perintah Allah dan membuka aurat (tidak memakai hijab) di khalayak ramai atau di hadapan kaum lelaki yang bukan mahram.

Di antara hukum-hukum Nabawi yang mengkhususkan tentang hijab adalah diterima solat seseorang itu bergantung kepada cara seseorang muslimah tersebut memakai tudung iaitu adakah si pemakai menutup aurat ataupun tidak. Menutup kepala juga haruslah menutupi kedua telinga, kerana ia merupakan sebahagian daripada kepala.

Jika kamu tahu bahawa kedua telinga adalah sebahagian dari kepala, maka kamu harus menutup kedua telinga tatkala menutup kepala. Tetapi menutup wajah dan kedua tapak tangan adalah tidak wajib. Ini menurut kata-kata sepakat para ulama-ulama.

Perkara yang harus kita pelihara juga adalah leher, dada, atau lengan tidak boleh di nampakkan ketika solat kerana semua itu adalah termasuk aurat yang wajib di jaga bagi seorang wanita yang solehah.

MENDIRIKAN SOLAT DAN MENJAGA SOLATNYA

Seseorang wanita yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan keatasnya untuk solat fardhu lima waktu sehari semalam. Solat fardhu harus dilakukan dengan rajin dan lakukan solat sunat bagi menampung kekurangan yang terdapat pada solat wajib itu.
Seseorang yang wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan ini. Selain khusyuk menunaikan solat juga kita dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan serta menjaga waktunya.
Ini bermaksud solat itu mesti dilaksanakan diawal waktu dan tidak dilengah-lengahkan atau melambat-lambat untuk menunaikan solat tersebut.

DILARANG MEMAKAI WANGI-WANGIAN

Daripada Abu Hurairah radiyallahu’anhu, dia berkata: ‘Rasulullah SAW berkata: ‘Siapapun wanita yang memakai (bau harum) , maka mereka janganlah menunaikan solat Isyak yang akhir bersama kami’. ”

Daripada Zainab Ath-Thaqfiyyah, sesungguhnya dia pernah membicarakan tentang Rasulullah s. a. w, bahawa beliau berkata: ‘Apabila salah seorang di antara kamu turut menunaikan solat Isyak, maka janganlah memakai wangi-wangian pada malam itu’
“Dan di dalam suatu riwayat disebutkan:’Apabila salah seorang di antara kamu memasuki masjid, maka janganlah memakai minyak wangi’. ”

Seorang wanita yang berfikir untuk mendapat keredhaan Allah akan berusaha untuk menambahkan ilmu agamanya, dengan cara mendalami kandungan Kitab Allah dan sunnah Nabi-Nya. Ini adalah salah satu kewajipan untuk setiap muslim agar mereka lebih mengenali pencipta mereka.

Para ulama mengambil kesimpulan dari hadith-hadith ini dan juga hadith lain yang serupa, bahawa disyaratkan bagi wanita yang pergi ke masjid, agar mereka tidak memakai minyak wangi, tidak berhias, tidak memakai kasut yang boleh menimbulkan bunyi dan mengenakan pakaian yang sopan.

Para ulama berkata:”Siapapun wanita yang memakai (bau harum) ”, seseorang wanita yang pergi solat berjemah, mereka disarankan agar tidak memakai minyak wangi atau benda-benda lain yang boleh menyebarkan bau yang harum. Bahkan beliau menegah

wanita yang pergi solat berjemaah dengan memakai wangi-wangian, maka solatnya tidak akan diterima sehinggalah beliau menbersihkan diri dahulu. Diriwayatkan dari bekas hamba sahaya Abu Rahman, yang bernama Ubaid,

Abu Hurairah pernah berselisih dengan seorang wanita yang memakai minyak wangi yang sedang menuju ke masjid. Lalu dia berkata:”Wahai hamba Allah, hendak ke manakah engkau?”
Wanita itu menjawab, ”ke masjid”“Apakah untuk keperluan kamu memakai minyak wangi?”Tanya Abu Hurairah. ”Benar, ”jawab wanita itu.

Abu Hurairah berkata;”Sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah s. a. w berkata:
“Siapapun wanita yang memakai minyak wangi, kemudian dia keluar ke masjid, maka solatnya tidak akan diterima sehingga dia mandi’. ”

MENJAGA PERGAULAN LELAKI DAN PEREMPUAN

Tajuk ini menerangkan bahawa tidak boleh seseorang lelaki menetap di rumah seorang wanita kecuali wanita tersebut adalah mahramnya. Nabi s. a. w telah memastikan bahaya nya bagi lelaki yang bercampur dengan wanita dan baginda berkata:”Janganlah kamu sekalian memasuki tempat para wanita”

Dalam peringatan Nabi ini terkandung pengharaman berkhalwat dengan wanita bukan mahram dan terkandung peringatan agar tidak bercampur dengan seseorang yang bukan mahramnya. Mahram yang dimaksudkan ini adalah setiap lelaki yang diharamkan untuk menikahi seseorang wanita.

Masalah pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan yang dapat dilihat merata tempat kini dianggap sebagai akhlak yang buruk dan tidak sama sekali termasuk akhlak wanita-wanita muslimah.

Wahai saudari-saudari, akibat paling besar yang akan kamu kesali kerana pergaulan bebas adalah hilang rasa malu, kesucian dan kehormatan diri.
Dalam keterangan di atas, dapat diketahui seberapa bahayanya pergaulan bebas dengan bukan mahram, baik tatkala mencari ilmu ataupun semasa waktu kerja mahupun di rumah.

TAAT KEPADA SUAMI

Taat kepada suami merupakan satu lagi sifat wanita yang solehah. Taat kepada suami adalah tanggungjawab isteri yang wajib di sempurnakan. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Bazzar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:”Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka. ” (Hadis riwayat Al Imam Bazzar) .

Isteri adalah sumber kebahagiaan dan ketenteraman di dalam sebuah rumahtangga. Ia perlu mempunyai sifat-sifat sabar dan perhatian yang sepenuhnya kepada suami dan juga anak-anak.

Sikap inilah yang boleh mewujudkan suasana yang tenang, aman dan damai dalam sesebuah rumahtangga yang harmoni. Dalam hal ini, para isteri mithali akan sentiasa bersikap baik kepada suami.

Saidina Abu Bakar Radhiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda:”Seorang wanita yang menyakiti hati suami dengan lidahnya, dia mendatangkan celaan dan kemurkaan Allah, para malaikat dan umat manusia. "

Selain itu, Saidina Ali Radhiallahu Anhu meriwayatkan sebuah hadis mengenai setiap isteri yang tidak menghormati status suaminya. ”Wanita yang berkata kepada suaminya yang tidak melihat apa-apa kebaikan pada suaminya, Allah menghapuskan segala perbuatan baiknya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa selama itu siang hari dan bersembahyang pada malamnya. ” (Hadis Riwayat Imam Majah dan An-Nasai)

BERBUAT BAIK KEPADA ORANG TUA

“Seorang ibu mampu membesarkan anak yang ramai, namun anak yang ramai belum tentu mampu membela ibunya”

Demikian ungkapan yang menggambarkan realiti keadaan yang merentas masa. Kisah Si Tanggang, walaupun masih ada ruang untuk dikritik beberapa kepercayaan karut yang ada di dalam cerita tersebut, namaun realiti hari ini mengiyakan wujudnya anak-anak yang menjadi anak yang derhaka kepada kedua ibubapa mereka, jauh sekali untuk berbuat baik kepada kedua ibubapa.

Terdapat banyak hadith yang menunujukkan perkara ini. Imam Muslim di dalam kitab Sahihnya meriwayatkan sebuah hadith yang bermaksud:”Kehinaan bagi sesiapa yang memiliki kedua ibubapanya yang sudah tua salah seorang atau kedua-duanya, tidak dapat memasuki syurga. ”

Al-Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadith ini berkata:”Hadith ini berupa galakan untuk berbuat baik kepada ibubapa dan besar pahalanya, maknanya berbuat baik kepada mereka berdua ketika mereka sudah tua dan lemah dengan memberi khidmat atau nafkah atau selainnya menjadi sebab dapatnya memasuki syurga, dan sesiapa yang mengurangi perkara (berbuat baik kepada ibubapa) maka dia terlepas dari memasuki syurga maka Allah menghina keatas dirinya.

Demikian betapa besarnya hikmah berbuat baik kepada ibubapa sehingga ia menjadi salah satu sebab beroleh syurga dan neraka bagi seseorang itu.

Di dalam al-Adab al-Mufrad al-Imam al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadith daripada Ibn ‘Abbas R. A yang didatangi seorang lelaki bertanya:”Aku telah meminang seorang wanita tetapi dia tidak menerima pinangan-ku, kemudian wanita itu dipinang oleh lelaki lain, dan wanita itu menerima pinangan tersebut, maka timbul perasaan cemburu aku terhadap wanita tersebut, lalu aku membunuhnya. Apakah ada lagi peluang bagi ku bertaubat? Ibn ‘Abbas bertanya :” (Adakah) Ibu-mu masih hidup?”Jawab lelaki tersebut:”tidak. ”Kata Ibn ‘Abbas:”Bertaubatlah kepada Allah A. Z. W. J dan hampirkanlah dirimu kepada-Nya semampu-mu. ”‘Atho bin Yassar berkata:”Aku pergi bertanya kepada Ibn ‘Al-Abbas:”Mengapa anda bertanya kepada lelaki apakah ibunya masih hidup?”Jawab Ibn ‘Abbas: Sesungguhnya aku tidak mengetahui adanya yang lebih hampir kepada Allah A. Z. W. J lebih daripada berbuat baik kepada ibu”

Hadith ini menunjukkan kepada kita bagaimana berbuat baik kepada ibu dapat menghapuskan kesalahan yang pernah kita lakukan, kerana itu sahabat Nabi S. A. W. Ibn ‘Abbas r. a bertanyakan keadaan ibu lelaki tersebut apakah masih hidup ataupun tidak, sehingga dia dapat berbuat baik kepada ibunya, seterusnya dapat menghapuskan kesalahan dan dosanya.

Dari penjelasan di atas jelas menunjukkan berbuat baik kepada kedua ibubapa itu adalah suatu kewajipan yang harus menjadi ikutan muslimah pada zaman kini.

BERZIKIR KEPADA ALLAH

Zikrullah bukan hanya dengan kita melafazkan kalimah-kalimah suci seperti Subhanallah, Alhamdullilah, Allahu Akhbar dan lain-lain lagi tetapi Zikrullah ialah satu ungkapan umum yang terangkum di dalamnya segala perbuatan yang kita lakukan untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah S. A. W. Rugilah kita dsebagai wanita solehah jika tidak berzikir kepada Allah. Besar pahalanya bagi sesiapa yang sentiasa berzikir kepada Allah. Berzikir kepada Allah menunujukkan kita sentiasa mengingati Allah tidak kira waktu. Allah sentiasa mengingatkan kita di dalam kitab suci Al Quran supaya berzikirlah seperti berikut:”Dan sebutlah nama Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan juga tidak meninggikan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk di dalam golongan orang-orang yang sentiasa lalai”. Surah 7: Al A’raf, ayat 205. Jika seorang muslimah yang sentiasa berzikir kepada Allah, nescaya Allah akan sentiasa mengingatinya dan menjaganya termasuk hatinya. Firman Allah:”Maka ingatlah kepadaKu, nescaya Aku akan ingat kepadamu. Dan bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu) . Surah Al- Baqarah ayat 152.
Peranan zikir ini samalah seperti air bagi ikan, jika ikan tersebut di keluarkan dari air maka matilah ikan tersebut. Begitulah juga dengan hati, hati akan mati jika ia tidak berada dalam zikirullah (hati kita akan sentiasa gelap tanpa hidayah Allah S. A. W) .

MEMBERI DAN MENJAWAB SALAM
Memberi salam adalah sunat bagi umat Islam manakala menjawab salam adalah wajib.
Terdapat banyak hikmah yang Allah S. W. T berikan disebalik memberi salam. Justeru itulah, banyak hadis-hadis yang menceritakan kelebihan memberi dan menjawab salam.
Antaranya ialah:
Nabi Muhammad S. A. W pernah bersabda;”Demi Tuhan yang diriku di dalam kekuasaan-Nya! Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan kamu tidak akan beriman sehingga dapat berkasih mesra. Adakah aku belum menunujukkan kepada kamu satu amalan, yang apabila kamu mengerjakan nescaya kamu akan berkasih mesra?”
Para sahabat baginda menjawab;”Belum Wahai Rasulullah S. A. W”Kemudian Rasulullah S. A. W pun menerangkan:”Kembangkanlah memberi salam di antara kamu” (Hadis Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)

Selain itu, malaikat pula akan mendoakan bagi mereka yang memberi dan membalas salam sebanyak 70 kali. Ini terbukti didalam hadis:”Apabila seseorang Islam itu memberi salam kepada orang Islam lalu salam tersebut dibalas, maka berdoalah para malaikat untuknya 70 kali” (Hadis riwayat Sahibul Firdaus daripada Abu Hurairah)

============PENUTUP==================

PENUTUP

Kesimpulannya, daripada tajuk yang saya kaji ini terdapat banyak perkara yang dapat kita lakukan untuk mendapat keredhaan jika kita sentiasa mengamalkan perkara-perkara yang di sukai Allah S. W. T. Wahai saudari-saudari, hindarkan lah diri kita daripada melakukan kemungkaran kerana kebanyakan penghuni neraka itu adalah daripada golongan wanita. Oleh itu sama-samalah kita berusaha untuk mendapat hidayah Allah demi kesejahteraan di dunia dan akhirat.

============RUJUKAN================

RUJUKAN

Abu Zahid Mukhlis (2007) . 40 Amalan Wanita Ke Pintu Syurga, Kuala Lumpur. Al-Hidayah Publishers


************************
Abd Aziz bin Harjin

Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701

Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my

URL: abdazizharjin.blogspot.com